Hello...bloggers!!!
saya nak review pasal
BBF Cutie Box
ini merupakan BBF box pertama saya
saya order sebab ada
Hello Kitty!!!
hahaha
well, apa nak buat minat punya pasal
......
sangat mencabar kesabaran saya bila menerima
BBF box ni
sepatutnya saya terima pada 28 Oktober 2012
tetapi saya dapat pada 5 November 2012
can you imagine?
GDex Servis sangat-sangat teruk
maybe GDex kat tempat saya saja kot
bila dah hujung bulan Oktober masih takde call dari GDex
saya pun tanya Gdex pada 2 November 2012
kenapa parcel saya tak sampai-sampai lagi?
mereka tanya no.rujukan saya
bila dah bgtau senyap pula
then saya tanya lagi esoknya
respon lambat sangat mau 1 jam
then dia bgtau suruh call agent mereka yang lain
tapi no respon
saya cuba pula no.tel agent GDex yang hantar parcel saya dulu
boleh-boleh dia cakap
"kami memang mau hantar pada 28 Oktober hari tu tapi kami tak dapat hubungi kamu?"
kalau tak dapat hubungi pun mesti
ada tertera 'missed call' di handphone saya
agak-agak la nak putar belit pula
huhuhu..
then, cakap "saya jauh sudah ni..bla-bla..kamu cuba hubungi si...."
saya call la agent GDex yang dimaksudkan
mau tau apa dia cakap?
adakah patut dia suruh ambil ke tempat sekian-sekian
alasan tak hantar ke alamat 'kampung'
hey, bukan ke kerja korg hantar barang?
walaupun kampung korg fikir rumah saya dalam hutan ke?
dah memang alamat macam tu
hmmphh...
terus saya end call macam tu je tanda tidak puas hati!
lepas tu saya sms agent Gdex lama
saya sms bgtau saya kena suruh ambil tempat sekian-sekian
saya bgtau saya tak puas hati
saya tak nak bazir duit dan tenaga nak pergi ambil parcel
yang sepatutnya kena hantar
dulu boleh pula hantar tapi kenapa sekarang dah tak boleh?
saya terus terang yang saya sangat kecewa!
terus saya menangis
tiba-tiba agent lama tu call saya
sambil saya menangis bercakap dengan agent lama tu
mesti dia tau saya menangis (malunya... huhuhuhu)
sebab agent tu cuba memujuk saya
bgtau dia cuba call agent lain supaya hantar pada
hari Isnin iaitu 5 November 2012
dalam menangis saya cakap
pada hari tersebut saya ada temuduga
saya takde di rumah
then dia cakap dia akan suruh agent lain hantar waktu malam
waktu Gdex hantar tu hujan renyai-renyai
saya risau kotak BBF saya rosak
kahkahkah
saya ni pentingkan kesempurnaan juga kadang-kadang
......
ingatkan 1 kotak saja rupa-rupanya 2 kotak
warna pink dan warna hitam
saya rasa 1 kotak pun cukup
balut dengan bubble wrap atau plastik supaya tak basah terkena air atau hujan
dan untuk keselamatan juga
mana tau kena buka ke
sebab box tu senang sangat orang nak buka
oleh 'manusia' yang tak jujur
ini la yang saya dapat
ada scrub, cleanser, candy, 2 mask dan shower cap
Hello Kitty Shower Cap
Hello Kitty Sexy Look Mask
Wonka Sweet Tarts Tangy Candy
b.liv by cellnique
Age Dismission
knock off age
Original Japan Silk Mask
Soap & Glory
Scrub 'Em and Leave 'Em
body buff
with Babassu Oil & Sea Salt
kenapa saya cadangkan BBF guna plastik untuk cover kotak tu?
cuba korg tengok scrub di bawah ni
saya dah cuba untuk snap gambar dengan baik
tapi malangya tak dapat
untuk makluman korg saya guna kamaera handphone
so, kualiti gambar pun tak ok
mula-mula saya terima parcel
saya tak buka pun scrub tu
just snap gambar je
hari kedua baru la saya tengok
saya perhatikan scrub tu macam kena korek
maksud saya seperti ada orang yang sentuh
sekeliling scrub tu seperti kena sapu kasi rata
saya mengadu kat BBF
BBF kata maybe sebab cair
sepatutnya scrub tu keras
yeah, saya tahu tu
tapi kita boleh tahu kalau ianya bekas kesan dari cair atau kena korek
penutupnya bersih je tiada kesan scrub cair
saya bukannya salahkan BBF
saya salahkan orang yang korek tu
tu sebab saya cadangkan box tu kena cover dengan plastik
supaya orang tak boleh buka
mana tahu ada 'manusia' yang tak jujur semasa penghantaran tu
siapa tahu kan?
sampai sekarang saya belum guna scrub tu
saya nak simpan sebagai bukti
......
walaupun banyak dugaan saya semasa menerima
BBF box ni
saya tetap berpuas hati
hampir semua produk saya belum cuba
lebih-lebih lagi produk Soap & Glory
tapi satu saja yang saya tak berapa suka iaitu cleanser
rasanya cleanser ni tak perlu sangat
takkan la nak tukar-tukar cleanser kan?
hehehe
......
Item : BBF Cutie Box October 2012
Price : RM48
bbfbeautybox@gmail.com (email)
My Rating : 4.5/5
adakah saya akan order BBF lagi?
oh yeah sudah tentu!
^___^