Sunday, July 28, 2013

Haul : Real Techniques, ELF, Simple, Maybelline Color Tattoo, Ellips & Neutrogena

Hello... bloggers!!!


e.l.f Eyebrow Stencil Kit

Real Techniques by Samantha Chapman



Real Techniques Stippling Brush

dah lama nak cuba berus dari Real Techniques ni
selama ni tengok review je
agak keliru juga nak pilih mana satu
semua macam best
kalau boleh nak semua. hehe

oleh kerana Stippling Brush ni banyak review kata 'the best'
antara yang lain tu
so, saya pilih Stippling Brush
lagi satu saya suka pakai foundation/BB cream guna berus
wajah akan nampak lebih natural gitu



Stippling Brush ni saya akan rasmikan pada hari raya nanti
berus raya. haha
minat saya sekarang ni nak kumpul berus
korg ada cadangan tak berus apa yang best untuk dicuba
selain Sigma dan Ecotools?

Harga : RM50.00 (exclude postage) - saya bayar RM40.00. hihi
Where? : Retail Paradise



e.l.f Eyebrow Stencil Kit

percaya tak kalau saya cakap tak pernah lukis kening bila nak keluar?
saya tak pandai. huhu
pernah cuba lukis dirumah
tapi jadi sebelah lain dan sebelah lain



yay ada tips cara nak melukis
senang sikit nak ikut

Harga : RM13.00 (exclude postage)
Where? : Retail Paradise



Nivea Fruity Shine & Nivea Body Intensive Moisture Serum 30ml(Free)

I love Cherry!
sebelum ni beli pink guava tapi tiada free. kali ni ada free
warna cantik. bau pun sedap sangat!

Harga : RM8.91


Neutrogena Deep Clean 150ml

saya suka tukar-tukar produk. hehe
selagi tak jumpa yang berjaya menawan hati
selagi tu la saya akan tukar
kali ni nak cuba produk Neutrogena

Harga : RM19.90


Simple Exfoliating Body Wash 250ml

I fall in love with this body wash!
ini merupakan botol ke-3 saya dan akan tetap bersamanya
saya khuatir habis sebab ini botol terakhir
harap-harap mereka re-stock
saya malas nak pergi tempat jauh

parut jerawat pudar dan tona kulit semakin cerah
I love it!
sangat-sangat disarankan untuk korg mencubanya

Harga : RM19.90


Maybelline Color Tattoo Tenacious Teal

saya pilih Tenacious Teal sebab nak padankan dengan warna baju raya
hehehe
lagi pun nak kumpul benda ni

Harga : RM17.91


Ellips Hair Treatment 12 Capsules(1ml)

korg pernah cuba ellips tak?
saya dah lama guna produk ni sejak 5-6 tahun lalu lagi
lama kan?

pertama kali cuba terus suka
sampai kawan saya pun ikut cuba. hehe
saya dah lama stop guna sebab nak cuba produk lain

fav saya masa tu warna hijau. lupa nama tapi untuk rambut hitam la
tu paling best baunya
nak beli tu tapi tiada jual. jadi saya pilih pink 

Harga : RM9.90


Hello Kitty Pocket Face Tissue (32 Keping)

tisu penting untuk saya
mesti ada tisu. tiada tisu macam tak lengkap
tak tahu kenapa. hehe

Harga : RM4.90


semua tu beli di Guardian


ok, that's all for today
leave the comment below if you want
don't be shy. ahaks!


 Happy Sunday!


^___^



Apa kata anda? KOMEN je ...

12 comments:

  1. bestnyaaaa dapat beli berus Real Techniques! saya dah lama teringin tapi tak sampai seru lagi nak beli, hehe :D tengok post awak, tergugat pulak iman XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, Mieza. sama la kita dah lama nak berus Real Techniques tu. hehe. baru sekarang dapat beli. Alhamdulillah. kalau tergugat, maknanya kena beli tu tau. hahaha. :D

      Delete
  2. saya pun ada beli berus RT tu tapi baru cuba 1 je, yg lain belum test lagi.. mmg ramai yg suka pakai berus ni kan?? terpikir gak nak kumpul semua tapi fulusnya tak cukup.. haha.. kita samalah, x pandai nak lukis kening.. saya selalu main lukis je.. anyway, dah try ke pakai stencil tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alya beli yg mana satu? ok tak? ya, ramai yg suka. tu sebab nak cuba juga. hehe. sama la nak kumpul semua tapi harga untuk satu je dah RM50. takpe kumpul perlahan-lahan. saya belum try la elf eyebrow stencil kit tu. kalau dah try saya bgtau ok ke tak. :)

      Delete
    2. saya beli 3 jenis: starter set, face expert dgn stippling tu jugak. baru try face expert tuh. bila pakai mmg soft je, xde rasa menyucuk2 ke.. cuma bila dah asyik sgt tenyeh kat muka nih, tangan jadi lenguh plak.. hehe.. ooh, ingatkan dah try stencil tu. just nak tahu je senang ke x pakainya...

      Delete
    3. saya keliru antara stippling, expert & powder masa nak beli. last beli stippling. expert tu best ek. nanti nak cuba juga la. Alya beli di mana? saya dah try stencil tu. senang pakai. harga pun murah. best! Alya cuba la.:)

      Delete
    4. saya beli kat 2 seller. expert face tu kat The Fashionette, ready stock punya. mahal sket la. starter dgn stippling tu plak kat blog Syiok Sendiri Sisters, pre-order so ambil masa sket nak sampai tapi murah sket dari The Fashionette tu. saya nak jugak try guna stencil mcm tu tapi entahla... tgk mcm tak sama dgn kening je.. last2 baik lukis sendiri jelah...

      Delete
    5. oo..saya nak terjah blog SSS tu. mula-mula fikir macam tak sama tapi bila cuba ok pula. nampak cantik berbanding lukis sendiri. kan saya tak pandai. hahaha..:D

      Delete
  3. sy pun suka tukar2 cleanser..tp skrng back to basic..pkai sabun susu kambing je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selama saya tukar-tukar cleanser ni ok je tapi sejak pakai cleanser (beli online) tu terus muka jadi teruk. huhu. pakai Simple ok sikit. Neutrogena pun ok. :)

      Delete
  4. follow sini...

    http://hairuliza-anakku.blogspot.com/

    ReplyDelete