Saturday, September 21, 2013

Maybelline Dream Bouncy Blush, Maybelline Volum' Express Mascara, NARS, EcoTools & Tarte

Hello... bloggers!!!

Hari ni nak share haul dari USA.
Dah lama order baru dapat dalam bulan ni.
Ada masalah mascara tu USA tak nak hantar ke Malaysia
dengan alasan 'flammable'. Huhu.


Maybelline Volum' Express One by One Mascara (Washable) Very Black

Sebenarnya saya nak yang waterproof tapi dapat washable.
Bila saya tanya seller tu, seller tu cakap dah klik waterproof maybe
pihak Maybelline yang silap. Oo... 


Maybelline Volum' Express the Rocket Mascara (Waterproof) Very Black

Masa saya order mascara the Rocket ni, belum ada masuk Malaysia lagi.
Bila dapat tahu Malaysia ada jual, bengang tau! Dah la beli mahal ditambah
dengan international shipping dan tax yang mahal. Haish.. 

Lepas tu saya menang Giveaway Maybelline, dapat hadiah mascara the Rocket.
Hah, makan mascara aku kali ni. Haha. 
Tapi bezanya yang ada di Malaysia tu bukan waterproof. Tu yang senang dicuci. 
Kalau waterproof, berusnya warna biru. Paling saya suka dapat juga
merasa mascara yang berusnya belum kena celup. Yippie!

P/S : Maybelline Malaysia jual la mascara macam dalam packaging kadboard ni.


Maybelline Dream Bouncy Blush (Candy Coral)

Ini la yang diimpikan selama ni. Akhirnya dapat juga. Alhamdulillah.
Best pakai blush ni. Rasa nak tekan banyak kali. Kan bouncy. Hehe.
Walaupun jenis cream, teksturnya macam powder juga. Tidak melekit.

Cara pakai cuma tekan-tekan lepas tu dab-dab kat pipi.
Kalau cara saya pula tekan atau gosok perlahan lepas tu dab-dab.
Ianya tahan lama dan warnanya sangat cantik!
Pipi akan nampak cantik sekali! Serius.

Saya suka warna coral, peach atau gold sebab blush warna jenis begitu
yang paling sesuai dengan saya.


Maybelline Dream Bouncy Blush (Hot Tamale)

Yang ini saya belum cuba lagi. Rasa sayang nak pakai. Wahaha.
Harap-harap la sesuai sebab tengok review warnanya agak merah sikit.

Saya berharap sangat yang Maybelline Malaysia bawa masuk
Dream Bouncy blush ni. Best sangat tau!
Saya nak sangat kumpul semua. Nak order dari USA lagi rasanya
tak akan la sebab mahal. Huhu. Kalau banyak duit boleh la.


NARS Single Eyeshadow (Nymphea)

Masa mula-mula dapat terkejut juga la tengok eyeshadow NARS ni.
 Bukan apa, kecil je rupanya. Tak perasan beratnya cuma 2.2g saja.
Nasib baik beli masa sale tapi masih mahal la sebab kecil kan.
Harganya tu kalau saya beli Milani Baked Blush(wishlist) lagi bagus.
Boleh dapat 2 lagi. Lepas tu, tak banyak pilihan warna.
So, saya pilih warna pink. Jadikan sebagai blusher.

Saya dapat 3 barang free. Tarte Brazilliance (tak pasti untuk apa) dan
2 perfume vials dari Daisy Marc Jacobs (dah ada) dan Daisy Marc Jacobs
Eau So Fresh (ini sedap baunya).


EcoTools Custom Coverage Buffing

Berus ni saya order dari seller lain. Murah je. RM25. Sangat-sangat best.
Lembut dan berusnya padat. Saya macam gila dengan berus dah sekarang.
Baru-baru ni ada order Sigma Brush. Tak sabar nak cuba. Wee...


^___^


Apa kata anda? KOMEN je ...

10 comments:

  1. Replies
    1. Beli yang susah nak dapat di sini. Hehe. :D

      Delete
  2. Hi. Boleh tahu website for this online shop?
    And thank you for sharing this.
    I really want to try few products that I can't get here...
    Do reply.
    Thank you and have a great day ahead.
    Xoxo
    Sincerely Renny.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Renny boleh klik link Personal Beauty Shopper di sebelah kanan Trusted Online Shop tu.

      Thank you for stopping by. Have a nice day too!

      ^_^

      Delete
  3. bouncy blusher tu mnariknya! sy pun suka wrna coral..xla terang sgt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bouncy blush best, shu. Kalau ada di Malaysia kan bagus. Huhu. Warna coral memang cantik. Kulit sawo matang sangat sesuai. :)

      Delete
  4. makan maskara.. ahakz.. xD bestnye, xcuba lagi maybelline rocket mascara. still somewhat not over the falsies :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Maybelline the Rocket mascara ok juga tapi saya lebih suka the Falsies mascara. :)

      Delete
  5. wah..bertambahla koleksi berus mekap dia.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aww.. malu la. Hihi. Sekarang gila dengan berus dah tu yang semakin bertambah. Hehe. :D

      Delete