Sunday, October 28, 2012

#4 Non-Beauty : I'm Waiting! part 2

Hello...bloggers!!!

korg ingat tak entri saya sebelum ni mengenai 
beberapa hadiah yang saya masih tunggu-tunggu kena hantar?
cuba baca di SINI
sebenarnya saya nak tunggu genap sebulan baru nak meroyan
tapi pucuk dicita ulam mendatang
mereka mesej saya pula
al-kisahnya
semalam saya dapat mesej dari
Laura Mercier
yang parcel saya kena kembalikan semula sebab alasan courier tidak hantar ke alamat P.O.Box
what!!??
saya terfikir juga hadiah besar mana saya dapat ni
sehingga kena menggunakan khidmat courier?
saya ingatkan dapat hadiah kecil je yang boleh di hantar oleh pos biasa
tu sebab saya guna alamat P.O.Box
tapi yang musykilnya
Skynet & GDex dapat pula hantar parcel guna alamat P.O.Box saya
kalau tak dapat pun mereka akan call saya tanya di mana mereka boleh hantar
dan pada hari mereka call tu juga parcel sampai kepada saya
ada lagi ke khidmat courier yang lain?
ermm..
FedEx punya prosedur macamana?
ada siapa-siapa pernah guna khidmat FedEx tak?
.....
ok, ini hadiah satu lagi tu
Cyber Colors 24hr Eyebrow Duo
sebulan lebih dah saya tunggu
terbaru 14 Okt saya komen kat fb page mereka
tanya bila mereka nak pos?
time tu juga mereka balas bagitau yang mereka dah pos
*cepat pula respon*
ok, saya tunggu tapi takde juga
25 Okt saya tanya balik berapa no.tracking saya?
sampai sekarang no respon
sabar je la.. 
......
next, saya tengah tunggu beauty box ke-2 saya sampai
*bukan box sebelum ni tau*
kali ni saya tak nak mengharap sangat apa isi di dalamnya
nanti macam sebelum ni pula
hampeh
......
then, ada lagi beberapa parcel
Mini Dupe Clear Cube
dan
Benefit b.right Introductory Kit

will update later

******

- Selamat Hari Raya Aidiladha -
to all Muslims readers out there!

^___^




Apa kata anda? KOMEN je ...

Thursday, October 25, 2012

Wonder Box

Hello...bloggers!!!

semalam saya dah dapat
beauty box
saya yang pertama
iaitu
Wonder Box
sangat-sangat teruja bila 
Wonder Box
sampai ke rumah
saya rasa tak sabar nak tengok di dalamnya
(mula-mula je lepas ni tahu la..)



jeng jeng jeng
.....


ini lah rupa
Wonder Box
ber-reben warna hitam
di mana jarang sekali digunakan
selalu orang guna warna pink



L-R : Clinelle, Elianto, The Body Shop, Sothys Paris

ini la yang saya dapat
setiap customer akan mendapat box yang berlainan mengikut jawapan survey
so, yang saya dapat ada
cleanser, mask, gel, mascara, shower gel, voucher


Clinelle SnoWhite Mask (Brighten, hydrate & condition)
For normal to dry skin
50ml
Harga : RM?

Clinelle Blemish Clear (Clear blemishes, soothe & protect)
For blemish prone skin
15ml
Harga : RM?

Elianto Princezna Mascara (volume, curling & long lash)
twist brush
evenly coated on each lash
thicken + lengthens
hydrolyzed keratin - protect lash stronger
vitamin E
long wearing
non-smudging
non-clumping
7g
Harga : RM?

The Body Shop Strawberry Shower Gel 
60ml
Harga : RM8.90

The Body Shop 20% Off voucher for West Malaysia only!!!???
only for Strawberry Shower Gel
(250ml or 750ml)


Sothys Scan & Get your RM169 (redeem scan)

.................................

Adakah saya gembira?
sejujurnya
TIDAK!
kenapa?
saya cuma gembira dapat elianto mascara dan sothys paris je
ini kerana elianto mascara yang saya dapat merupakan elianto pertama saya
saya belum cuba mana-mana produk dari elianto lagi
.....
sothys paris pula produk baru
tak pernah nampak lagi
hahaha
selebihnya macam clinelle tu 
saya boleh beli kat watson
clinelle snowhite mask tu maybe ok la sebab 50ml
clinelle blemish clear tu pun ok sebab berkesan juga la
nasib baik ko!
the body shop shower gel tu
hmm...
tak menarik langsung!
sebab saya masih ada lagi sebotol dalam simpanan saya


hari tu beli 1 box 
di kedai The Body Shop tempat saya
ada 2 botol(60ml each) + loofah pink yang cute
harga dalam RM18 selepas 50% sale
berbaloi kan?
......
voucher tu pula lagi sadis
korg percaya tak voucher tu cuma valid kat peninsular?
habis yang customer dari sabah & sarawak nak guna macamana?
kena pergi semenanjung?
baik tak payah ok!
sothys paris scan & get your RM169 lagi la 
nak redeem macamna huh?
kalau kena pos takpe juga
sekurang-kurangnya fikir la juga keadaan customer
di East Malaysia ni
tak semua dapat pergi ke West Malaysia
semata-mata nak redeem
langsung tak terfikir ke harga tiket flight berapa?
cuba check berapa
......
apa yang saya nak sangat dari
Wonder Box
semasa order
saya berharap sangat dapat try produk 
SAMPAR
yang khas untuk mata tu
ingatkan la ada
hahaha
lepas tu ingatkan la ada perfume ke lipstick ke
tapi takde juga
kalau la dapat lipstick dari maybelline, l'oreal, revlon..etc
lagi best!
......
memandangkan ini box keluaran pertama mereka
saya rasa mereka patut perbaiki apa yang patut
fikirkan la sensitiviti customer dari East Malaysia ni

.......................................

saya cuma memberikan pendapat yang jujur
that's all

siapa ada order Wonder Box selain box yang saya dapat?
share la dengan saya
send URL korg kat comment
saya nak tahu apa yang ada dalam box yang satu lagi
sebab box akan berlainan mengikut soalan survey yang anda jawab

Bye...


Apa kata anda? KOMEN je ...

Tuesday, October 23, 2012

Review : ESKINOL Pimple Fighting

Hello...bloggers!!!

saya nak buat review pasal
ESKINOL
kali ni saya nak cuba jenis

Pimple Fighting
Facial Deep Cleanser with Dermaclear Formula

Dries up pimples in as early as 3 days*
Lightens pimple marks

nampak tak tanda ' * ' tu?
itu bermaksud minimum secepat 3 hari jerawat akan mengeringkan
dan bergantung pada individu tu sendiri juga
mungkin cepat mungkin lambat
kalau saya 2 hari dah kering
saya ada satu bekas jerawat yang menghitam di pipi akibat
terlalu seronok memicit tanpa memikirkan kesannya
......
saya pakai
ESKINOL Pimple Fighting
bermula malam Ahad lalu sehingga hari ni Selasa pagi
bekas jerawat saya tu beransur cerah dalam 80%
tidak seperti sebelum ni hitam seperti tahi lalat
kuangkuangkuang

*maaf tiada testimoni bergambar
sebab agak susah nak snap diri sendiri dengan kamera handphone*

Pimple Fighting 
Facial Deep Cleanser

Removes deep seated dirt, excess oil and makeup with
Micro-cleanse Anti-bacterial Formula.
Dries up pimples in as early as 3 days* with
Dermaclear Formula which contains Salicylic Acid and Tea Tree Extracts.
With Vitamin B3 to lighten pimple marks.
*Based on clinical test

Soap is not enough.
Washing your face with soap is not enough. After washing your face twice,
apply Deep Cleanser with cotton and you 
will see that there is still dirt left.

mfg. date : 09/04/12

Net Vol. 75ml (2.5fl.oz.)

ok, itu memang benar!
cuba tengok kapas yang saya guna di bawah


eeewww...
selepas cuci muka masih ada lagi kekotoran
huhuhu

*Best Before 24 months from mfg. date/(DD/MM/YY)

Directions For Use :
Moisten a piece of cotton and apply on face and neck.
Repeat until no trace of dirt is seen on the cotton.
Use anytime and anywhere to get truly clean skin.

 **Tips dari saya : bila nak sapu tu, sapu secara ke atas tau!

Selamat Mencuba!

^___^


Apa kata anda? KOMEN je ...

Sunday, October 21, 2012

#2 Recipe : Kuih Durian

Hello...bloggers!!!

resipi kali ni saya nak kongsi kepada korg semua ialah Kuih Durian.
pernah dengar tak?
pernah makan?
pernah cuba buat?
senang dan mudah saja membuatnya
tapi kali ni takde gambar la yea sebab durian kat tempat saya sangat la mahal.
huhu..
kalau kami beli durian, saya suka kalau buat kuih.
sungguh sedap jika minum bersama kopi.
yummy!

Bahan-bahan :

1. tepung gandum
2. durian
3. air
4. sedikit garam
5. sedikit gula

Cara membuatnya :

korg tahu kan cara buat kuih pisang goreng?
hah! macam tu la cara membuatnya.
mudah kan?
kalau saya goreng kuih durian nanti baru saya update gambar, ok!


Selamat Mencuba!

^___^



Apa kata anda? KOMEN je ...

Wednesday, October 17, 2012

#1 Recipe : Sambal Taugeh a.k.a Tauge Salad

Hello...bloggers!!!

hari ni saya nak share resipi mudah dan sihat untuk korg.
kenapa sihat?
sebab tak memerlukan minyak untuk menggoreng.
wakakaka...
mak saya selalu buat sambal taugeh berbanding masak sayur taugeh.
sedap tau!
jangan lupa untuk mencubanya.

gambar mungkin tidak menarik tapi sekali rasa nak lagi!


Bahan-bahan

1. Taugeh
2. Belacan
3. Cuka
4. Limau kasturi
5. Cili padi
6. Sedikit garam
7. Sedikit gula
8. Bawang merah
9. Cili besar

Cara membuat :

Rebus atau celur taugeh selama 1-2 minit kemudian toskan.
Bakar belacan sehingga naik bau.
Hiris bawang merah dan cili besar.
Gaul semua bahan di atas dan siap untuk dihidang.
nyum-nyum.


Selamat Mencuba!

^___^


Apa kata anda? KOMEN je ...

Wednesday, October 10, 2012

#3 Non-Beauty : Special invitation from SILKYGIRL

Hello...bloggers!!!

wah, tajuk entri tu melampau la pula ada perkataan 'special'.
hehe...
sememangnya 'special' bagi saya.
kenapa?
sebab hari ni saya dapat jemputan dari SILKYGIRL untuk pelancaran produk terbaru mereka nanti.
sangat-sangat teruja tau!
ye la...
bukan senang nak dapat jemputan macam tu.
lebih-lebih lagi buat pertama kali. 
saya sangat gembira bila dapat jemputan tersebut.
tapi malangnya saya tak dapat pergi.
sedih sangat-sangat.
Allah saja tahu.
dah la produk terbaru dari SILKYGIRL tu memang 'jiwa' saya.
produk apa tu?
mesti korg nak tahu kan...
produk tu adalah.....
perfume
ulang sekali lagi..
PERFUME
siapa tak teruja kan?
botolnya... comel sangat!
semuanya ada 5 jenis.
InnocentSunshineLovelyCharmingBold
kalau korg tengok mesti korg pun nak dapatkannya.
saya mesti dapatkan kesemua perfume tu nanti.
M.E.S.T.I
tunggu kau!
modetamakmelanda
lagi hebat pelancaran tu nanti diadakan di sebelah kedai yang memang saya nak sangat pergi juga.
nyum-nyum...
oh why!!!
kenapa menyeksa batinku...
ok, la...
bye-bye.......


MODE : sedihyangteramatsangat


Apa kata anda? KOMEN je ...

Saturday, October 6, 2012

Haul : Silkygirl, Johnson's Oxygen Fresh, Eskinol, Biore & OXY blemish control wipes

Hello...bloggers!!!

pejam celik dah bulan Oktober. sekejap je masa berlalu. bulan baru, barang pun baru. hehe... 



tak semua barang baru. ada yang beli semula sebab habis. yang baru cuma ada 3 sahaja. 


SILKYGIRL
Skin Perfect
CC 2-Way Foundation SPF 25/PA++
sebenarnya dah lama nak cuba bedak dari Silkygirl ni. memandangkan bedak yang ada belum habis masa tu, saya simpankan dulu niat nak beli. sekarang bedak nak habis, apa lagi terus rembat la.

saya pilih jenis 02 Nude. saya keliru masa nak pilih bedak ni samada Nude atau Natural. beli dua nanti melampau pula kan. kalau Natural ada warna kekuningan sikit. Nude pula lebih kepada warna kulit saya. so, saya pilih jenis Nude.


kita tengok pula packaging bedak ni. warna putih dan ada design glitter seperti bunga/tumbuhan . memang cantik. suka sangat!


di dalam pula span diletakkan secara berasingan. memang bagus untuk mengelakkan bakteria(used sponge) berkumpul di bedak. 

ini la warna bedak jenis Nude. awesome kan?

saya tak sabar nak pakai bedak ni esok. hehe...



SILKYGIRL
Handbag Love Eyeshadow
Desert Rose
saya dua hati samada nak beli Handbag Love Eyeshadow ni atau Big Eye Collagen Waterproof Mascara. 
kenapa?
saya teringin sangat nak cuba Big Eye Collagen Waterproof Mascara tu tapi saya kena fikirkan bajet.
ok, itu harus!
lagi pun ianya Limited Edition.
bulan lalu Silkygirl ada inform kat fb page pasal Silkygirl nak bagi produk terbaru mereka kepada para bloggers untuk mencuba terlebih dahulu sebelum mereka keluarkan di pasaran.
cuma leave a blog URL kat fb page Silkygirl lepas tu mereka akan pilih siapa yang layak.
saya nak juga bagi URL blog saya ni tapi bila fikir-fikir semula..
"aku layak ke?"
dah la followers ciput je.. ada hati nak bagi URL blog. 
hahaha...
bila tengok rakan bloggers dapat barang free dari Silkygirl..
awww... 
I'm so jealous!
sob..sob..

Handbag Love Eyeshadow ni ada 2 jenis.
satu tu warna pink(Floral Tote) dan yang warna biru(Desert Rose).
saya pilih Desert Rose sebab warnanya jenis natural dan senang saya nak padankan dengan pakaian.
Floral Tote pun cantik warnanya.


masih baru ok!


cantik kan?
saya suka warna di tengah tu.


Johnson's 
body care
Oxygen Fresh
Gel Lotion
lotion terbaru dari Johnson's iaitu Oxygen Fresh Gel Lotion.
saya beli botol kecil sebab nak cuba je dulu. best ke tak. lagi pun lotion botol besar gedebak Johnson's baby lotion(Pink) 500ml & Johnson's body care Naturally White Daily UV Lotion 400ml pun tak habis lagi.
(guna lotion ke apa ni?)
pada pendapat saya lotion Oxygen Fresh ni best juga. cepat menyerap dan tak berminyak. paling best tak melekit. terasa segar lebih-lebih lagi pakai bila waktu cuaca panas.
satu saja saya tak berapa suka iaitu baunya. 
tapi saya tetap guna juga sebab teksturnya yang cepat menyerap.


Oral-B
Essential floss
(Mint)
berus gigi sahaja tak cukup untuk gigi yang bersih.
wah, macam iklan dalam tv pula.
memang betul pun. berus gigi mana dapat tembus kat celah-celah gigi kita.
so, guna la floss gigi.
saya dah guna floss dari Oral-B ni dah lama cuma yang lama tu tiada perisa.

cute je floss ni. berperisa Mint.



ESKINOL
Oil Control
Facial Deep Cleanser
with Pure Lemon Extract
ada perubahan dan peningkatan dari segi nama dan formulanya berbanding Eskinol yang botol lama.


micro cleanse
anti-bacterial formula
Instantly removes excess oil
Control oil for up to 8 hours*

Dermatologist Tested



Oil Control
Facial Deep Cleanser

Soap is not enough.
Washing your face with soap is not enough. After washing your face twice, apply Deep Cleanser with cotton and you will see that there is still dirt left.

  • Removes deep seated dirt, excess oil and makeup with Micro-cleanse Anti-bacterial Formula.
  • With Anti-shine and pure Lemon Extract to control oil up to 8 hours*.


patut la selepas saya cuci muka, lepas tu guna Eskinol ni masih ada kotoran kat kapas. ingatkan bila dah cuci muka kotoran hilang. rupa-rupanya masih ada. saya jadi hairan sekejap masa tu. walaupun langsung tak pakai makeup, kotoran tetap ada. mungkin itu la minyak di wajah kan. huhu..


Biore
Cleansing Oil Wipes
mesti korg dah tahu fungsi wipes ni kan. ini wipes ketiga saya. saya suka guna bila nak bersihkan waterproof mascara. senang dan cepat.


OXY
blemish control wipes
ini OXY blemish control wipes kedua saya. saya suka wipes ni. kalau siapa yang belum tahu kebaikan wipes ni sila la baca entri saya yang mengenai OXY blemish control wipes.
ada tu...
cuba cari..
jangan malas ok! 
hehehe..


Apa kata anda? KOMEN je ...

Friday, October 5, 2012

Haul : Hello Kitty Eyeshadow & Lip Gloss Noir Palette

Hello...bloggers!!!


macam lama pula saya tak update kan? banyak saya nak share kat korg tapi internet terrrr-sangat la slow. dah limit kot. nak upload 1 gambar pun ambil masa agak lama. huhu...

saya teruja nak share haul yang satu ni. macam biasa la "one of my wishlist". hehe... susah nak dapat benda ni tau. nasib baik cepat. kalau tak, melepas la.

Hello Kitty Eyeshadow & Lip Gloss Noir Palette ni saya dapat pada 23 September 2012. lama juga tunggu. benda direct dari USA. biasa la ambil masa sikit nak sampai. bila dapat tu, sangat bersyukur sebab semua dalam keadaan baik. tak ada yang pecah.




terdapat 25 eyeshadow & 10 lip gloss. berusnya pula ada nama Hello Kitty di antara eye & lip duo brush. sehingga hari ni, saya belum sentuh lagi palette ni. terasa sayang pula nak guna. hehe.. saya suka warna lip gloss. cantik kan? warna eyeshadow pun cantik. ada shimmer. saya suka eyeshadow jenis shimmer.

paling saya suka bentuk bekas Hello Kitty ni. besar dari wajah saya. haha... cute sangat! kalau dah habis boleh la guna untuk letak barang-barang atau sebagai perhiasan. sangat comel bila letak di atas meja solek. harga palette ni RM118. murah sikit dari harga asal kalau tak silap saya RM150. 

mungkin korg fikir lebih baik beli Urban Decay palette atau palette jenama lain daripada Hello Kitty ni. well, apa boleh buat. dah namanya suka. hehehe... 




Apa kata anda? KOMEN je ...