Hello... bloggers!!!
Ini merupakan Wishlist Perfume saya yang terbaru.
Check it out!
Juicy Couture Viva La Juicy La Fleur
white floral, fruity, sweet, vanilla, caramel, fresh
Viva La Juicy La Fleur ada lain sikit berbanding Viva La Juicy.
La Fleur ni baunya soft, floral, sweet dan fresh.
Pertama kali hidu masa beli miniature La Fleur lepas tu terus jatuh hati.
Botolnya tinggi berbanding yang Viva La Juicy yang lain.
Juicy Couture Couture La La
fruity, citrus, sweet, fresh, green
Belum pernah hidu tapi apa yang suka sebab ada semua notes kegemaran saya.
Mana-mana perfume jika ada fresh atau citrus, memang saya suka.
Selain itu, cuba tengok botolnya.. cute kan?
Juicy Couture Viva La Juicy NOIR
fruity, woody, white floral, caramel, sweet, vanilla
Walaupun ada notes woody, saya suka sebab ada white floral dan juga botolnya!
Reben berwarna hitam sebab ada nama NOIR.
I love Juicy Couture. Kalau boleh nak kumpul semua perfume Juicy Couture.
Benefit Ring My Bella
white floral, rose, floral, vanilla, fresh
Benefit popular dengan produk kosmetiknya seperti blusher, primer dan banyak lagi.
Dah lama saya nak sangat beli perfume dari Benefit ni.
Pertama kali nampak dalam YT video pada awal tahun lalu.
Mula dari sana la saya teringin sangat nak memilikinya.
Botolnya simple tapi kotaknya yang cantik. Hehe.
Lanvin Jeanne Couture
sweet, aquatic, fruity, floral, fresh, ozonic
Ini merupakan perfume dari Lanvin yang kedua saya suka.
Pertama tu sudah tentu la Lanvin Marry Me!
Jeanne Couture ni agak berlainan baunya.
Saya sangat-sangat enjoy bila pakai perfume ni (vial) dan nak full size pula.
Botolnya simple tapi ada reben berwarna ungu tu yang nampak comel.
Giorgio Armani Armani Code
citrus, white floral, sweet, honey, vanilla
Ini juga merupakan antara perfume yang pertama kali saya hidu terus jatuh hati.
Pada saya baunya sangat elegan dan misteri.
Oh I love it so much!
Sangat sesuai pakai waktu malam tapi siang pun ok juga.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Jangan lupa beri komen atau kongsi senarai perfume kegemaran anda!
^___^