Thursday, September 25, 2014

TIPS membeli produk M.A.C

Hello... bloggers!!!

Credit : Google Image


Entri sebulan yg lalu saya nak bagi TIPS membeli produk M.A.C kan?
Sebulan kemudian baru nak bagi tips. Apa la.. Haha.

Saya nak berikan beberapa tips bagi yg pertama kali nak beli M.A.C.
Excited tak? Muahaha..


10 TIPS membeli produk M.A.C


#1 : Senaraikan barang nak beli.

Ini penting tau! Takkan nak ke counter beli tanpa tujuan.
Mesti senaraikan produk apa nak beli.

Contoh : Foundation, Concealer, Lipstick dll...


#2 : Buat rujukan pada produk.

Sila buat rujukan mengenai produk yg nak dibeli. Kena tahu mengenai produk
dan kesesuaian pada jenis kulit.

Contoh : Studio Fix, Mineralize, Pro Longwear dll... 


#3 : Ketahui jenis kulit.

Bila sudah pro pasal produk, jenis kulit sendiri pun kena tahu.

Contoh : Very dry, Dry, Combination, Oily & Very oily.


#4 : Ketahui jenis produk serta kesesuaian pada kulit.

Foundation ada banyak jenis seperti matte, semi-matte, satin dll...

Contoh : Foundation Studio Fix jenis matte finish, sesuai untuk
kulit oily, long-wearing atau bagi yg suka jenis matte.


#5 : Kira harga.

Bila sudah senaraikan apa nak dibeli, sila kira harganya sekali.
Sangat penting untuk tidak terlebih bajet sebab anda akan
rambang mata bila masuk counter M.A.C nanti. 


#6 : Tetapkan pendirian.

Kena tetapkan pendirian bila masuk counter M.A.C nanti.
Kenapa ek? Sebab korg akan dipujuk rayu oleh SA untuk membeli
produk dengan banyak. Disitu korg akan terlebih bajet. Baik tetapkan
pendirian takut wang tak cukup pula. Nanti malu weh!


#7 : Beli produk dengan kuantiti sikit atau banyak?

Ini pengalaman saya la, pertama kali pergi counter M.A.C memang saya beli
dengan banyak sebab nak buat untuk hantaran. Hehe.
Mula2 tu SA macam layan tak nak layan je. Bila SA dapati saya tahu mengenai
produk mereka, terus SA pun terus melayan saya dgn baik. Haha.
Bila saya beli banyak, lagi la mereka terlebih melayan dgn baik. Bwahaha.

Tapi jangan pula korg sedih. Tidak salah membeli 1 benda je.
Tak perlu malu sebab cuma beli sebatang lipstick.
Apa yg penting, kena tahu pasal produk dan korg cakap la,
"saya nak cuba yg ini dulu", "next time saya beli"...


#8 : Jangan takut!

Bagi yg belum pernah ke counter M.A.C, mesti ada rasa nak masuk tetapi
perasaan takut tu terlalu tebal. Memang tidak dinafikan ada SA yg tidak
mesra dan poyo. Tips dari saya, ABAIKAN je mereka tu! Set minda anda yg
korg ada duit, buat apa nak takut? Yg penting korg dapat beli apa yg korg
impikan selama ni.  


#9 : Extra-budget.

Walaupun korg sudah senaraikan produk & harga, sukacita saya
ingatkan bahawa sila bawa lebih wang anda, takut2 terlebih beli
yg tak sepatutnya. :P


#10 : Shopping online website M.A.C

Kalau masih juga tidak berani, takut atau malu nak ke counter M.A.C,
korg boleh shopping di websitenya. Cuma saya nak pesan kalau nak
beli foundation atau concealer kena pergi counter supaya korg boleh mencuba
shade apa yg sesuai untuk kulit anda.






Apa kata anda? KOMEN je ...

13 comments:

  1. Ahahaha good tips! sye ni forever shop online :p

    Bloobs Blurbs II

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ, Syaza. Tips ringkas saja. Kalau dah tahu shade apa, senang. apa lagi online je la.... Hahaha. :D

      Delete
  2. saya biasa buat no.8.. asalkan dia tak perli2 or macam nak halau kita ke

    ReplyDelete
  3. terkena kat MAC Sogo dulu. x nak layan. bole pas kat kawan dia, suruh kawan dia layan sarah dan akak. muka kawan dia dh merah, malu. dari nak beli lebih. sarah beli satu je, berus. akak sarah nak beli lipstik terus x jadi. pakai biasa2 x nak layan. elok juga kadang2 klu masuk butik mcm ni jgn pakai grand sgt. nak tengok layanan diorang camne. x semua la bersikap camni. huhu. geram bila ingat balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai kata MAC Sogo mmg layanan tak ok. Sepatutnya mereka kena bagi kursus mcmna nak layan customer. Tak boleh layan customer double standard. Orang nak beli banyak terus tak jadi gara-gara SA yg memilih. Butik high end ni mmg ada SA yg melihat customer dari segi pemakaian. Tapi saya hari tu pakai pakaian yg murah saja cuma pakai wedges je la (sbb mmg suka pakai kasut tggi).. hehe. Syukur kena layan juga sbb dia tgk saya tahu pasal produk. ;)

      Delete
  4. selalu kena macam ni.. especially dekat high-end makeup store... double standard.. some people (like me la especially) suka pegi window shopping time hujung minggu.. kadang2 pegi ngan kawan2 yg x dress up sgt so xkan kita nk lebih2.. ikut jugak la pki biasa2 je..
    tp sedih la setiap kali pegi kedai macam ni SA hesitate nak layan customer.. diorg mcm tak tau diorg tu bawak brand's name okay..
    hmm~ apa pun.. tabahkan hati je la klu kena mcm ni..
    oh, ya. jemput datang ke blog saya tau~
    Mira | http://lemieletlavanille.blogspot.com/ ! :D
    da follow GFC da~ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, Nuraini. :)

      Betul tu! SA sebenarnya bawa nama brand tu. Tapi tak tahu la kenapa mereka double standard. Huhu. Terima kasih sebab follow blog saya! Hehe. ;)

      Delete
  5. hey there :) u should continue to update ur blog dear! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, dear...

      Thank you for visiting my blog. Hehe. I will update soon. ;)

      Delete
  6. Okay je kan kalau nk beli kt website mac? Pernah cuba x? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah cuba. Banyak kali dah.. Hehe. Servis MAC online Malaysia sangat tip top. Terbaik! Jangan risau k... ;)

      Delete
    2. Tp knapa ye, sy plak try beli x dapat2 barangnya... Bila kita tanya dia kata ada order num x, kita jawb la xde... Tp duit dah transfer... Pening duit kena telan camtu je

      Delete