Wednesday, August 5, 2015

Tips : Kahwin 2015 (Bajet Terhad)

Hello... bloggers!!!


sumber : Google


Kali ni nak share tips 'KAHWIN BAJET'.
Meh, saya share pengalaman.
Kepada bakal pengantin, sila ambil pen dan tulis.


1. Majlis Kahwin

Sila fikir nak buat berapa hari?
Klu ikut adat/kebiasaan, ada yg buat sampai 3 hari iaitu
Nikah, Berinai & Sanding.

Klu nak jimat, buat 1 hari saja iaitu Nikah & Sanding pada hari yg sama.
(macam saya buat, saya skip berinai sbb tu x wajib pun. Kihkih..)


2. Kad Kahwin

Sebelum tempah, kena rancang dulu aturcara majlis.
Paling penting adalah tarikh, masa, tempat & jumlah kad jemputan.


Contoh Aturcara :

9 pagi - 4 petang : Jamuan Makan

1.30 petang : Majlis Akad Nikah

2 petang : Majlis Bersanding


Bagi jumlah kad jemputan, paling maksimum 400pcs 
dah memadai tu pun rasanya banyak baki lagi tu.

*Untuk lebih jimat, saya guna kertas A4 biasa saja utk print design 
kad kahwin sendiri. Lepas tu fotostat je banyak2.
Klu nak beli kad kahwin VIP, 100pcs pun cukup.

Saya sebenarnya x nak buat kad VIP, nak kasi samarata je.
Tapi suami saya yg nak sponsor, saya ikut je.
100pcs tu utk kenalan kedua belah pihak.
Mmg cukup2 100pcs. Klu kawan korg ramai, buat la lebih.


3. Baju Kahwin (Nikah/Berinai/Sanding/Bertandang)

Bagi bakal pengantin, baju kahwin la paling utama.
Kena tempah/jahit awal, 6 bulan sebelum majlis.
Klu majlis pd tarikh cuti sekolah, tempahan mesti banyak.
Tu sbb buat awal utk elakkan baju kahwin anda TIDAK siap.

Selalunya baju nikah ni org akan tempah. Nak tempah pun satu hal.
Kadang design yg kita nak, ada tailor x buat seperti yg kita harapkan.
Mula2 cakap ok .. faham .. lps tu last2 1 pun x kena.
 Tu la risiko klu kita tempah dgn tailor butik pengantin.
Berbeza dgn designer yg professional.

Saya dah buat perbandingan, tempah dgn tailor butik pengantin
dgn beli readymade designer terkenal. Mmg 100% berbeza.
Utk kepuasan, beli yg readymade by designer sbb mereka ada
juga jual baju pengantin tapi harga mmg mahal la.
Mereka juga ada jual baju readymade bukan utk pengantin 
tapi boleh je pakai utk majlis kahwin. Yg penting korg pandai pilih.


Anggaran harga baju kahwin :

Tempah tailor butik pengantin : RM300 (2 pasang)
*Kain lain harga. Beli di Jakel. Bila dikira, harga lebih kurang
dgn beli readymade yg designer pya. (-_-)"

Tempah designer : RM1k ke atas

Beli readymade designer : RM300 ke atas


FYI, saya mmg menyesal tempah dgn tailor butik pengantin.
Harga baju lebih kurang saja dgn designer punya. 
Tempoh majlis saya hya 6 bulan tu sbb saya x cukup masa nak
buat research. So, korg kena rancang betul2. Jgn jadi mcm saya. 

Saya tempah 2 pasang baju kahwin (Nikah & Sanding).
Nikah baju kurung moden, sanding pula dress.

Dua2 saya design sendiri (saya ada bakat tau design baju tau! jgn memain. :P)
dan dua2 jg tailor TIDAK buat seperti yg saya mahukan.

Sedihhhhhhhhh!!!
Terpaksa ubah, ubah dan ubah...
Hasilnya ? GAGAL!!! juga. 

Klu boleh putarkan semula, saya nak beli dari designer.
Baju dari designer ni boleh pakai pada lain majlis.
Baju tempah di butik pengantin pun boleh je pakai semula
tapi kena adjust semula la nampaknya supaya x ketara mcm baju pengantin.
(kan baju butik pengantin ni byk manik2. saya x minta byk manik2
tp bertimbun tailor bagi. Haihh.. x faham bahasa betul! sudahnya terpaksa
saya buka jahitan manik2 tu. Saya juga pandai menjahit tp x pro lerr...)

Baju Bertandang pula saya beli yg designer punya.
Dah banyak kali pakai di 2-3 majlis. X nampak seperti baju kahwin
yg macam tempah di butik pengantin. Faham x apa saya maksudkan?
(Sila rujuk perenggan di atas)
Husband saya pula beli Suit, boleh pakai semula ke pejabat. Jimat kan?

*Saya ni jenis x suka sewa baju. 
Baju sendiri ni ada kenangan dan boleh pakai semula.
Klu sewa, xde kenangan. So, pandai2 la buat pilihan yea...


Baju Bertandang saya :

Rekaan : Jovian Mandagie


4. Kasut Kahwin

Saya beli online je. Kasut mahal boleh dapat murah.
Bergantung pada rezeki, promosi dan nasib korg je masa tu.
Rajin-rajin la tengok website k...


Saya tempah kasut kahwin di sini :





5. Makeup

Sila tengok portfolio MUA yg korg nak tempah.
Lps tu, baca feedback dari customer MUA tersebut.
Survey harga berapa MUA caj. Tanya brand makeup apa MUA guna.
Harga kena berbaloi dgn brand makeup & hasil makeup yerr...

Jangan tempah MUA yg guna brand murah tapi caj RM500 ke atas.
Sila jgn terpedaya. Mengarut ok!
Lepas tu, bagi gambar contoh makeup yg korg nak.
Klu korg x pandai bab makeup, rajin2 la buat research.
Makeup apa yg sesuai dgn warna baju korg.

Selalu MUA akan makeup ikut warna baju pengantin.
Klu baju biru, biru la jg eyeshadow korg akan dapat.
FYI, baju biru x semestinya makeup eyeshadow kena biru jg tau.
Korg kena berani main warna asalkan x nampak pelik.


Contoh makeup saya :

Baju Sanding warna Royal Blue.
Saya request makeup 'RED SMOKEY EYES' sbb nak
matchingkan dgn baju Royal Blue.
(Harus berani bermain dgn warna, ok!)

Baju Nikah warna Putih, makeup warna apa pun masuk.
Memandangkan majlis saya 1 hari saja,
makeup pun sekali (1 sesi) je. Jimat.


Harga Makeup Pengantin saya :

1 sesi makeup : RM300 (Caj termasuk pengangkutan).

P/S : Sila guna berus/sponge sendiri untuk kebersihan terjamin.
X semua MUA akan menggunakan berus/sponge yg bersih.
Ada jg MUA masih guna sponge yg dah hitam legam. Yuck!!


6. Hantaran

Bila 1 majlis diadakan dalam 1 hari, hantaran pun tentu ada kan?
Terpulang pada korg samada nak ada hantaran atau tidak.
Hantaran samada 3 - 5 atau 5 - 7


Contoh Hantaran saya :

Perempuan

1. Cincin
2. Cek + Gelang
3. Makeup
4. Perfume
5. Purse 


Lelaki

1. Cincin
2. Dompet + Tali leher
3. Skincare
4. Perfume
5. Tuala + Body Care
6. Kemeja
7. Kasut


Mesti korg hairan kenapa xde makanan kan? 
Saya x nak makanan sbb makanan x boleh dibuat kenangan.


7. Inai

Pakai inai ni x wajib sebenarnya. Klu nak juga, yg simple
pun cantik. X perlu bazirkan duit nak buat yg ada design bagai.
Inai yg design tu pandai hilang. So, x berbaloi bayar mahal ok!
(Bagus beli MAC lipstick. ahaks! XD)

Saya dulu pakai mcm zaman dulu2. Xda design.
Simple je tapi nampak cantik bila dalam gambar.
Saya pakai inai original dari Arab punya.
Kebetulan sebelum majlis, bapa saya balik dari Umrah.


8. Pelamin

Sewa pelamin boleh menceceahkan ribuan ringgit.
Apa yg korg perlu buat, pastikan survey dulu.
Tengok contoh gambar pelamin yg pernah 
mereka buat serta harga. Pastikan harga berbaloi dgn pelamin.
Pelamin ni x perlu yg harga yg beribu sbb cuma utk beberapa hari saja.
Bawah 1k pun ada yg cantik.

Tips : Tolong ambil perhatian!
Pelamin x semestinya ikut warna baju.
Nanti x nampak pengantin. Dah warna sama kan... Haha.
Lagi satu, jangan pilih pelamin yg sarat dgn benda alah
yg bergantungan. X tau nak panggil apa benda tu.

Pilih pelamin yg simple tapi cantik.
Paling selamat pilih pelamin warna putih.
Bunga2 yg putih pun cantik. Nampak suci gitu.
(Macam pelamin saya, (lagi! :P))

FYI, saya design pelamin. Ehem, maksud saya tu bagi idea pelamin
macamana yg saya nak. :P

Klu x nak bunga2 putih, boleh pilih yg warna-warni.
Pastikan juga pelamin x terlalu cantik nanti
pengantin tenggelam dari pelamin.


9. Fotographer/Videographer

Setiap pengantin mesti nak ada kenangan gambar kahwin.
Terbaru ada video lagi.
X dinafikan tempah jurugambar pun cecah ribuan ringgit.
 Video tu boleh skip, suruh je orang lain rakam.

Bab gambar tu, klu korg ada kenalan yg pandai ambil gambar,
suruh je kawan korg tu. Bayar kira harga kawan2 je. Bukan pro pun kan?
Klu nak juga jurugambar, boleh je. Nak bajet boleh skip yg outdoor punya.  

10. Perabot

Katil, almari & meja solek selalu 3 ni bakal pengantin akan beli.
Wajib ke tidak tu terpulang pada masing2.
Klu saya dulu beli katil je (Xkan guna katil single kan?).
Almari & meja solek asalnya memang nak beli 
tapi memandangkan saya tempah tu x sampai2,
maka saya cancel. Guna je perabot lama sbb almari & meja solek saya
masih elok & kelihatan baru. Yg penting pandai jaga. Jimat.


11. Door Gift

Tetapkan dulu berapa jumlah jemputan lepas tu
baru kira berapa bajet korg untuk Door Gift.
Nak jimat, gula-gula pun ok. Yg penting ikhlas.


12. Kem

Kem utk para jemputan, paling minimum 2 buah kem.
Tu pun cukup dah menampung 100 - 200 pada satu2 masa.
Klu ramai jemputan, 4 buah kem pun dah cukup.
Tu pada yg nak buat di rumah la. Kan namanya kahwin bajet.


13. Menu

Selalu menu ni serahkan je pada yg pakar iaitu ibubapa korg.
Tapi klu korg nak sumbangkan idea nak menu apa pun boleh.
Nak jimat, masak secara gotong-royong.
Klu tempah katering tu confirm lari bajet dah.
Tanpa katering korg boleh jimat banyak. Percaya la!


Rasanya ini saja buat masa ni. Kalau ada apa2 
yg tertinggal, saya akan update lagi.

Kepada bakal pengantin, pastikan rancang betul2
majlis perkahwinan korg dan jangan stress2 tau.
Stress sikit2 xpe. Hehe.



Terima kasih kerana sudi membaca!







Apa kata anda? KOMEN je ...