Sunday, March 24, 2013

Baskin Robbins, Hello Kitty, Victoria's Secret, Urban Decay, Loco Gelato, Macaroon

Hello...bloggers!!!

dua minggu lalu saya pergi Kajang
dapat makan Aiskrim Baskin Robbins
setelah sekian lama tak makan
akhirnya dapat lagi makan

Baskin Robbins

saya pilih Cotton Candy & Chocolate
Cotton Candy paling sedap!
mesti cuba

lepas tu pergi KL pula
shopping sikit-sikit
paling best dapat pergi Pavilion
dah lama nak ke sana tapi tak kesampaian
syukur akhirnya sampai juga
misi saya tak lain tak bukan nak pergi
Hello Kitty counter di Parkson Pavilion
hehehe...

mula-mula masuk Sephora dulu
nak cari perfume Vera Wang tapi tiada
tengok harga perfume di sana sama je macam tempat saya
murah sikit di tempat saya la
hehe..
kira nak beli Taylor Swift Wonderstruck Enchanted perfume
tapi tak jadi sebab nak save bajet
untuk Vera Wang perfume mana la tau tempat lain ada
akhirnya saya beli Urban Decay 24/7 Concealer saja

Urban Decay 24/7 Concealer (DEA)

lepas tu pergi Hello Kitty counter di Parkson
nak beli Hello Kitty Diamond yang full size 1 set
tapi bajet tak mengizinkan la pula
takpa next time saya akan beli juga
SA Hello Kitty di sana sangat friendly
dia layan saya dengan baik
saya dah cuba hidu Hello Kitty Diamond dengan Hello Kitty Black Magic
saya lebih prefer kepada Hello Kitty Diamond
saya beli Hello Kitty Kitty Cat Body Wash
ingatkan dapat Hello Kitty Paperbag
saya tanya la macamna nak dapatkan
SA cakap kalau pembelian RM100 ke atas baru la dapat
saya tambah lagi 1 item iaitu Hello Kitty Diamond mini
tak dapat beli yang full size, beli yang mini dulu pun jadi la
so..cute!

Hello Kitty
 

Name : Kitty Cat
Body Wash 300ml
Scent : Cherry

comel kan Kitty Cat?
paling tak sangka saya dapat Cherry
walhal saya tak tahu pun 
sampai rumah baru la tahu


Hello Kitty Diamond EDT

Hello Kitty Diamond with Hello Kitty Paperbag



sebenarnya Hello Kitty Diamond mini ni ada 3 jenis

1st Edition : Hello Kitty Diamond White
2nd Edition : Hello Kitty Diamond Blue
3rd Edition : Hello Kitty Diamond Pink

mereka ada juga jual Hello Kitty Diamond mini set
harga RM199
oh, saya tak jadi beli
dengan harga begitu better beli yang full size
cuma tambah je sikit saja lagi


Chocolat World
Macaroon

pertama kali makan macaroon
sedap juga tapi manis
saya suka yang oren
yummy!


Loco Gelato
Stick

perisa kegemaran saya ialah Cherry!
ada isi Cherry
double yummy!

dua kali tau pergi Pavilion
pagi dan petang
waktu petang tu kira rezeki saya la
nak tahu apa?
saya tak ingat yang Victoria's Secret ada di Pavilion
kahkahkah...
bila nampak orang bawa paperbag Victoria's Secret, saya pun hairan sekejap
selepas lunch, makan di food court je
nak cari Pizza Hut dah tak larat
lunch pun dah lewat sangat jam 3 petang
food court amat mendukacitakan
dah la mahal tak sedap pula tu
huhuhu...
saya pun pergi la keluar ikut jalan belakang
naik escalator
keluar ja
then, bamm!
depan mata Victoria's Secret punya kedai
I feels like oh my!
happy sangat-sangat


Victoria's Secret

saya sebenarnya nak sangat beli Pure Seduction Blush
malangnya mereka tak jual
pusing-pusing sampai bingung nak beli apa
saya cuba tester beberapa perfume di sana
saya sempat cuba Sexy Little Things Heartbreaker, Victoria's Secret Angels
saya berkenan Sexy Little Things Heartbreaker
wangi!
nak beli tapi tahan nafsu dulu
sebab saya nak sangat beli satu VS pouch ni
sampai sekarang terbayang
menyesal tak beli
kalau dah terbayang-bayang itu maknanya mesti beli
harap-harap saya dapat pergi sana lagi nanti

saya cuma beli Victoria's Secret Bombshell body mist yang kecil je
saya dah tahu baunya sebab sempat cuba masa sampai di KLIA Airport
pada saya, baunya tak la best sangat
baunya familiar la tapi tak ingat perfume apa 
hairan juga sebab ianya best seller
yang lebih menghairankan saya beli juga
hahaha
Bombshell yang size kecil ja saya beli
lagi pun saya belum ada
yang saya nak tu tiada size kecil
so, faham-faham la harganya kann...
lagi pun hampir semua VS Fantasies body mist saya dah ada
ada yang baru pun tak best sangat
beli pun sebab khuatir tak sempat beli di KLIA Airport
tapi menyesal lagi sebab harga Victoria's Secret di KLIA Airport
jauh lebih murah dari di Pavilion
masa nak pulang, sempat cuba beberapa perfume
di KLIA Airport
(hohoho... ingatkan tak sempat)
tu la menyesal tak sudah-sudah
antara yang saya cuba Hello Darling, Midnight Dare, Coconut Passion,
Vanilla Lace,
Noir Tease, Dream Angel Heavenly dan Very Sexy Touch
nak try Very Sexy(Red) tapi tiada
bagi saya yang best Dream Angel Heavenly, Noir Tease dan 
Very Sexy Touch(Pink)

woah, berderet saya cerita
sabar la yea..
hehehe...

**tak sabar nak cuba Very Sexy (Red) & Dream angel Heavenly** 

bye...

^___^


Apa kata anda? KOMEN je ...

Saturday, March 9, 2013

We Luv Peplum & Losyen Mustajab Jasmin Scent

Hello...bloggers!!!

semalam dah dapat baju peplum
yang saya hantar semula untuk dibaiki zipnya yang rosak
saya pilih warna Royal Blue 

Kurung Peplum

saya suka kaki peplumnya yang flowy
walaupun pilih size paling kecil
tetap juga besar dari badan
nak kena repair lagi
kain style duyung
kena lipat 2-3 kali sebab terlalu panjang
haih~~

Harga : RM100

Lotion Mustajab


Pati Halia dengan Jasmin

 sedap sangat baunya!
saya pakai semasa nak tidur
sungguh nyenyak saya tidur 
kan saya ni insomnia
bila sapu, rasa panas-panas dan bau jasmin yang sedap
memang lena sekali saya tidur
sebelum ni tak suka losyen mustajab sebab bau
minyak angin yang buat hidung saya tidak selesa menghidunya
kali ni Dunia Herbs mengeluarkan produk
losyen mustajab yang ada pewangi
ada 3 jenis
Jasmin, Rose dan Pomegranate


Kegunaan : 

- losyen serbaguna
- urutan seluruh badan
- sapuan pada tempat bermasalah
- sesuai untuk seisi keluarga
- kegunaan luaran sahaja


Cara Penggunaan :

- sapukan pada tempat yang bermasalah dan urutkan 
secara perlahan-lahan
- boleh digunakan sekerap mungkin
- untuk lebih kesan yang cepat, sapukan setiap kali sebelum tidur
- tidak berminyak dan mudah menyerap

korg try la
best...

**lepas ni nak beli 2 scent lagi
mama saya pun suka!

^___^


Apa kata anda? KOMEN je ...

Zalora Malaysia

Hello...bloggers!!!

baru-baru ni dapat
BR1M
dapat la shopping sikit
syukur, Alhamdulillah...


Zalora nak bagi voucher RM20 tau
tapi syaratnya pembelian mesti RM85 ke atas
siapa tidak mahu voucher RM20 kan?

sebenarnya dulu saya nak beli baju dari
Jovian by Jovian Mandagie
memandangkan dulu Zalora ni ramai yang kata servis
penghantaran tak bagus dan lambat
so, saya batalkan niat nak membeli

tengah pilih earring untuk cukupkan RM85 tu
(voucher valid 10 hari je)
keesokkan harinya baru saya sedar yang Zalora ni la servis tak bagus
yang orang perkatakan dulu
then, saya jadi risau
selepas 2 hari, tiba-tiba dapat parcel
tengok dari Zalora
wow, tak sangka pula secepat itu

thumbs up for Zalora!





Bijoux by Z

Neon Stripe Earring


Pink?
saya ingatkan warna oren/peach
hahaha


 Line




seriously, sangat berkenan
material jenis chiffon
style fish tail
kualiti tip top
tapi yang buat saya hampa cuma size
walaupun size MY [S]
tetap besar sikit dari saya
nak kena repair la nampaknya
huhuhu~~
nasib baik jenis loose


next time, nak order lagi 

muah muah Zalora!


^___^


Apa kata anda? KOMEN je ...

Modbox : February 2013

Hello...bloggers!!!

Modbox edisi Februari 2013
merupakan Modbox ketiga saya
bulan 2 lagi dah dapat cuma baru
hari ni nak update
kali ni agak best juga produknya


Modbox


reben merah dan ada sticker modbox



ini rupanya semasa buka
teratur dan semua dalam keadaan yang baik
kotaknya pun ok tak kemek

 SHAiRE
LONDON

saya sudah lama nak cuba 'dry shampoo' dan nak juga tahu 
macamna nak guna
hehe...

Penyegar dan Pewangi Rambut Sutera Klasik, 60ml

menyegar, mewangi, memelihara rambut dan kulit kepala
tanpa penggunaan air pada bila-bila masa dan di mana jua serta menjadikan
rambut berbau harum, segar dan berseri.

diperbuat daripada Rumpai Laut Perang Malaysia dari Perairan Semporna, Sabah
Vitamin B5, Minyak Kelapa Dara, Daun Inai dan Esen Bunga Raya.

Kelebihan :

- membersihkan rambut berminyak
- bertindak sebagai tonik yang dapat merawat,
menguatkan dan memperbaiki akar rambut
- menghilangkan kegatalan kulit kepala akibat berpeluh
- mencegah daripada kekeringan rambut
- mencegah daripada kelemumur
- membantu menggalakkan pertumbuhan rambut
- menghilangkan dan menyerap bau rambut yang kurang menyenangkan
akibat perpeluhan, asap rokok dan persekitaran yang kurang menyenangkan
seperti di restoran, asap kereta dan sebagainya.


Sesuai digunakan oleh :

- Pemakai Hijab (bertudung)
- Dewasa atau kanak-kanak


Cara Penggunaan : 

Semburkan ke seluruh rambut dan ratakan dengan jari
ke seluruh kepala. guna 2x atau lebih dalam sehari mengikut keperluan.


RM35.90 (60ml)
[Full Size]


essence

essence
eyeshadow smokey eyes set (04 Show Off)

smokey eyes just got easier!
This handy set comes with a cream eyeliner that can be used
as a base, a powder eyeshadow plus a dual-ended applicator.


saya tertarik dengan produk essence
edisi the twilight saga : breaking dawn
tapi tiada jual di Malaysia
 sobsob~~


RM11.90 (3g)
[Full Size]



essence
XXXL Nudes Lipgloss (05 Forever Rose)

The ultimate shine for your lips!
keep your lips shimmery and moisturised with Vitamin E
and Panthenol without leaving behind a sticky feeling.

RM9.90 (5ml)
[Full Size]


 Perkins

Perkins Nail Wrap is a super easy way to sport
glamorous nails in an instant 
just peel, apply and file!

RM39.90 (20 strips)
per pack
[Full Size]


Juice Beauty

Blemish Clearing Serum

melt those blemishes away with this organic
fruit acid-based serum. this powerful organic formula
heals while hydrating to purify pores, lighten scarring and soothe irritation.


RM185 (50ml)


Harga : RM19.00 (exclude postage)



^___^

Apa kata anda? KOMEN je ...

Sunday, March 3, 2013

Samsung Galaxy SIII, BBW Candle, Pizza Hut, Vincci & many more...

Hello...bloggers!!!

bulan lalu, 15 Februari 2013
salah satu wishlist saya dah tercapai
hehehe...

Samsung Galaxy SIII

satu untuk saya
satu untuk si dia


kami berpakat beli warna Titanium Grey
tengok betapa coolnya nama tu okey!
walaupun orang cakap, "kenapa tak beli warna putih?"
ehem, excuse me.. suka hati aku la kan?
duit aku bukan duit kau!
tapi tak sampai hati la nak cakap kasar begitu
sabar saja la
bengang la juga orang persoalkan warna putih lagi cantik la
bla bla bla...
tapi saya jawab dengan berhemah la sangat
"putih dah ramai orang beli. so, pilih la warna baru"
lagi pun Titanium Grey ni sekali tengok orang sangka iphone
ada kawan saya tertipu
hahaha..

Bath and Body Works Candle


yang ini saya sangka size 'small'
rupanya size 'mini'
seller tu kata small
tertipu pula sebab tengok penutupnya
lain dari yang mini
harga pun ada up sikit
so, tu sebab fikir size small
hmm.. 
BBW candle ada 3 size sebenarnya
mini, small dan 3-wick


ada 7 biji semuanya
saya belum bakar lagi
rasa sayang pula

Vincci
accessories

beli guna voucher birthday 30%


 Revlon
Color Stay
Ultimate Suade



Maybelline


sejak akhir-akhir ni
saya suka lipstick warna oren/coral/peach


Guardian haul

Biore Makeup Remover refill ada promosi
harus rembat!
saya beli Vitamin C
lebih selamat beli di farmasi macam di Guardian/Watson
then, saya nak guna semula St. Ives Apricot
dua lagi tu
Impact Honey Melon Mints & Peach Mints


Hello Kitty
mini wet wipes dan hand sanitizer



pembelian RM100 ke atas di Guardian
boleh beli tuala jenama Aussino 
dengan hanya RM19.90
harga sebenar RM79.90 tau
tak rugi beli

Supermarket haul

3 benda wajib beli
OXY, antabax dan Jeruk Limau
kahkahkah

Pizza Hut

Passion Mint Fizz
merupakan minuman kegemaran saya di Pizza Hut
sedap!


 

Wildberry
pertama kali cuba
ok juga la tapi susah nak habiskan
sebab ice blended
hahaha


 

Spaghetti Meatball (Beef)
saya lebih suka Chicken (lupa snap gambar)
hehehe


^___^

Apa kata anda? KOMEN je ...