Monday, December 30, 2013

Selena Gomez Eau De Parfum Natural Spray

Hello...bloggers!!!

Hari ni nak share perfume terbaru saya.
Sebenarnya tak nak beli perfume lagi sebab dah banyak.
Oleh kerana ada year end sale, terus tergoda.
yeaa saya kalah kepada sale! Haha.

Selena Gomez

Selena Gomez EDP 50ml

Sweet, Fruity, Cacao, Tropical, Vanilla - Fragrantica



1st time beli perfume yang kotaknya besar!

Very long-lasting scent. Pagi ke malam, masih terhidu baunya.



Memang nak beli perfume Selena Gomez ni tapi bukan masa terdekat la.
Tahu je la harganya kan...
Bila ada Y.E.S hari tu terus cepat-cepat beli. Takut orang lain rembat.
Harganya murah sangat. Perfume pun original ok!
Saya boleh tahu kalau bau perfume yang tak original.

Perfume ni baunya sangat unik!
Lebih kepada sweet tropical. Memang sedap sangat.
Memang tak rugi beli. Botol pun cute. Hikhik.
Saya tak kisah sangat pasal botol. Saya lebih kepada bau perfume tu.
Tapi kalau dapat botol yang cute itu satu bonus la.


Selena Gomez 
Eau De Parfum Natural Spray 50ml 
Made in USA

Harga : RM80.00++


**Dalam Fragrantica tu ada yang kata sama dengan VS Pure Seduction
dan VS Love Spell tapi bagi saya baunya langsung tak sama.
Saya lebih suka bau perfume Selena Gomez. Like I said, unique smells!

Lepas ni kalau ada rezeki lebih, saya nak perfume Selena Gomez Vivamore.
Masuk wishlist 2014. :P


Terima kasih kerana sudi membaca!


^___^



Apa kata anda? KOMEN je ...

Friday, December 27, 2013

Maybelline Electro Baby Lips Strike A Rose & Berry Bomb

Hello... bloggers!!!

Alhamdulillah, kebanyakkan wishlist saya tercapai juga pada tahun 2013.
Sebut pasal wishlist lama pula tak update wishlist terbaru. Hihi.
Kali ni nak share benda yang saya nak sangat sejak dulu lagi. 1 of my wishlist juga.


Maybelline Electro Baby Lips

With Shea Butter & Vitamin E

8Hr Moisture



Strike A Rose (95)



Made in USA


88% HAD SMOOTHER LIPS*

82% HAD LESS DRY LIPS

70% HAD SUPPLER LIPS*

83% HAD BETTER-LOOKING LIPS*

*Based on panelists' self evaluation after 1 week



Packaging yang menarik!



Bau sweet bubblegum



Sheer hot pink rose



Berry Bomb (80)


Made in USA



88% HAD SMOOTHER LIPS*

82% HAD LESS DRY LIPS

70% HAD SUPPLER LIPS*

83% HAD BETTER-LOOKING LIPS*

*Based on panelists' self evaluation after 1 week




Suka packaging macam ni!



Bau blueberi + anggur



Sheer berry purple





Keseluruhan : Saya suka packagingnya sebab memang saya nanti-nantikan
packaging macam tu. Jenis sheer tapi ada warna. Bau sedap.
Sangat moist dan tiada rasa pelik.

Rating : 10/10

Adakah saya akan membelinya lagi? : Ya! tapi jenis lain seperti Melon Mania, Coral Crush, Oh! Orange! & banyak lagi.

Harga : RM24/each

Di mana? : Strawberry-Tags




Happy shopping!!! 




Apa kata anda? KOMEN je ...

Thursday, December 26, 2013

Haul : Real Techniques by Samantha Chapman

Hello... bloggers!!!

REAL TECHNIQUES by Samantha Chapman is here!!! Weehoo...
Apa tu Real Techniques (RT)??? Bagi yang tak tahu tu, RT tu berus. Haha.
Dah lama nak berus RT ni. Sebelum ni ada Stippling Brush je.
Harga RM60 (tak termasuk postage). Pricey kan? Huhu.

RT yang saya beli kali ni jauh lebih murah uuu!
Kalau nak tahu harganya, baca dulu sampai habis k...
Confirm ada yang tak percaya. Hehe.
OK, let'sssssssss check it out.

Real Techniques by Samantha Chapman


Expert Face Brush - RM29.00

Blush Brush - RM29.00




L - R : Blush brush, Expert face brush

Core Collection



Core Collection - RM57.00


Panoramic Case

Cara macamana nak 'stand' kan tempat berus.



Perhatikan yang bulat tu...

1) Lipat dulu.

2) Barulah tarik kasi ketat.




L - R : Contour, Buffing, Pointed Foundation, Detailer


Starter Set



Starter Set - RM57.00





L - R : Base Shadow, Deluxe Crease, Accent, Pixel-Point Eyeliner, Brow


Freebies

Ada pilihan free samples.
Saya pilih Sierra Bees Organic Pomegranate Beeswax lip balm
with Vitamin E


Berus-berus ni ambil masa yang lama untuk sampai.
Saya sangka cuma 2 minggu je tapi 1 bulan lebih baru dapat. Huhu.
Tak pasti apa masalahnya. Mungkin sebab free shipping kot.

Walaupun lama tunggu, tapi bila sampai je terus hilang rasa geram dan sedih.
Happy sangat-sangat I tell u....
Lagi best sebab dapat semua tu dengan harga murah. Hahaha.. (Gelak jahat).

RT ni saya order dengan kawan saya, blogger Nabilah.
Thanks dear sebab tolong belikan. Muah.. muah...
Dah lama nak beli di iherb tapi saya takde kad kredit. Huhu.
Nasib baik ada Nabilah. Hehe.
InShaAllah, kalau ada rezeki nak order lagi nanti.


S : RT ni original ke?

J : Sudah tentu la original. Ingat muka saya ni nak ke beli yang fake?

 S: Beli di mana?


S : Harga?

J : Semua tu cuma RM170.80

S : Kenapa murah?

J : Murah sebab beli direct dari USA. Free shipping lagi. Kalau
tak free shipping mungkin mahal sikit kot.

S : Kenapa seller lain jual mahal? 

J : Seller lain jual mahal sebab nak ambil untung juga. Takkan orang nak berniaga
tak nak untung kan? Tu la sebabnya mahal.

_______________________________________

Nak beli RT original tapi murah? boleh contact blogger Nabilah.
Bila dah order jangan pula last minute cancel k...
Saya sarankan jangan guna free shipping sebab lambat sampai.
Bayar je shipping dalam RM20.00 ++ kalau tak silap. Tu kena tanya Nabilah.
Kalau rasa mahal, boleh pakat ramai-ramai join beli. Share kos shipping.


Bayangkan seller jual RT Stippling Brush tu RM60 (tak termasuk postage),
iherb jual RM32.90 je.. Huahuahua..


***Harga bergantung kepada pertukaran matawang semasa atau
masa nak kira payment. 



Terima kasih kerana sudi membaca!


^___^



Apa kata anda? KOMEN je ...

Wednesday, December 25, 2013

Maybelline Dream Mousse Blush (50) Cloud Wine

Hello...bloggers!!!

Dah nak masuk 2014 dah kan?
November 2013 Favorite pun belum buat lagi. Kehkeh..
Banyak nak share ni... satu-satu la dulu k..

So, hari ni nak share blusher baru.
Hari tu ada join order MYSALE dengan blogger, Nabilah.
Kalau nak join order MYSALE, Cherry Culture etc bolehla contact dia.
Tapi jangan pula cancel order last minute. Tak baik tau!

Maybelline Dream Mousse blush

Shade : 50 Cloud Wine





Masa nak order hari tu tak banyak shade. Cuma ada 2 saja.



Warna agak natural lebih kepada brown-peachy. I think. Haha. 



Swatch atas kertas.



P/S : Tangan saya tak hitam tau! Tu disebabkan cahaya yang agak samar.
Snap tak guna flash. Nak nampakkan glitter tu je.
Cantikkan walau dalam cahaya tak berapa terang tapi nampak glitternya. 
Saya ni suka shimmer/glitter. (Alorh.. tak tanya pun kannn..)

Blusher ni dapat sejak November lagi. Cuma baru ada masa nak review.
MYSALE ni pre-order, ambil masa nak sampai. Harus la sabar menunggu.

Harga untuk blusher ni cuma RM20 + RM5(shipping MYSALE)
Nak shipping murah, kena ada ramai yang join.


Terima kasih kepada Nabilah. Kalau takde dia tak tau nak order dengan siapa.
Dia baik tau. Sanggup tolong belikan. Orangnya pun cantik.
Thank you so much, dear! Muah..



Hari ni saya dapat berita yang mengejutkan, Ayahanda kepada Nabilah
(Allahyarham Ismailjee Bin Mohamed Kassim) telah pergi ke rahmahtullah.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempat disisi orang yang beriman.
Amin Ya Rabb.


~ Al-Fatihah ~



Apa kata anda? KOMEN je ...

Wednesday, December 11, 2013

Luxola Haul : Sigma, The Original Beauty Blender, Blender Cleanser & Sleek MakeUp Blush

Hello... bloggers!!!

Pernah dengar Luxola?
Luxola ni terkenal dengan menjual makeup dan skincare.
Selain itu, Luxola juga jual bath & body, candles, tools, mens dan banyak lagi.

Bila tahu Luxola dah boleh buat payment guna online transfer, apa lagi?
Shoopppiinggggggg !!! Hehe.
Paling best selalu ada sale 20% - 35%. Dah la murah tambah murah.

Saya beli masa sale saja kalau tidak berfikir juga 2 kali.
Nak yang lagi murah la katakan. Harus ok.
Beli barang yang seller selalu jual mahal tapi dapat murah. Nikmatttt.

Mari cuci mata barang yang saya beli di Luxola.
Semua saya beli dalam bulan Oktober dan November.
Cuma baru sekarang nak share. Huahua.


Sigma Synthetic Kabuki Kit


Sigma Eyeliner Pink Brush (Free)



E05, F80, F82, F84 & F86

Ini la yang saya mula-mula beli di Luxola.
Masa tu ada 35% sale, murah berbanding harga normal.


Sigma Flat Definer 

Kali kedua Sigma Flat Definer E15.
Beli sebab nak dapatkan voucher. 


The Original Beauty Blender




Comel kan? Sebenarnya nak beli PRO Double Blenders (Black)
Masa tu mula saja 35% sale terus sold out. Gigit jari tau. Huh!
Beauty Blender paling murah yang pernah saya nampak.
Bila beli masa sale lagi la murah.
Rugi tau tak beli. Lagi best guna ni berbanding berus. 


Blender Cleanser & Sleek MakeUp

Ini pun beli masa 35% sale.
Ingat nak beli salah satu daripada 2 brand tu tapi alang-alang kan..
Beli je la sekali. Senang. Hikhik.



Ni saya gatal tangan nak minta Luxola balutkan sebagai hadiah.
Nak cancel sebab takut kena caj lebih tapi tak dapat dah.
Bila tengok dan kira takde pula kena caj. Pheww!


Sleek MakeUp Blush

Pomegranate & Rose Gold

Wishlist saya ni! Alhamdulillah... dapat juga beli.
Saya suka Sleek MakeUp blush ni sebab warnanya sangat cantik!
Kalau tak silap, Rose Gold dupe MAC blush tapi lupa pula warna apa.
Tapi yang saya kecewa sikit blush ni tiada kotak.
Cuma plastik saja. Nasib baik packaging tidak rosak. Huhu.

Tu saja la yang saya beli di Luxola setakat ni.
Berbaloi tau beli di Luxola lebih-lebih lagi waktu ada sale.
Luxola sekarang Free Delivery Any Order Over RM40. Best kan?
Luxola guna courier Aramex. Kalau nak PosLaju, saya boleh tolong.
Tambah RM10 saja total pembelian korg tu. 

Sarah (Famous Blogger) pernah join beli coz dia nak guna PosLaju.
Jangan takut dan segan kalau nak order dengan saya k...
Saya tak makan orang. Hihihi



Boleh cuci mata dan habiskan duit di sini :




Happy Shopping!


^___^



Apa kata anda? KOMEN je ...