Friday, August 22, 2014

M.A.C

Hello... bloggers!!!

Saya nak cerita mengenai produk kosmetik yg tak asing lg iaitu MAC.
Siapa tak suka MAC? Sila angkat tangan!
Hampir majoriti kot suka MAC cuma ada sesetengah org takut nak beli.
(Termasuk la saya suatu masa dulu. hikhik)

Kenapa saya takut?

Bukan takut apa la...
Saya dulu kena 'brainwash' oleh org pasal SA MAC ni tak friendly & poyo.
So, saya pun rasa buat apa la nak beli klu mereka begitu kan?

MAC ni jenama kegemaran saya sejak dulu dan 
teringin sangat nak cuba beli sendiri kat counter MAC tu.
Sebab lain saya malas nak beli ialah saya tak tahu harga sebenar produk MAC ni.
 Mana la tahu mahal sgt mcm jenama YSL ke...
Saya dah try 'Google' pasal harga MAC di Malaysia.
Tapi susah la nak dapat blog pasal harga MAC di Malaysia.
Seingat saya ada 1-2 blog je tapi masih tidak letak harga lengkap.
Kebanyakkan hanya tayang gambar tanpa harga. (-_-)

Bila MAC dah boleh beli secara online, di sana la saya tahu harganya.

Guess what?

Ceh, tak mahal sgt pun. Haha.
Ingatkan sebatang lipstick tu harga beratus. Rupanya di bawah RM100 je.
Bagi saya itu harga mampu milik.
Daripada beli lipstick RM25 ke atas tapi tak pakai, lebih baik beli yg RM68
tapi selalu pakai. Berbaloi lg.

Bayangkan, saya mempunyai berpuluh lipstick harga sekitar minimum RM25
dan maksimum RM70, kira total semua cecah hampir setengah ribu.
Pakai sekali lepas tu dah tak pakai sampai expired. Kan membazir.

Saya jenis tak suka lipstick seperti :

1. Tidak tahan lama.
2. Tekstur tak best! (Mungkin org lain best).
3. Mengeringkan bibir walaupun pakai lipbalm.
4. Tidak serasi dgn bibir.
5. Bergumpal.

Saya jenis suka lipstick yg tak perlu nak pakai byk kali.
1-2 kali ok la.
Ada jenama-jenama lipstick ni memang tak serasi dgn bibir saya.
Memang membazir sgt beli. Huhu.
Ye la, mau cuba itu ini last-last tak serasi. Zzz..

Saya cerita pasal MAC ni bukan nak promote ke apa.
Tapi ini pendapat peribadi saya saja.
Saya tak kisah beli lipstick mahal sikit asalkan kualiti bagus.
Ehem, YSL tu belum terfikir lagi nak beli sbb RM150++ tu...
Maybe suatu hari kot. Sekadar utk mencuba. In Sha Allah.

Setakat ni baru ada 4 MAC lipstick yg saya kumpul. Hehe.
Dan akan bertambah lagi. Yay!




Seterusnya, entri TIPS membeli produk MAC.


Thanks for reading!


(^-^)"


Apa kata anda? KOMEN je ...

9 comments:

  1. Mmg selalu sgt lah baca pasal unfriendly s.a mac ni. Tapi sepanjang beli kat KLCC dgn Pavilion, okey lah. Cuma kat Sogo jelah yg tak mesra tapi saya boleh terima lagilah.. Alah koleksi saya baru 3 lipstick je.. Kalau tak silaplah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Terus saya nak beli pun berfikir banyak kali. Haha. Lagi pun belum cuba belum tahu kan? Lebih kurang je koleksi kita. Masih dalam proses mengumpul. Tak rugi beli lipstick MAC sebab kualitinya berbaloi dengan harga. ;)

      Delete
  2. Mac okay lagi kt kl.paling teruk chanel tasha pernah kena.x kisah la kt ou,isetan klcc or pavillion semua sama.tasha x pernah ada nightmare kt kaunter dior or estee lauder.tapi chanel ni staff die x humble and x friendly.kadang2 buat muka sgt menjengkelkan.memang rude la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hairan dengan perangai SA begitu. Sepatutnya mereka kena mesra pelanggan. Huhu.

      Delete
  3. Thanks for sharing information. Smlm dh beli 1 lipstick. Warna pink plaid. Sy beli kat sogo. Sales advisornya lelaki. Peramah gak, siap pilihkan warna utk sy gitu. Thanks for sharing the pricing, at least xde lah rasa takut nk jejak butik Mac. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're most welcome, dear! Harga sekarang dah naik tapi masih lagi pada harga yg mampu milik. Pink Plaid tu antara wishlist saya. Nice kan warnanya? Oh ya, setakat ni saja jumpa kalau SA lelaki memang ok berbanding perempuan. Perempuan kadang ada ok dan ada juga tidak. Ikut nasib la. Hehe.

      Delete
  4. Yup. Kaler pink plaid tu mmg cun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum terbeli lagi Pink Plaid tu. Asyik beli warna lain. Hihi

      Delete
  5. saya mati mati ingt harga dia 200+ sbb dalam lazada mahal & takut tak ori

    ReplyDelete