Monday, June 3, 2013

May Favorites 2013

Hello... bloggers!!!



1. Revlon Colorstay (Warm Golden)
foundation terbaik yang pernah saya cuba setakat ni. ia dapat
menyembunyikan parut jerawat, kemerahan dan juga lebam bawah mata
saya. wow! warm golden sangat sesuai dengan kulit wajah saya.
tiada lagi kulit berminyak dan kekal berjam-jam lamanya.


2. ELF Stipple Brush
berus ni sangat lembut tidak padan dengan harganya. haha.
sangat best bila pakai foundation. foundation akan jadi rata. 
murah saja cuma RM16.00.


3. Avene Thermal Spring Water
Avene Thermal Spring Water ni memang terbaik. sembur je ke wajah akan
rasa segar. ia juga meredakan kemerahan. saya sembur sebelum
memakai penyegar, pelembap dan foundation.


4. Bath & Body Works Pink Chiffon

Pink Chiffon by Bath & Body Works is a Oriental Floral
fragrance for women.

Top notes : Mandarin Orange, Peach, Pear & Wild Berries
Middle notes : Jasmine, Tiare Flower, Apple Blossom & Water Lily
Base notes : Musk, Sandalwood, Heliotrope, Coconut, Orchid & Vanilla

body mist kegemaran saya selepas Sweet Pea. baunya sungguh sedap!


5. Maybelline the Falsies Volum' Express Waterproof
mascara ni membuatkan bulu mata menjadi panjang dan
melentik seperti memakai bulu mata palsu. sesuai la dengan
namanya tu. haha..


6. Maybelline Baby Lips Pink Glow & Silkygirl Drink Up!
dua lip balm terbaru kegemaran saya. baby lips melembapkan bibir.
drink up! pula teksturnya licin dan tidak melekit.


7. Maybelline Clear Smooth Shine Free B.B Stick
BB stick ni sangat ringan teksturnya. mudah digunakan. amat sesuai
untuk aktiviti luar sebab ianya ada SPF 21 PA+++.


8. Maybelline Color Tattoo Bold Gold & Bad to the Bronze
tahan lama. boleh guna dua cara samada menggunakan jari
atau berus. ikut suka masing-masing.


9. MUA Makeup Academy Intense Glitter Eyeliner (Gold Nugget)
selalu orang pakai warna hitam dan coklat gelap. boring...
sekali-sekala guna la warna lain. Gold Nugget ni warnanya jenis nude
bercampur gold. cantik! 



What is your May Favorites?
Do share and leave your link below
(for easy to me to check out your blog)


^___^


Apa kata anda? KOMEN je ...

6 comments:

  1. avenee thermal spring water tu rm brp puteri??..cm best jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM19.00 (50ml) di watson. memang best. kena cuba baru tahu. hehe..

      Delete
  2. maybelline bb stick tu okay tak untuk oily skin? Aida tengah cari something yang boleh bagi medium coverage tapi tak berat since that Aida nak pergi melancong nanti. boleh tak suggest any product?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybelline bb stick tu sesuai utk oily skin tapi melalui eksperimen saya, ia tak tahan lama. 2-3 jam je. lps tu muka kembali berminyak. saya tak sure pula kalau orang lain. maybe lain org lain hasilnya? kalau nak tahan lama & tak berat, saya cadangkan Revlon Colorstay foundation. apply sikit je jgn banyak. lps tu ratakan dgn berus. ia boleh memberikan medium to full coverage.;)

      Delete
  3. never heard bout ELF product before..
    myb i should hv a try! thank u for ur info~

    ReplyDelete