Sunday, June 23, 2013

Haul : Simple, De-Clog Pores Montagne Jeunesse & Biore Pore Pack Aroma Collection (Limited Edition)

Hello... bloggers!!!

sejak charger laptop meletup
nak online guna laptop pun tak dapat
huhu
macam tak best rasanya online tanpa laptop
apa pun tak boleh buat
ok abaikan


kelmarin saya shopping tak banyak sangat
cuma 3 benda saja
seperti biasa masuk Watson otak jadi blur
sebelum masuk banyak benda nak beli
sampai benda yang saya nak sangat beli pun boleh lupa
terpaksa beli ke tempat satu lagi tu, Guardian



ini la yang saya nak sangat beli sampai terlupa
di Watson harga macam murah sikit la rasanya
Simple ni saya sudah lama tahu
kakak saya dah guna berpuluh tahun dahulu
semasa dia berusia 20an lagi
sekarang kakak saya dah 40an




dalam trial kit tu ada disertakan sekali senarai produk Simple
senang sikit nak kaji awal-awal
masuk kedai terus ambil tak payah lagi nak ambil masa berjam
nak tengok satu persatu

Simple ni produk paling lama yang masih bertahan
sebab ianya sudah terbukti bagus untuk kulit
saya sudah mencubanya sendiri

masih ingat haul Simple Exfoliating Body Wash dulu?
itu la body wash yang terbaik yang pernah saya cuba
kulit saya jenis sensitive
dari wajah sampai ke satu badan
tak boleh guna sabun mandian sembarangan
silap pakai maka timbul la jerawat dan ruam segala

sebelum ni saya guna St.Ives Apricot Exfoliating
berkesan juga tapi masih tak mencapai tahap puas hati
sehingga la mencuba sendiri dari produk Simple
bekas jerawat jadi sembuh dan parut hitam jadi pudar tau!
siapa yang ada masalah jerawat badan dan kulit sensitive tu
disarankan cuba la produk Simple

tapi kali ni saya nak cuba rangkaian untuk wajah pula
sebab wajah saya sekarang berjerawat dengan teruk
tak pernah-pernah kena macam sekarang ni.. hmpphh
ini la gara-gara mencuba produk *********  
teeeeetttt
----censored----

produk tu saya tahu melalui seorang blogger
tengok testimoni orang ramai macam best
sekali cuba sendiri
Ya Allah!
sudah la nak ambil produk tu menyusahkan betul!
(biasa la courier terbaik la katakan)
rupanya Allah dah bagi petunjuk yang produk tu tak sesuai untuk saya
sob sob sob
mudah-mudahan la Simple ni sesuai untuk kulit wajah saya, Amin

sekarang Watson ada promosi produk Simple
Simple wipes RM17.00++ dan 50% Sale pada pembelian kedua
menyesal tak beli.. huhu
Simple  ada 3 jenis pilihan sudah sekarang
Normal, Oil Balancing & Age Resisting

Guardian ada promosi Simple Soothing Toner (200ml)
kalau tak silap 2 botol pada satu harga
tapi tak ingat pula berapa harganya
haha


Harga : RM19.88
Di mana? : Guardian




De-Clog Pores dari Montagne Jeunesse (MJ)
ok, MJ pun saya dah lama tahu juga
ada la dalam beberapa tahun
cuma saya tak pernah mencubanya

sejak kebelakangan ni saja  baru mula mendapat perhatian
terutama dari kalangan bloggers 
dan saya pun harus mencubanya juga
semasa nak beli saya nak rembat mask tapi satu pun tiada
cuma De-Clog Pores saja yang ada


Harga : RM9.00++ / 3 Strips

Di mana? : Watson




Biore Pore Pack

Arabian Jasmine Fragrance

saya memang nak sangat cuba nose pore strips berwarna hitam
selalu guna yang putih
masa nak cari ternampak jenis baru yang ada pewangi
ada dua jenis satu yang hitam bau Arabian Jasmine
manakala putih bau Peach kalau tak silap la
saya suka bau Jasmine
(Lotion Mustajab yang saya guna jenis Jasmine tau, wangi!)

pertama kali cuba tadi
saya tak bersin sebab ada aroma Arabian Jasmine
bila pakai terhidu bau lemon+teh pun ada
lepas tu tak mengeringkan kulit sekeliling hidung
lembut dan terasa pori-pori tu ketat
wow kan?

korg cuba tau.. best!
apa saya suka lagi nose pore strips hitam ni
kita boleh nampak kotoran pori-pori tersumbat tu dengan jelas

oh ya!
ianya Limited Edition
lepas ni nak cuba jenis Peach pula
hehe...


Harga : RM10.00++ / 10 Strips

Di mana? : Watson


^___^







Apa kata anda? KOMEN je ...

21 comments:

  1. Lin pun suka guna pore pack Biore :)

    nak pi shopping mask la kejap lagi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. lin cuba la Biore pore pack yang baru. best tau! lin selalu beli mask apa? ada yang best tak? share la..:)

      Delete
  2. mmg best simple tu puteri. sis ade beli dh lama, tp x bt review sbb pencucinya hilang. bg sis best, mmg asli la simple ni. sbb xde fragrance, bau buah, etc kt produknya. cuma toner tu ade skit la diorang buh. sis paling suka toner dgn pelembap.

    sis pn mcm puteri, dlm kepala dh bt senarai nk beli ape. masuk2..pusing x beli ape pn trus kuar kedai. hehe. kdng2 beli 1,2 produk je

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah, best sangat. dulu tak pandang pun sebab tiada fragrance. haha.. sekarang ni tak kisah dah asalkan baik untuk kulit. itu lagi penting. saya pun suka pencuci muka, toner dan pelembap Simple. baru 2 kali guna dah ada kesan. jerawat mengecut. toner best bila guna tak rasa pedih walaupun jerawat tu luka akibat dipicit. hehe.. pelembap pun best. lepas ni nak teruskan pakai Simple tapi jenis Oil Balancing pula.

      pelik kan masuk kedai terus blur padahal macam2 nak beli. hehe...

      Delete
  3. nanti buat la review pasal pore strip tu ya! suka pore strip! puas tgk kotor2 tu smua keluar...

    http://www.sabrinatajudin.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah... bestkan tengok kotoran pori-pori tersumbat melekat. hehe...:D

      Delete
  4. sy pun tgh recover dr jerawat kcik2..tiba2 je naik byk sbb guna 1 skincare ni..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit hati bila muka jadi teruk bila pakai skincare yg tak sesuai. huhu...

      Delete
  5. De-Clog Pores tu best tak? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah cuba semalam tapi tak tahu la apa yg tak kena. saya basahkan hidung sama seperti saya basahkan time nak pakai Biore pore pack tu tapi yg hairannya De-Clog pores tu tak berapa melekat. Biore pore pack melekat pula. pelik. berbaloi lagi guna Biore. hasil memuaskan dan harga pun berpatutan.;)

      Delete
  6. saya bercadang nak beli pore pack tu juga. :)
    lama dah tahu dgn Simple products tapi tak pernah cuba. review sangat positif dan menarik :) keadaan kulit saya lebih kurang sama mcm kulit awk, so this might be good :) i'll try especially the bodyscrub suggested. i love great bodyscrub yg mampu menanggalkan kekotoran sepenuhnya dan menjadikan kulit lembut dan berseri. terutama yg berbiji kasar tu, tanggal daki dan bersih sangat kulit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat disarankan beli Biore pore pack yg limited edition tu. lebih2 lagi yg ada alahan sesetengah bau yg menyebabkan bersin. hehe.. Simple Exfoliating Body Wash tu best! ada natural loofah dalamnya. tak kasar sangat. bagus untuk kulit yg sensitive. kalau ada parut bekas jerawat mmg pudar dan beransur hilang. saya guna 1 botol tu dah nampak kesan. lepas ni nak beli lagi.;)

      Delete
    2. kat Watson Kuching takde la Biore Pack Jasmine tu.. :/ limited edition mungkin belum stok kot. ya saya nak try Simple Exfloting Body Wash tu nanti hehe sekarang ni saya guna Watson punya cucumber body scrub yg tube warna hijau muda.. okla.. but i want to find better product than that. :)

      Saya ada terbaca satu review awk tentang syampoo Schwatzkopf for damage hair dan sudah pun memiliki syampoo ni, it's true this syampoo is good and it smell amazing!

      Delete
    3. ya, mungkin belum ada di sana. sikit hari ada la tu. hehe.. betul, tak salah mencuba yg baru asalkan yg baru lebih baik. bestkan shampoo tu. saya suka baunya. sedap! ;)

      Delete
  7. salam petang..pasal bedak tanaka tue..dya tak tahu ori ke x..but dya pkai ok jek,,pemutihan tue lah..muke nampak bersih..dya beli dengan pekerja asing kat sini je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa harga sebenar bedak tanaka tu, sis?:)

      Delete
    2. saya ada bedak tanaka yg nora danish guna tu. .haha. kalau di Sarawak boleh dapatkan dgn harga rm35 , atau rm25. . baru je cuba so belum dapat komen ape2 hehe.

      Sekarang ni popular juga set Collagen Plus Vitamin E, dari sabun pencuci muka , krim malam dan krim siang.. se'femes' dan seangkatan era bedak tanaka ni la. baik sangat untuk mencerahkan kulit coz dia ada Collagen yg memang org tau baik utk kulit dan vitamin2 dia. sesuai juga dgn kulit yg berminyak.. produk ni lebih baik drpa sesetengah produk yg ada di pasaraya.

      Set Collagen ni mungkin hangat juga di semenanjung sekarang, pengedar di Sarawak yang saya tahu, boleh search di facebook, N.F.D Beauty Shoppe. :)

      Delete
    3. kalau harga borong murah pula kan? tapi takkan la nak beli sampai 10. tu sampai tahun depan pun belum tentu habis. haha.. nanti dah cuba bgtau hasilnya ok? dah bermacam jenis collagen saya cuba cuma nak kekalkan tu susah sikit. tau ja la harganya kan.. hehe.. saya macam nak cuba Shaklee la. tengok la mcmna.:)

      Delete
    4. ya kalau beli borong, harganya lebih murah. betul, bedak tanaka ni tak cepat habis apatah lagi kalau ada beauty products lain for back up. ya,selamat mencuba, kecantikan adalah milik setiap insan hehe.

      Delete