Friday, October 18, 2013

Haul : Revlon Super Lustrous, Maybelline Color Tattoo, Maybelline MasterBrow, Loreal White Perfect, St. Ives Green Tea Scrub, Watsons Round Puffs, Sharpie & Simple.

Hello...bloggers!!!

Shopping time!

Sebenarnya ada yang dah lama beli.
Sengaja nak kumpul sekaligus dalam satu entri.



Watsons Round Puffs

Kapas bentuk bulat dan berkualiti tinggi.
Diperbuat 100% kapas asli.
Sesuai untuk semua termasuk la baby. 

Harga : RM5.90 / 100 pcs
Di mana? : Watsons


L'oreal White Perfect Transparent Rosy Whitening Toner

Baru beberapa hari pakai.
Setakat ni, ok la.
Kena tunggu hasilnya selepas habis sebotol.

Harga : RM18.32
Di mana? : Guardian


Sharpie Permanent Marker Metallic

Dah lama cari Sharpie ni.
Akhirnya jumpa juga di Giant. Haha.
Lepas ni baru best nak melukis.


Simple Exfoliating Body Wash

Ini merupakan mandian kegemaran saya.
Dah berbotol-botol beli.
Produk mandian yang wajib dibeli setiap bulan.

Harga : Rm16.91
Di mana? : Guardian


St. Ives Blemish Control Green Tea Scrub 

Scrub penting untuk menyingkirkan kotoran pori-pori tersumbat.
Scrub ni best sebab tak kasar sangat dan berbiji-biji.
Kira selamat la kulit daripada luka.

Harga : RM24.22
Di mana? : Guardian


Maybelline Masterbrow Grey

Ingat tak dulu saya ada kata nak cuba warna Grey?
Hah, ini la dia. Jenis boleh diputar, tak perlu guna pengasah.
Kalau takut nak pakai warna hitam boleh cuba yang grey ni.

Harga : RM13.88
Di mana? : Guardian


Revlon Super Lustrous Lipstick Shine 850 Plum Velour 

Semasa cuba di Guardian warna ni paling menarik berbanding yang lain.
Bila cuba, cantik sangat tapi masih tak berani nak pakai waktu siang.
Teksturnya ringan, bersinar dan moist.

Harga : RM22.90 - (Voucher RM5)
N/P : RM27.90
Di mana? : Guardian


Maybelline Color Tattoo 50 Edge Emerald 

Semua color tattoo yang ada di Malaysia dah berjaya dikumpul. Yay!
Warna Edge Emerald merupakan warna terakhir.
Tinggal dua lagi tapi tak tahu di mana nak cari. Huhu.

Harga : RM17.91
Di mana? : Guardian



Ok, ini saja untuk hari ni.


Terima kasih kerana sudi membaca ~~




^___^



Apa kata anda? KOMEN je ...

17 comments:

  1. Puteri, round puff tu dh lama ade ke? lama sarah cari jns cmni. puteri dh byk kali bt review psl simple scrub tu tp sarah blum beli2 lg. haha. asyik lupa je. edgy emerald sarah x beli lg, klu x dh cukup dh koleksi. kan snng klu bawa semua warna masuk. nk kena cari lg kt online pula kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama ada. Cuma tak beli je. Baru-baru ni mengada nak beli mau cuba kapas bentuk bulat. Hahaha. Simple tu dah memang serasi dengan badan. Tu yang sentiasa ada dalam entri haul. Hehe. Kalau Sarah ada masalah kulit badan berjerawat atau sensitive, cuba la Simple Exfoliating. Sama la kita Edge Emerald paling last beli. Tu la, beli online mahal la pula. :(

      Delete
    2. hehe. sarah pn nk beli juga nnti. tgk matsalleh guna ni teringin pula. padahal benda yg sama, kapas juga. cuma bntuk bulat. hehe. tu la, nk beli nnti. kena tulis dlm kertas ni asyik lupa je. huhu. sarah mmg malas nk beli online sbnrnya color tattoo tu, spend hampir RM40 hanya utk satu color tattoo je klu beli online. dkt sgdrugstore jual RM20. tp pomegranate punk pula xde. puteri suka melukis ke? samala. sarah ade byk koleksi sharpie sbb dulu2 masuk contest punya psl

      Delete
    3. Sarah, saya rasa tak sama la sebab kapas bentuk bulat dari Watsons ni lagi lembut dari kapas biasa bentuk segi empat. Saya dah bandingkan. Saya selalu beli kapas jenama April dan Premier. Pernah saya guna sapu di muka tiba-tiba terasa tajam. Luka. Tengok macam tiada apa-apa, putih je. Rupanya ada benda apa entah. Selalu juga kena. Huhu. Jika dibandingkan, harga dan jumlah keping lebih kurang je. Lebih baik beli kapas Watsons ni. Hehe. Ya, sgDrugstore ada Too Cool. Saya ada order bulan lalu tapi tiada respon. Sekali dia respon, duit dah terguna. Hahaha. Suka juga melukis tapi kalau ada masa lapang la. Sarah masuk contest apa?

      Delete
  2. suka baca tentang haul.. tp silap haribulan, memang kopak duit sebab beli apa yg orang lain beli.. huhuhu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, NJ. Saya pun suka baca haul blogger lain. Best! Betul la tu kadang-kadang terikut juga apa orang beli. Hehe. :D

      Delete
  3. Replies
    1. Memang cantik, Sab. Saya ada pakai tadi, orang tengok semacam. Maybe tak biasa tengok orang pakai warna lipstick gitu di siang hari kot atau tak sesuai dengan saya. Huhu. Tapi bf kata cantik pula. Entah la. :D

      Delete
  4. nak try kapas watson itulah next time..hehe. saya pun biasa guna kapas Primier utk tonerkan wajah. saya dah beli st. ives green tea face cleanser tapi tak ngamlah dgn saya,dear.. tapi biasa,ada org pakai ngam, ada yg x ngam :) um, sy smpi skrg cari Exfloiting Body Wash Simple tu tapi tak jumpa2, masih cari hehe..cuma ada rangkaian utk face care je. overall, bestla produk2 review ni hehe suka bace :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kapas Watsons memang best! Sangat lembut. Saya pun guna kapas Premier tapi tak lembut. Nasib tak baik dapat yang tajam. Huhu. Oh, kalau tak ngam better jangan guna lagi. Kalau saya, cuma redness berkurangan tapi jerawat langsung tak berkesan. Sedih. Saya pun suka baca review orang. ;)

      Delete
    2. waahh, suka dpt kenal dgn someone yg sama minat. .ok, thanks Puteri :)

      Delete
  5. I pun tergila-gilakan the Color Tattoos!
    Visit my page for reviews on the UK edition of Maybelline's Color Tattoos!
    www.nadkassim.blogspot.com
    TQ <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... sama la. Hehe. Wah, Nad ada Color Tattoo UK edition! Ok, saya terjah sekarang juga! :)

      Delete
  6. Thank youuuuu <3 By the way, Puteri, nak tanya macamana Puteri buat comment form yg mcm ni eh? Saya punya tak boleh reply kepada comment orang :( TQ Puteri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're most welcome. ^_^ Eh, kenapa tak dapat? Cuba Nad check bahagian Settings. :(

      Delete
    2. Puteriiiii thank youuuuu dah dapt dahhh :)))))

      Delete
    3. You're most welcome, dear. Hooray!!! Hehe. ^_^

      Delete