Saturday, January 26, 2013

My Style Fashions : High Low Shirt, Peplum & Shoe

Hello...bloggers!!!


High Low Shirt

High Low maknanya
depan pendek manakala belakang panjang sikit
cover bahagian punggung
material sangat lembut dan selesa
bahagian biru gelap tu cotton lembut
corak tu kain tipis

 Peplum Slim Waist Blouse

Peplum Slim Waist Blouse kedua yang saya beli
pertama tu warna orange
boleh tengok di sini
saya sangat suka tu sebab beli lagi
pakai hitam nampak elegan
kan hitam itu menawan
nak nampak stylo pakai la dengan belt
ramai kawan puji bila saya pakai 
(thanks all!)
saya pakai dengan jeggings
dan kasut di gambar last entri ni


 Elegant Lace Dress

material lace sangat lembut
kena hati-hati bila pegang
mudah tertarik
belum cuba lagi tapi ada lining pun tetap nampak tipis
saya beli sebab nak pakai dengan skirt maxi
hehehe

Peplum with Ribbon (Royal Blue)

pada mulanya memang saya nak beli tapi warna hijau
dalam gambar hijau nampak matching dengan warna reben tu
biru macam kurang sikit
ukuran pula saya was-was takut besar
saya terus batalkan niat nak beli
bila chat dengan Mr.bf
saya bagi link minta pendapat baju peplum tapi yang lain la
tiba-tiba Mr.bf bagi link pada saya yang peplum biru tu
dia kata cantik sesuai untuk saya
dia nak tengok saya pakai bila jumpa nanti
tapi saya berkeras juga tidak mahu!
last-last saya beli juga
hahaha
nak surprise konon
bila dah sampai baju tu
syukur sangat ukuran baju tu sesuai dengan saya



comel kan?
boleh pakai dengan jeggings atau leggings
saya nak pakai masa nak celebrate hari jadi saya nanti
hehehe



nak panggil apa kasut ni ah?
apa-apa saja la
kasut ni sangat selesa tau
sebab di belakang dekat tumit tu design rendah
maksudnya kaki tidak akan melecet punya
selalunya kasut flat mesti buat kaki melecet
terpaksa pakai plaster dulu lepas tu baru pakai
now, senang dah
geliga betul orang design kasut ni
thumbs up!


^___^


Apa kata anda? KOMEN je ...

Haul : Hello Kitty, Maybelline Watershine Collagen Gloss, L'oreal Paris Studio Fix & Shine, St. Ives Blemish Control, OXY Face Powder etc...

Hello...bloggers!!!

seperti biasa bila mau dekat hujung bulan ni
sudah tentu la shopping!
hehehe..

Hello Kitty

1. Hello Kitty Money Box with Candies
2. Hello Kitty Waterproof Plasters
3. Hello Kitty Antibacterial Wipes
4. Hello Kitty Tongue Cleaner

 Body Care, Makeup & Foot Care

1. St. Ives Blemish Control Apricot Scrub
 2. T3 Body Scrub
3. Maybelline Watershine Collagen Gloss (CB21)
4. Guardian sore spot gel protector
5. Scholl Heel Grips

 Coklat

1. Toblerone
Swiss Milk Chocolate with Honey & Almond Nougat
2. Kinder bueno White
3. Cadbury Black Forest

Snack

Jeruk Limau

Room & Car

1. Glade Refresh-Air fresh mountain morning
2. Ambi Pur fresh & cool

 Hair & Face

1. L'oreal Paris Studio Fix & Shine
2. Guardian Sponge 20pcs

Oil

Yu Yee Oil Cap Limau

Face Powder


OXY Face Powder Oil Control & Prevents Blemishes
UV Protection
Mineral Oil Free. Won't Clog Pores





Shade : Sweetie Honey

Wet Wipes

1. OXY blemish control wipes
2. Antabax Antibacterial Wipes


Thanks for reading!

^___^


Apa kata anda? KOMEN je ...

Friday, January 25, 2013

TAG : Kegemaran

Hello...bloggers!!!

hari ni saya nak buang tabiat
nak share kegemaran sebenarnya
bukan apa pun
kehkehkeh
kalau sudi, join la sekali
lepas tu jangan lupa tinggalkan link di ruangan komen
boleh la saya terjah ke blog korg pula

entri kegemaran ni saya join 
melalui blog salah seorang Awesome Buddyz! saya iaitu Shu
so, korg boleh la tengok apa kegemaran dia


Lagu

With You - Linkin Park
Where'd You Go - Fort Minor
Decode - Paramore
1000 Years - Christina Perri
Setia Hujung Nyawa - Fiq/Gjie feat Mell Sakura
One More Night - Maroon 5
Moves Like Jagger - Maroon 5
Bad Boy - Big Bang
Down - Jay Sean
Take Over - Mizz Nina
Goin' In - JLo
On The Floor - JLo

ada banyak lagi..
buat 10 entri pun belum tentu cukup hahaha..


Perfume

Especially Escada
Ralph by Ralph Lauren
Marry Me! by Lanvin
J'adore by Dior
Burberry Brit Sheer
Alabaster by Banana Republic
Pink Sugar by Aquolina
Viva La Juicy by Juicy Couture
DKNY Fresh Blossom
Coach Flower Poppy
Bold Becky by Silkygirl

ini la antara fav saya setakat ni
ada banyak lagi dan akan bertambah. hihihi..


Body Mist

Victoria's Secret Pure Seduction
Victoria's Secret Pure Seduction Blush
Victoria's Secret Passionate Kisses
Victoria's Secret Lost in Fantasy
Bath and Body Works Sweet Pea
Bath and Body Works Vanilla Bean Noel
Bath and Body Works Pink Sugarplum


Makeup

the Hyper Curl Hello Kitty Mascara - Maybelline
Cocoa Craving - Revlon
Parisienne E/shadow & Blush palette - Hello Kitty
Magic BB Cream - Silkygirl
Glitter Eyeliner - MUA
Sellout - Urban Decay
Happy Booster Glow & Mood Boosting Blush - Physicians Formula
Fabulous - L.A Colors
Kohl Pencil Glitter - Sleek


Skincare

dermalogica
JF Skin Solutions
SOTHYS Paris
Cosmoderm
Hada Labo
Eskinol

ini la yang saya rasa best setakat ni
best sebab memang berkesan pada kulit wajah saya
next, saya nak cuba produk Tony Moly pula iaitu Tomatox dan Apple Green
banyak review mengatakan produk tu bagus
so, haruslah untuk mencubanya


Shopping

saya suka shopping terutama online shopping
banyak duit habis gara-gara online shopping ni
sangat addicted ma.. huhu..


Movie/Drama/Series/Reality Show

Twilight
New Moon
Eclipse
Breaking Dawn part 1 & part 2
Hawaii Five-O (New Version)
Setia Hujung Nyawa
CSI Miami, NY & LV
NCIS L.A
Step Up
The Covenant
Project Runway
Top Chef
ANTM


Novel/Cerpen/Majalah/Artikel

saya suka membaca
tidak kisah la apa asalkan best


Makanan/Minuman/Aiskrim

Starbucks
The Coffee Bean & Tea Leaf
Secret Recipe
Pizza Hut
Nasi Ayam Penyet
Nasi Ayam Juara
McDonalds
Yoyo
The Chicken Rice Shop
Rafflesia Chicken Hut
Big Apple Donuts
Kenny Rogers Roasters
KFC
Baskin Robbins
Sushi King
Magnum Choco-Cappucino
Paddle Pop
Mat Kool

next, nak cuba Chatime la pula. hehehe...


Apa pula kegemaran korg yea?

TAG siapa saja yang sudi..

^___^


Apa kata anda? KOMEN je ...

Tuesday, January 22, 2013

SILKYGIRL : Sweet Temptation

Hello...bloggers!!!

yippie!!!

 saya sudah kumpul semua!

Silkygirl
Sweet Temptation

L - R :

Bold Becky
Lovely Lucy
Innocent Isabelle
Charming Charley
Sunshine Sue

mula-mula saya beli adalah Bold Becky dan Lovely Lucy
then, Innocent Isabelle
next, Charming Charley
last, Sunshine Sue

beli satu memang tidak lengkap
kena beli kesemua kawan-kawannya
baru la lengkap

kira nak beli sekaligus
tetapi memandangkan saya ni cerewet
saya tidak suka kalau kotaknya kemek
pelik?
tu la hakikatnya
muahaha..
seller-seller online yang jual perfume
mesti dah 'masak' dengan perangai saya ni

then, saya check samada ok ke tidak
sebab ada juga catnya terbuka/terkupas
mesti nak pilih yang cantik 
supaya puas hati dan tidak menyesal

Sweet Temptation ni sangat comel!
seriously, this is the best perfume from Silkygirl
great job!


mesti nak tahu mana yang wangi kan?

pendapat peribadi saya :

1. Bold Becky - My fav!
2. Innocent Isabelle
3. Charming Charley
4. Sunshine Sue
5. Lovely Lucy 

semua wangi terpulang pada pendapat masing-masing
ada antaranya bau sama seperti
perfume jenama mahal
kena cuba sendiri baru la tahu

perfume ni sangat comel untuk dijadikan koleksi
atau pun boleh juga sebagai hadiah hari jadi

so, tunggu apa lagi?
cepat la beli
kalau terlambat nanti menyesal pula

^___^


Apa kata anda? KOMEN je ...

Sunday, January 20, 2013

Review : Cosmoderm Tea Tree Oil Anti Blemish X-press

Hello...bloggers!!!

pernah tak korg mengalami atau lebih tepat lagi merana
kerana ditumbuhi jerawat degil tetapi tidak mahu keluar bila dipicit?
mau panggil apa sebenarnya kalau jerawat jenis tu ah?
saya merana dengan jerawat jenis tu tapi
yang hairannya cuma kat leher saja
mungkin berpunca dari rambut kali kan..
sebab saya ni tak suka ikat rambut
ngehehehe

bermacam jenis ubat dan krim jerawat saya cuba
minyak batu la.. Clinelle la.. OXY la..
(jerawat biasa-biasa tu berkesan la)
tapi jerawat degil tu tetap tidak mahu hilang
saya malu berhadapan dengan orang
nanti orang fikir love bite la pula.. haha
tapi hakikatnya bekas jerawat yang saya picit menjadi kehitaman
saya ni pantang nampak jerawat mesti mau picit
so, saya cuba la satu produk ni iaitu

Cosmoderm Tea Tree Oil Anti Blemish X-press

ternyata memang berkesan!
hari pertama cuba pakai siang dan malam
bekas luka akibat picit jerawat degil tu terus kering
wow, ini suatu petanda yang bagus!
so, saya cuba lagi sapu tiap hari
kurang seminggu bekas kehitaman(luka kering) tu beransur cerah
sekarang, hanya seminggu lebih saja bekas hitam tu 95% cerah
tinggal sikit saja lagi
dan paling best adalah baki jerawat degil(tumbuh banyak dalam satu kawasan)
yang saya tidak picit tu pun sudah reda dan hampir tiada

tiada kata yang saya boleh ucapkan hanya
Alhamdulillah
syukur sangat-sangat kepada Allah
dah lama saya alami masalah ni
akhirnya jumpa juga penawarnya

Cosmoderm
Tea Tree Oil Anti Blemish X-press



saya pun dah membebel dengan panjang
so, boleh la klik gambar di atas 
untuk lebih jelas

My Rating : 10/10

I recommend this for sure!


Selamat Mencuba

^___^




Apa kata anda? KOMEN je ...

Saturday, January 19, 2013

Haul : Escada, Lanvin, Givenchy, Bath and Body Works, Victoria's Secret & Davidoff

Hello... bloggers!!!

saya nak share perfume terbaru kegemaran saya
pertama kali hidu
fuh! terus jatuh cinta!
baunya sungguh sedap
memang kena dengan citarasa saya
nak tahu tak?


perfume tu adalah

Marry Me! by Lanvin

A perfume that sparkles with emotion and
femininity where Bitter Orange meets the
fruity softness of Peach.

At the heart of the fragrance, Sambac
Jasmine and Magnolia bloom in the warmth 
of Amber and Musk.

Marry Me! Passion of the first days, a
moment of tenderness, the promise of a 
love story...

seriously, sangat sedap baunya
tinggal sikit dah saya guna vial tu
mulanya saya nak beli Marry Me! mini tapi masa tu
sudah tidak sabar nak hidu
ange ou demon le secret elixir
by Givenchy Paris
dan Jeanne by Lanvin
kalau la tunggu sudah tentu ada koleksi 
Marry Me! mini sekarang

tapi dua-dua bau best
ange ou demon le secret elixir maybe akan 
jadi perfume ketiga fav saya
baunya sangat sensual
sedap!

vial Marry Me! tu saya dapat free
sebab akak seller tu nak bagi free
mula-mula terkejut juga
saya tanya la apa yang ada
ada vial Marry Me!
saya pilih la itu
tidak sangka baunya sangat superb!

sekarang ni tengah dua hati
actually, nak beli perfume Flower Princess by Vera Wang
di Metrojaya, malangnya habis
then, nak beli Preppy Princess by Vera Wang tapi
berat hati antara Preppy Princess atau Marry Me!
we'll see, apa saya akan pilih nanti

Especially Escada

saya obses dengan perfume Especially Escada
tidak cukup beli full size
beli lotion, solid perfume dan vial lagi
vial tu pula bukan satu
sampai 4 vials termasuk 1 tu jenis 
Especially Escada Delicate Notes
shower gel lagi belum
hihihi
dalam gambar tu jenis mini
cute kan?

Bath and Body Works

Winter Candy Apple
sweet & fruity

 love love love
floral, fruity & musky
memang fresh
sedap!

Victoria's Secret
Secret Garden

Pure Seduction Midnight Hydrating Body Lotion 250ml 

 Love Spell Hydrating Body Lotion 50ml







Apa kata anda? KOMEN je ...

Revlon : Super Lustrous Lipstick (Cocoa Craving) & Just Bitten Kissable Balm Stain (Precious)

Hello...bloggers!!!

sekarang saya dah mula sukakan lipstick jenis matte
baru saya tahu yang jenis matte amat sesuai dengan saya
tidak cepat hilang
ianya long-lasting di bibir
nampak cantik je bila pakai

Revlon
Super Lustrous Lipstick
Matte


Shade : Cocoa Craving (008)

ini merupakan lipstick jenis matte pertama dari Revlon
yang saya ada
pada mulanya memang dari dulu nak cuba warna
Mauve It Over
tapi bila cuba test tester satu persatu
berkenan pula dengan
Cocoa Craving
seriously, warnanya sangat cantik!
siapa minat dengan lipstick warna natural tu
saya syorkan warna Cocoa Craving
untuk dicuba

this is my new fav!

Revlon
Just Bitten Kissable
Balm Stain


Shade : Precious (050)

Revlon Just Bitten Kissable Balm Stain
ni merupakan balm stain kedua saya
mula-mula dulu beli warna Adore
sekarang beli warna Precious pula
Precious ni jenis warna natural 
ini la saya nak beli dulu tapi tidak jadi
sebab pilih Adore
warna Precious ni pun cantik
bila pakai lama-lama warna tambah cantik

this is my 2nd fav right now!
haha..



Apa kata anda? KOMEN je ...

The Body Shop : The Sparkler All Over Shimmer (Dazzling Copper) & Body Butter Olive & Shea

Hello...bloggers!!!

dah lama nak cuba body butter dari The Body Shop
baru tahun ni ada kesempatan nak cuba
itu pun semasa nak ambil voucher 50% for 1 item only
sempena hari jadi
body butter ada sale masa tu
boleh save RM10 dari harga asal
so, apa lagi kan..
rembat la jawabnya
saya pilih 2 jenis iaitu
Olive dan Shea
dua-dua bau best!
sedap...



N.P : RM24.90 each 
Sale : 14.90 each (save RM10)

tidak lama selang beberapa minggu kemudian
saya nak guna voucher 50% tu
nak beli perfume
kebanyakkan dah pernah beli
ada perfume terbaru pun tidak menepati citarasa pula
nak beli makeup pun
makeup yang dah ada sekarang dah ada juga

dalam fikiran nak beli Diffuser Pomegranate & Raspberry
sebab sebelum ni pernah beli
Pomegranate & Raspberry Body, Room & Linen Spritz
memang wangi!
bila dah round 1 kedai TBS tu
akhirnya ternampak
The Sparkler
All over shimmer
dulu memang nak beli tapi agak pricey 
hihi..
bila cuba testernya
terus terpikat
saya sangat minat dengan shimmer ni
botol pun cantik terutama pumpnya

The Sparkler
All over shimmer

shade : Dazzling Copper (01)


Swatch
(cuba klik gambar untuk lebih jelas)

nampak tak?
saya pump sikit saja dah nampak hasilnya
(dalam gambar tak nampak cuma daku saja yang nampak..haha..)
The Sparkler ni boleh sembur pada pada wajah, rambut dan badan
cantik tau selepas sembur
nampak glowing gitu!


 Nozzle

N.P : RM89.00
50% : RM44.50 (Birthday voucher)

ada 3 jenis
bronze, pink & gold
Dazzling Copper ni warna bronze

Selamat Mencuba!

^___^


Apa kata anda? KOMEN je ...

Sunday, January 13, 2013

Best of 2012

Hello...bloggers!!!

walaupun 2012 dah berlalu
tapi saya nak berkongsi antara produk kegemaran saya
sepanjang tahun 2012
maaf la sebab sebelum ni internet sangat slow
so, mood nak buat entri pun dah hilang

Best of 2012
berdasarkan produk yang telah saya guna
ada juga beli pada tahun 2012 tapi belum guna
hihihi


Eyes & Cheeks

Silkygirl Handbag Love - Desert Rose
suka warna natural dan packaging berbentuk handbag
comel kan?

L.A Colors - Fabulous
warnanya sangat cantik terutama warna di tengah
selalu guna warna di tengah tu
warnanya seperti warna dark violet


Hello Kitty Parisienne Eyeshadow & Blush palette 
obses dengan Hello Kitty sebab comel
tapi jangan pandang remeh akan warnanya
sangat cantik terutama warna purple(eyeshadow) dan pink(blusher)
tengok packagingnya, comel kan?
hihi

Physicians Formula Happy Booster
Glow & Mood Boosting Blush
blusher yang comel!
ada bentuk love
bau pun wangi...



NYX Jumbo Eye Pencil - Milk
selalu guna sebagai eye base sebelum apply eyeshadow
warna eyeshadow akan jadi terang berbanding hanya pakai eyeshadow semata

MUA Glitter Eyeliner - Gold & Black
glitter eyeliner paling digemari
glitternya sangat-sangat cantik
sekarang yang warna hitam nak habis 
tinggal 10% saja
sob-sob
next time nak order lagi
harap-harap seller tu masih jual lagi

Colour Sense Shimmer Glide Eyeliner
sangat obses dengan eyeliner jenis glitter atau shimmer
yang ini eyeliner jenis shimmer yang sangat senang nak guna
lembut je bila nak lukis
glitter dan shimmer ada perbezaan tau

Sleek Makeup Kohl Pencil Glitter Black
antara eyeliner glitter jenis pencil yang saya selalu pakai

NYX Eyebrow Shaper
produk ni untuk perkemaskan bulu kening yang tidak teratur
saya tak cukur kening
so, sangat la sesuai pakai benda ni
hasilnya best dan berbaloi dengan harga

Maybelline Hyper Curl Mascara Hello Kitty Edition
mascara yang tidak perlu guna pelentik bulu mata
tapi saya guna juga sebab nak nampak lebih lentik
hahaha


Lips

Silkygirl Fruitti Tropical Bliss Trio Lip Balm
lip balm paling best setakat ini
bau sedap dan ada SPF15
saya pilih jenis strawberry, lemon & anggur
sekarang perisa strawberry nak habis
lepas ni boleh guna perisa lemon pula
yay!

MAC - Mellowarm Frost
satu-satunya lipstick dari MAC yang saya ada
tidak hairan la kenapa ramai suka MAC
saya sendiri sudah cuba
ternyata memang bagus
warna jangan cakap la
confirm cantik

Urban Decay - Sellout
suka dengan lipstick ni sebab packagingnya unik
warna pun cantik

MUA - Shade 11
lipstick MUA pertama saya beli
warnanya setanding dengan jenama mahal
nak tau harga lipstick ni?
RM9.00 saja
murahkan?

MUA Professional - Lip Boom (Doin Good)
jenis duo
sebelah lipstick dan sebelah lagi lip gloss
lipstick jenis matte
best juga jenis matte
sebelum ni tidak pernah cuba sebab takut bibir kering
bila dah cuba baru la tahu yang jenis matte sesuai untuk saya
lip gloss pula glitternya sangat-sangat cantik
sesuai pakai waktu malam atau majlis tertentu


Skincare

JF Skin Solutions
sabun paling best
jerawat pun susah nak tumbuh
sesuai untuk wajah dan juga badan
memang disyorkan oleh doktor

Oilum - Moisturizing Soap with Collagen
sesiapa yang mempunyai kulit kering
amat la sesuai 
saya jenis tidak berapa suka pakai losyen di kaki
pakai tapi jarang, ikut mood
pakai sabun ni saja dah cukup buat kaki saya lembab seperti memakai losyen

Sothys
cleanser kedua best selepas dermalogica
wajah jadi bersih tanpa jerawat
susah nak cari produk ni di tempat saya
hm..


Anti-bacterial

Vanilla Bean Noel
bau vanilla yang sedap
macam bau cookies pun ada

Vampire Blood
hand sanitizer dari BBW yang pertama saya beli
bau plum
sedap...

Twilight Woods
bau musky
tapi jenis musky yang saya suka
sedap...


Perfume

Silkygirl Sweet Temptation - Bold Becky
banyak-banyak perfume dari Silkygirl
ini la paling saya suka!
sedap sangat baunya..
jarang saya jumpa bau sama Bold Becky ni dengan mana-mana perfume
kalau ada pun maybe saya belum jumpa
masa mula-mula hidu, terus jatuh hati
kalau boleh nak sentiasa bau Bold Becky 24 jam
Bold Becky ni tahan selama 6 jam

Especially Escada
perfume ni antara kegemaran saya
susah sangat nak cari perfume ni
mula-mula tu macam tak banyak di pasaran
sekarang saya ada vial, losyen dan solid fragrance
mini pula saya dah order 
tinggal shower gel je tiada dalam koleksi
saya suka bau perfume ni yang segar dan bau ros
asal ros memang saya suka
hehe...
Especially Escada ni tahan sehingga 8 - 10 jam
bergantung pada individu masing-masing

Aquolina - Pink Sugar
ini pun antara perfume kegemaran saya
masa mula-mula hidu terus addicted
haha...
perfume ni juga susah nak cari
terpaksa beli secara online
saya suka bekas botolnya
comel!
Pink Sugar ni kalau saya tahan 24 jam


Body Mist

Victoria's Secret - Wild One
baunya sangat sedap!
walaupun nampak tidak banyak guna
sebenarnya saya takut nak habiskan
sebab Wild One ni dah discountinue
tu sebab saya nak habiskan dulu testernya

Victoria's Secret - Passionate Kisses
selain rose, cherry antara kegemaran saya
kalau la saya diberi cherry 1 botol
saya sanggup habiskan
cherry yang dah kena jeruk la bukan yang fresh
yang fresh tu masam giler!
(atau saya yang salah pilih cherry? haha..)
body mist ni sedap baunya
kalau saya tak banyak body mist
mesti dah tinggal separuh
nasib baik banyak, ganti-ganti spray

Victoria's Secret - PINK Fresh & Clean
merupakan hadiah dari bf saya
hehe...
saya suka packagingnya yang comel
bau pun best, bau fresh
body mist ni 1 set dengan losyen dan tin box
memang berbaloi!

Bath and Body Works - Sweet Pea
Sweet Pea merupakan body mist dari BBW yang paling saya suka 
sedap sangat baunya
kalau boleh nak bau bilik bau Sweet Pea
nasib baik susah nak order candle dan wallflower(electric fragrance) BBW ni
kalau la ada seller yang jual alangkah bestnya!


Lotion / Cream

Victoria's Secret - Wild One
body cream yang best!
bila pakai ianya tidak melekit dan cepat menyerap

Bath and Body Works - Sweet Pea
dapat losyen ni dengan harga super murah
sangat happy tau sebab full size lagi

L'Occitane - Velvet Hand Cream Rose 4 Reines
krim tangan yang best
cepat menyerap dan bau ros yang lembut!

Vaseline - Perfect 10
banyak kelebihan losyen ni
merupakan losyen pertama dari Vaseline yang saya cuba
cepat menyerap merupakan antara elemen pertama saya cari
Vaseline Perfect 10 ni antara salah satunya
bau lembut.. nice je..

Victoria's Secret - PINK Fresh & Clean
losyen super lembut
ringan je bila pakai
tidak terasa pun pakai losyen
dan paling penting cepat menyerap


Face & Eyes

Hada Labo - Arbutin Whitening Lotion
masa mula-mula beli saya keliru nak beli antara
botol biru ni dengan yang putih tu
beli Hada Labo ni pun bukan nak putihkan wajah pun
saja la nak mencuba katakan
hasilnya yang saya nampak setakat ni ok la 

Juiceauty - Oil-Free Moisturizer
saya suka moisturizer ni sebab ianya membuatkan wajah bebas minyak
pakai sebelum pakai makeup
memang best!

Hwanghansoo - Imperial Prescription Eye Cream
illuminating & firming
krim mata yang saya guna sekarang
setakat ni not bad juga
ada kesan positif walau sedikit


Pimple / Acne / Blemish

Eskinol - Pimple Fighting
saya guna eskinol ni sebagai toner
kotoran akan tanggal setelah sapu eskinol ni
jerawat pun dah jarang nak tumbuh

OXY - Blemish Control Moisturizer
selepas pakai toner kena la juga pakai moisturizer kan?
OXY ni best
teksturnya ringan bila di sapu pada wajah

Clinelle - Blemish Clear 
gel ni sangat bagus
bila sapu pada jerawat ianya akan mengecut
dan meredakan jerawat tersebut


Wet Tissue

Antabax
saya suka anti-bacterial cleansing wipes dari antabax ni
baunya sangat best, fresh!

Hello Kitty
ini pun saya suka sebab keluaran Hello Kitty
baunya lembut tak berapa kuat



OXY - Blemish Control Wipes
saya sentiasa beli OXY wipes ni
sentiasa ada stok
hihihi
wajah akan terasa bersih bila lap guna OXY wipes ni

Biore - Makeup Remover
the best ever!
nak tanggalkan mascara waterproof pun senang!
paling saya suka ianya boleh untuk bibir juga
ini pun sentiasa ada stok
kehkehkeh


Serum

Zilan Vital - Hair EssenceSerum
saya suka serum ni sebab wangi
bau musky sedikit tapi tidak terlalu kuat
boleh pakai ketika rambut basah dan kering

TRESemme - nourishing rituals
serum ni best sebab rambut akan jadi lembut
selembut-lembutnya
ada coconut dan argan oil
baunya sweet 


Spray

L'oreal Paris - Nutri-Gloss Light
sesuai kepada yang mempunyai rambut berminyak
diperkaya dengan protein mutiara dan citrus
rambut akan ringan, halus dan berkilau

Zilan Vital - Hair Essence Water
mengandungi 7 bahan semulajadi
melindungi rambut dari kepanasan pengering rambut
atau pelurus rambut, curler dan sinar UV


ops! entri panjang sangat la pula
hahaha

bye-bye..

^___^


Apa kata anda? KOMEN je ...