Sunday, August 11, 2013

Modbox August 2013

Hello... bloggers!!!


Selamat Hari Raya Aidilfitri 


Dah hari raya keempat pula. tak sedar masa begitu cepat berlalu.
baru hari ini saya dapat bernafas sikit.
sejak hari raya pertama hingga ketiga, tetamu tak putus berkunjung. Pheww!

OK, hari ni saya nak review Modbox yang saya janjikan hari tu.
Modbox berwajah baru. yay!
Mula dilancarkan pada 2 Ogos 2013.

Modbox gives you the power to choose the samples that you
want in your Beauty Box. Because a lady knows herself best!


nampak macam besar kan?

Mula-mula dapat tu agak terkejut juga la sebab ianya kecil. haha.
comel je kotaknya. saya rasa ok la sebab isinya tak besar pun.
apa yang saya tak suka ianya cuma kotak biasa.

Bagi saya kalau Modbox buat kotak warna purple macam sebelum ni
tapi jenis kecil mesti menarik. lepas tu bungkus dengan bubble supaya
tak kemek. bila tak kemek nak buang pun sayang. hehe.




Ada 3 langkah untuk memilih :

1  First Product

- Crabtree & Evelyn Lavender Hand Therapy 25g (Full Size)
(Retail : RM30 for 25g)
Extra : Somerset Meadow EDT vial (0.5ml) + Tarocco Orange 
Body Lotion 5ml sachet 

- Ronasutra 2 in 1 Mineral Foundation & Powder 1g tub
(Retail : RM48 for 8g)


2  Second Product

- Privia U Perfect Pure Foam Cleansing 30ml tube
(Retail : RM43 for 150ml)

- Unico Advanced UV Defense SPF50 PA+++  7g jar 
(Retail : RM198 for 30ml)


3  Third Product

- Murad Hybrids Eye Lift Illuminator 0.44ml sachet
(Retail : RM165 for 1.8ml)

- Privia U Perfect Magic Peeling Gel 3ml sachet
(Retail : RM59 for 100ml)

- Juice Beauty Antioxidant Serum 5ml tube
(Retail : RM220 for 50ml)


So, macamana pilihan saya? berbaloi tak? hehe.




Saya pilih Crabtree & Evelyn sebab ada Extra. tu yang lumayan beb!
Selain itu, saya nak cuba Hand Therapy jenis Lavender.
Sebelum ni saya dah ada 2 jenis tapi dua-dua baunya sama. bau strong musky.

Saya tertanya-tanya adakah semua baunya sama?
Nasib baik la jenis Lavender ni sedap baunya. wangi!
Somerset Meadow EDT pun wangi! bau floral. I like it!

Tarocco Orange tu belum buka lagi tapi orang kata wangi.
Lepas tu dapat voucher 20% lagi. Alhamdulillah!
Dapat la saya beli Hand Therapy jenis lain lagi. Yippie!



Saya pilih Privia U sebab saya lebih tertarik
kepada pencuci muka berbanding krim muka.
Ternyata pilihan saya tepat kerana baunya sungguh sedap sekali!

Privia Perfect Pure Cleansing Foam with fine and rich
foam with natural ingredient and amino coat ingredient,
It keeps you skin soft and silky and removes keratin as well.

Made in Korea



Krim mata dari Murad ni boleh nampak kesannya dalam 15 minit. wow!
Tapi saya belum cuba lagi. hehehe.


Untuk Modbox berwajah baru ni apa yang saya nak komen
cuma kotaknya saja. Agak bosan. Konsep baru Modbox pula saya sangat
berpuas hati terutama dari segi pemilihan produk dan juga harga.

Oh ya, harganya cuma RM9 tapi tidak termasuk penghantaran.
Semenanjung tambah RM6 manakala Sabah/Sarawak tambah RM9.
Masih lagi di bawah harga RM20. Sangat-sangat murah dan
sangat-sangat berbaloi! 


Teringin nak melanggan? :





Apa kata anda? KOMEN je ...

4 comments:

  1. ^_^ suke suke! nak subscribe jugak la!

    ReplyDelete
  2. mcm mana dgn paymentnya? kena guna kredit kad ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alya, guna Online Transfer/Credit Card. :)

      Delete