Tuesday, August 27, 2013

Maybelline Bold Matte, Baby Lips Loves NY, Tough as Taupe, Simple, Silkygirl Drink Up, ellips & more...

Hello...bloggers!!!


Apa khabar semua? Masih dalam mood raya ke?
Kita bertuah tau dapat menyambut hari raya dan hari kemerdekaan
yang bakal menjelang nanti.
Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita nikmati sekarang.

Alhamdulillah...

Seperti biasa, bila nak dekat hujung bulan sudah tentu la aktiviti
membeli barang keperluan harian dan ada juga barang tak perlu sangat
tapi tangan gatal nak beli juga. Hehe.
Asalkan pakai, takpe la. Jangan tak pakai langsung. 



Sabun mandian, shampoo dan conditoner yang wajib dibeli.
Sangat suka dengan 'family' Simple ni. Hehe.



1. Simple Exfoliating Body Wash 250ml : RM19.90/each

2. Simple Gentle Conditioner 200ml : RM14.70

3. Simple Gentle Shampoo 200ml : RM14.70


Beli di Guardian.



Bila ke bahagian lip balm, terus rambang mata. Haha.
Nivea lip balm tu rasanya macam whipping cream. Best.
Maybelline Bold Matte tu merupakan antara wishlist saya. 
Saya suka lipstick jenis matte. Ianya tahan lama. Tak cepat hilang.
Saya ada swatches semua warna, semuanya cantik!


1. Nivea Essential Care : RM7.88

2. Maybelline Baby Lips Loves NY (Limited Edition) : RM10.90

3. Silkygirl Drink Up! (Coffee) : RM6.88

4. Maybelline Color Tattoo (Tough as Taupe) : RM17.91

5. Maybelline Bold Matte (MAT7) : RM29.90


Beli di Guardian juga.



Saya suka pakai ellips. Kali ni pilih jenis untuk rambut kuat &
halus selembut sutera gitu. Baunya sangat wangi dan 
memang melembutkan rambut. I love it! 


1. ellips Hair Vitality : RM8.48/12 capsules

2. Biore Pore Pack Black : RM10.88/10 strips

3. Avene Thermal Spring Water : RM18.00++


Beli di Guardian. Kecuali Avene beli di Supermarket.


Sekian, aktiviti shopping saya di hujung minggu.


^___^



Apa kata anda? KOMEN je ...

18 comments:

  1. samalah kita. bila ke watson or guardian mesti nak beli sesuatu yg tak perlu.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita ni, Alya. Tak sah kalau tak beli benda yang tak perlu sangat tu kan? Hahaha...:D

      Delete
  2. haip! dh shopping dlu..sy tggu merdeka bru gaji msuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple exfoliating dah habis, shu. Itu yang shopping dulu dari shu. Hehehehehe...;)

      Delete
  3. arghhh...cantik maybelline baby lips NY tu. nk beli!!! nivea tu bau whipping cream, ni yg best ni. nk beli juga.hehe. whipping cream bau sedap tu. bold matte tu sis nk beli, tp teragak2 sbb byk dh koleksi lipstik. klu cantik, sis berkenan..kenala beli juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan? Hehe. Sebenarnya saya nak beli Baby Lips Baby Pink tapi ternampak Loves NY, terus rembat. A'ah bau whipping cream sikit. Tak la kuat sangat baunya. Sis cuba la dulu semua warna bold matte. Bagi saya semua cantik tapi yang betul-betul berkenan ada 2-3 jenis. Hehe. Packagingnya saya suka sebab tak mudah calar. :)

      Delete
  4. maybelline baby lips electro pn cantik puteri. hope maybelline malaysia bawa. lambat sgt maybelline ni nk bawa sesuatu yg baru. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah! Saya suka jenis Electro terutama penutupnya jenis clear tu. Mostly Baby Lips di USA memang penutup jenis clear. Di sini je lain. Huhu. Ya, betul tu. Lambat. :(

      Delete
  5. saya nak beli lip balm tu juga, :D nivea tu mcm menarik! antara keempat jenis koleksi lip balm awk ni mana satu jenis tak berwarna,dear? tak nak lah pakai yg berwarna sebab saya ni lelaki haha cukup utk melembab bibir dari kering sahaja.

    saya dah try pore park jasmine hari tu,tapi tak melekat ke hidung. mcm takde gam, pasang je tak melekat,terus tanggal.. even tak dapat buang bintik hitam kat hidung pun..tak tahu kenapa pun coz sebelum ni pernah cuba yg original,jenis tanpa fragrance tapi berkesan.. mungkin pore pack jasmine yg diaorang jual jenis stok lama kot. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nivea Essential Care tu takde warna. Sesuai untuk Khyrull. Selain tu, EOS pun takde warna.

      Oh ya ke? Pore Pack Jasmine tu sangat berkesan pula dengan saya. Jenis Jasmine tu baru dan Limited Edition punya. Tak banyak kena jual. Maybe untuk percubaan kot. Saya cari tapi tak jual di Guardian. Tu sebab beli yang original. Hehe. :)

      Delete
    2. terima kasih banyak for info, dear. nanti saya cuba, bau lip balm tu pun mcm yummy je.hehe.

      sekarang hangat furwhite dari reen beauty care utk penjagaan kulit wajah dan kesihatan. produk ini jenis minuman dan tablet. rasa nak cuba,jum. dah 3 kali pemilik dan pengasas produk ni buat kemunculan di Wanita Hari Ini, TV3 :)

      Delete
    3. sama-sama. better beli EOS sebab comel. Hehe. Nak pakai pun senang. Oh itu, teringin juga nak cuba tapi saya baru saja cuba Shaklee hari ni. :)

      Delete
    4. menarik! :)

      kalau ada yg best2, share je review k :)

      Delete
    5. Saya baru cuba Shaklee Vit-C. Kelebihan pula baik untuk kulit. Kalau dah habis, baru saya review. :)

      Delete
  6. nak yg baby lips NY tu! xpernah nmpak pn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tahu Sab peminat Baby Lips. Hehe. Saya beli di Guardian. Tak sure di Watsons ada ke tak. Cepat grab sebab Limited Edition. ;)

      Delete
  7. Puteri beli Bold Matte yang warna apa? nanti share tau review ^_^ I think I have the same baby lips as yours, beli kat OnlyBeauty sale kat Melaka :D *sab sila jeles sekarang XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah, saya akan review. Yay, ada geng! Mesti murah time tu kan? *Sembunyi belakang Mieza takut Sab nampak* Hehehehe... :D

      Delete