Hello... bloggers!!!
e.l.f Eyebrow Stencil Kit
Real Techniques by Samantha Chapman
Real Techniques Stippling Brush
dah lama nak cuba berus dari Real Techniques ni
selama ni tengok review je
agak keliru juga nak pilih mana satu
semua macam best
kalau boleh nak semua. hehe
oleh kerana Stippling Brush ni banyak review kata 'the best'
antara yang lain tu
so, saya pilih Stippling Brush
lagi satu saya suka pakai foundation/BB cream guna berus
wajah akan nampak lebih natural gitu
Stippling Brush ni saya akan rasmikan pada hari raya nanti
berus raya. haha
minat saya sekarang ni nak kumpul berus
korg ada cadangan tak berus apa yang best untuk dicuba
selain Sigma dan Ecotools?
Harga : RM50.00 (exclude postage) - saya bayar RM40.00. hihi
Where? : Retail Paradise
e.l.f Eyebrow Stencil Kit
percaya tak kalau saya cakap tak pernah lukis kening bila nak keluar?
saya tak pandai. huhu
pernah cuba lukis dirumah
tapi jadi sebelah lain dan sebelah lain
yay ada tips cara nak melukis
senang sikit nak ikut
Harga : RM13.00 (exclude postage)
Where? : Retail Paradise
Nivea Fruity Shine & Nivea Body Intensive Moisture Serum 30ml(Free)
I love Cherry!
sebelum ni beli pink guava tapi tiada free. kali ni ada free
warna cantik. bau pun sedap sangat!
Harga : RM8.91
Neutrogena Deep Clean 150ml
saya suka tukar-tukar produk. hehe
selagi tak jumpa yang berjaya menawan hati
selagi tu la saya akan tukar
kali ni nak cuba produk Neutrogena
Harga : RM19.90
Simple Exfoliating Body Wash 250ml
I fall in love with this body wash!
ini merupakan botol ke-3 saya dan akan tetap bersamanya
saya khuatir habis sebab ini botol terakhir
harap-harap mereka re-stock
saya malas nak pergi tempat jauh
parut jerawat pudar dan tona kulit semakin cerah
I love it!
sangat-sangat disarankan untuk korg mencubanya
Harga : RM19.90
Maybelline Color Tattoo Tenacious Teal
saya pilih Tenacious Teal sebab nak padankan dengan warna baju raya
hehehe
lagi pun nak kumpul benda ni
Harga : RM17.91
Ellips Hair Treatment 12 Capsules(1ml)
korg pernah cuba ellips tak?
saya dah lama guna produk ni sejak 5-6 tahun lalu lagi
lama kan?
pertama kali cuba terus suka
sampai kawan saya pun ikut cuba. hehe
saya dah lama stop guna sebab nak cuba produk lain
fav saya masa tu warna hijau. lupa nama tapi untuk rambut hitam la
tu paling best baunya
nak beli tu tapi tiada jual. jadi saya pilih pink
Harga : RM9.90
Hello Kitty Pocket Face Tissue (32 Keping)
tisu penting untuk saya
mesti ada tisu. tiada tisu macam tak lengkap
tak tahu kenapa. hehe
Harga : RM4.90
semua tu beli di Guardian
ok, that's all for today
leave the comment below if you want
don't be shy. ahaks!
Happy Sunday!
^___^