Saturday, February 15, 2014

My Birthday Haul!

Hello...bloggers!!!

Bulan Januari merupakan bulan kelahiran saya.
5 daripada 6 Birthday Wishlist 2014 saya tercapai juga, yippie!
Alhamdulillah...



Avene Thermal Spring Water 300ml | RM56 or RM59

Saya suka sangat dengan Avene Thermal Spring Water ni.
Selalu spray sebelum nak pakai makeup.


MooGoo Milk Wash 500ml | RM59

Saya selalu tukar sabun mandian tiap bulan.
MooGoo ni produk dari Australia.
So far, MooGoo ni so-so je bagi saya. 


Biore Pore Pack Sweet Floral | RM10.32

Setakat ni saya suka Biore Pore Pack jenis hitam ni.
Pilihan saya Sweet Floral.



essence all about CURL curl + volume Mascara | RM14.90

Teruja bila nampak ada essence!
Terus pilih-pilih mascara sebab essence popular kerana mascara.
Tapi.... all about CURL mascara ni tak kasi curl bulu mata i pon! T-T


essence Sharpener | RM4.90

Masa ambil ni cuma tinggal satu ni je.
Bila pergi minggu depannya lagi tetiba restock warna lain.
Ada biru, hitam dan ungu. Grrrr!


essence Blush Brush | RM14.90

Warna pink! Pergi minggu depannya ada pula warna ungu! Grrrr!


essence Gel Eyeliner Brush | RM7.90

essence popular bukan kerana mascara saja malah berusnya juga.
Ramai kata best tapi kata saya belum tahu lagi sebab belum try. Hakhak!


essence Eyeshadow Brush | RM6.90

Ini pun belum try. Hope ok la...



*Maybelline Dream MATTE mousse Natural Beige Medium 2.5 | RM33.21

Masa pergi KL awal bulan, mousse ni murah tak sampai pun RM30.
Menyesal juga la tak beli masa tu sehingga la nak hampir hujung bulan.
Sebenarnya nak hold dulu tak mau beli sebab Revlon Colorstay belum habis lagi.
Tapi bila mama nak belanja, ehem apa lagi? Rembat la!!!!!! Hihi.

MATTE mousse ni best! Shade sangat padan dengan tangan saya yang agak gelap
sikit akibat terdedah kepada cahaya matahari walaupun cuma sekejap.
Sekarang mousse ni dah luak ditengah-tengah. Hehe.
Saya suka apply mousse ni dengan sponge lembap.
Coverage jadi cantik dan flawless gitu!



*Milani Baked Blush (Corallina) | RM28

Dah lama nak blush ni sejak tahun lalu lagi.
Ini merupakan shade yang paling saya nak sangat!
Susah tau nak dapat dengan harga yang berpatutan.
Mostly, RM30 ke atas.
Akhirnya, tahun ni dapat juga harga bawah RM30. Yay!


*NYX Soft Matte Lip Cream (Antwerp & Stockholm) | RM21/each

Lip cream kegemaran saya! Hadiah dari Mr.F. :)
Lip cream ni Made in UK.
Lip cream dari Sephora Made in ?
Tekstur sama saja.
Paling penting pastikan bibir tak kering kalau nak pakai jenis matte ni.

Tips :
1. Jangan kurang minum air kosong.
2. Sentiasa pakai pelembap bibir (lip balm).
3. Scrub bibir 1-2 kali seminggu.


* = Antara 5 Birthday Wishlist 2014 yang tercapai. Entri akan diasingkan.
Teruskan membaca k...



Thanks for reading!

(^-^)"


Apa kata anda? KOMEN je ...

2 comments:

  1. Teringin nak try Maybelline Dream Matte Mousse tu. And NYX Soft Matte Lip Cream. :D Suka haul june. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Nabilah. :) Nanti try la Maybelline Dream Matte mousse tu. Suka sangat sebab tekstur ringan dan tak keringkan kulit walaupun jenis matte. NYX Soft Matte Lip Cream pun best. Hehe.

      Delete