Monday, September 17, 2012

#1 Non-Beauty : Annoying Woman

Hello...bloggers!!!


saya nak bercerita pasal orang yang jenis bangga diri ni. korg pernah tak berasa meluat dengan orang yang suka bangga diri atau memburuk-burukkan orang? saya sangat meluat dengan manusia macam tu. ada la seorang manusia ni selalu je post di mukabuku tentang ke'perfect'kan dia tu (konon). kalau ya pun sempurna jangan la nak bangga diri macam la diri tu bagus sangat. bagus ke? haha.. nak pecah perut ketawa tengok mukanya ada la. walaupun kau tak pernah pakai bulu mata palsu, contact lens atau makeup ke kalau time jalan-jalan, tak payah la nak hebohkan lepas tu post lagi kata jangan la bangga sangat kalau setakat cantik kerana makeup. jadi kau bangga sangat la tak pakai makeup? nak hebohkan diri tu natural beauty la sangat? natural beauty pun kalau hati tu busuk tak guna juga muka natural beauty kau tu.

saya tak tahu la kepada siapa dia tujukan sebab saya tak pakai bulu mata palsu atau contact lens pun. cuma bermakeup je la tapi tak la tebal pun. walaupun bukan saya dia tujukan, saya rasa macam lain. nak kata terasa tak juga sebab bukan pasal tu saya meluat. saya meluat cara dia post seperti dia tu 'perfect' la sangat. biar la orang nak bermakeup ke bangga cantik sebab makeup ke asalkan kau jangan terikut juga perangai orang bangga diri tu cukup la. peduli la orang nak bermakeup ke pakai bulu mata palsu ke dah namanya perempuan kan. mesti la ada naluri nak pakai makeup. supaya rasa yakin sikit bila di khalayak ramai. saya rasa lelaki pun suka kalau perempuan jaga penampilan, bermakeup dan bergaya. asalkan tahu nak sesuaikan dengan situasi.

apa saya tengok makin hari makin banyak kau post di mukabuku yang bikin orang muntah. paling lucu post pasal kau jalan-jalan pakai baju RM5.00 je lepas tu ada perempuan-perempuan pakai high heels, rambut kena set dan bermakeup tengok kau sambil berbisik-bisik. err.. kau tu hebat sangat ke sampai orang nak berbisik bagai? kenapa kau terasa ek? haha.. mengalahkan artis je cara kau post tu. kalau kau tu artis popular takpe juga. boleh la juga dipertimbangkan. haha.. annoying betul. saya rasa kalau muka kau tak berjerawat sudah tentu kau pun bermakeup sakan juga kan? ops, terlebih sudah. mungkin kau jeles kali kan. saya tahu kau pun pernah bermakeup juga sebelum ni. makeup tebal lagi seperti opera cina. ada kau fikir tebal mana kau bermakeup dulu? tak sedar diri langsung.

saya rasa tak perlu la nak hebohkan diri ni cantik dari orang lain. kalau benar cantik tak perlu nak bangga diri. bila-bila masa kelebihan tu boleh kena tarik balik. kalau orang nak bangga diri pun peduli la mereka. asal kita jangan ikut berperangai sebegitu. that's all.


** tak semestinya orang bergaya tu pakai pakaian mahal. ada juga yang murah. betul tak? tak kisah la baju korg berapa harganya yang penting selesa dipakai dan tak kacau hidup orang lain.**



Apa kata anda? KOMEN je ...

10 comments:

  1. sis pn pnh kena cmni. tp situasi berbeza. sis kena dgn housemate sndiri, adeke dia perli sis orng suka makeup ni fake. abis tu yg dia mengata orng tu ok sgt la. tp sis sbr je masa tu. sbnrnya la, bergantung kpd niat kita. kdng2 orng kata, prmpuan yg suka makeup ni jd riak, sombong. tp sstgh yg bangga diri tu natural beauty ade je yg riak ape sume tu. itula yg dimaksudkn niat sesorang tu. makeup tu x bermaksud kita bole judge orang suka hati. bg sis, orang suka makeup..bergaya ke diorng jns suka kemas. tp yela,kdng2 sstgh orng ni jeles kuat, x dpt ape yg kita ade. tu mengata mcm2. sis dh mcm2 dgr kutukan orang. lama2 sis jd bosan. lantakla. kutuk la puas2, dpt dosa. nak nasihat tp cara pun x betul. mcm2 la manusia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju sangat dgn sis. benar kata sis tu b'gantung pd niat. makeup ke natural beauty ke niat dihati kena baik dulu. x smstinya org suka makeup tu fake. dah lumrah perempuan mcm tu. sbnrnya housemate sis tu jeles. klu x jeles, dia x mcm tu. hehe.. bila dah jeles mula la mengata org lepas tu banggakan diri sndiri. hehehe

      Delete
    2. btl. mmg lumrah prmpuan mcm tu, nk bt mcm mane kn. hakikatnya, dia sbnrnya teringin nk makeup. tp x mau cakap, ape slhnya klu teringin nak makeup. sis bole bg dia pinjam. hmm, mcm2. lg satu sis dulu byk baca kt fb orang kutuk2 ni, mostly lelaki. wah, bole plk kata yg makeup ni mcm GRO kt club mlm tu. yg kata tu pula mcm la bagus sgt. nak nasihat, tp mentaliti pun teruk. bahasa kasar. adoi. pelik. menilai orang melalui makeup. bknnya dari hati. haha.

      Delete
    3. mahu tapi malu. malu2 kucing la katakan. haha... lg satu, nak nasihat org pun kena ada caranya. bkn dgn cara kasar. nasihat cara kasar ni bkn org mahu ikut malah m'bantah ada la. cuba la nasihat dgn cara lembut, org pun nak dgr sedap je. mgkin hati prmpuan t'letak pd makeup kot tu sbb org menilai dari sana. hahaha...

      Delete
  2. Ish...xsku org cm tu...:( sab start discover makeup dr sekolah..igt lg ada member ckp... "eee...gua xpakai makeup2 ni...rimas n fake" hm...skng..tgk gmbar, dia pakai makeup ok... Paling xsuka org ckp pakai makeup ni ntuk fake...come on lah... Ni naluri wanita...suka bnda kecantikn... Damn... Ada org cm tu kan..xde bnda lain nk wt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita, sab. mula try makeup time sekolah. hehe.. lagi teruk kwn saya ckp,"dia tu makeup je tebal, sekali x pakai pucat mcm mayat. tgk aku natural je. x pakai makeup tp masih cute". saya rasa mcm nak tempeleng je kepalanya. bila dia start ada bf, sana la dia pakai makeup. lg advance dr saya. liquid eyeliner beb yg saya blm prnh try lg dah dia duluan. lps tu sikit2 touch up bedak. adoi, lawak btl. sbnrnya org ckp pakai makeup tu fake tu tiada kata lain adalah CEMBURU.

      Delete
  3. Yeah I agree! Tak semua org yg pakai makeup tu takde natural beauty ok.. As long as they're happy biar lah! Nak bangga diri pun tak payah la nak kutuk orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, setuju dgn Diana. lagi pun natural beauty ni bkn t'letak pd luaran je. org jenis x senang tgk org lain happy mcm tu la. takde benda lain nak buat kan. dah la bangga diri, mengutuk lagi. haish, saya pun x faham dgn org mcm tu. huhu..

      Delete
  4. salam kenal...

    yes...setuju jugaaaa...dalam hidup ni mmg selalu jumpa mcm tu..hurm...if someone tu bangga diri, dia juga akan ada satu penyakit iaitu hasad dengki....haahaa...cool ya sis,.layankan jerrrr.......



    feel free to visit my blog..

    http://mrsnon.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, MRS NON. salam perkenalan.

      ya, betul tu. klu tak dengki kenapa nak mengutuk kan? hehehe.. a-way, suka tgk blog MRS NON. wall yg colourful gitu. ^___^

      Delete