Hello...bloggers!!!
Apa khabar semua? Masih dalam mood raya ke?
Kita bertuah tau dapat menyambut hari raya dan hari kemerdekaan
yang bakal menjelang nanti.
Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita nikmati sekarang.
Alhamdulillah...
Seperti biasa, bila nak dekat hujung bulan sudah tentu la aktiviti
membeli barang keperluan harian dan ada juga barang tak perlu sangat
tapi tangan gatal nak beli juga. Hehe.
Asalkan pakai, takpe la. Jangan tak pakai langsung.
Sabun mandian, shampoo dan conditoner yang wajib dibeli.
Sangat suka dengan 'family' Simple ni. Hehe.
1. Simple Exfoliating Body Wash 250ml : RM19.90/each
2. Simple Gentle Conditioner 200ml : RM14.70
3. Simple Gentle Shampoo 200ml : RM14.70
Beli di Guardian.
Bila ke bahagian lip balm, terus rambang mata. Haha.
Nivea lip balm tu rasanya macam whipping cream. Best.
Maybelline Bold Matte tu merupakan antara wishlist saya.
Saya suka lipstick jenis matte. Ianya tahan lama. Tak cepat hilang.
Saya ada swatches semua warna, semuanya cantik!
1. Nivea Essential Care : RM7.88
2. Maybelline Baby Lips Loves NY (Limited Edition) : RM10.90
3. Silkygirl Drink Up! (Coffee) : RM6.88
4. Maybelline Color Tattoo (Tough as Taupe) : RM17.91
5. Maybelline Bold Matte (MAT7) : RM29.90
Beli di Guardian juga.
Saya suka pakai ellips. Kali ni pilih jenis untuk rambut kuat &
halus selembut sutera gitu. Baunya sangat wangi dan
memang melembutkan rambut. I love it!
1. ellips Hair Vitality : RM8.48/12 capsules
2. Biore Pore Pack Black : RM10.88/10 strips
3. Avene Thermal Spring Water : RM18.00++
Beli di Guardian. Kecuali Avene beli di Supermarket.
Sekian, aktiviti shopping saya di hujung minggu.
^___^
^___^