Wednesday, March 12, 2014

[Part 1] : LUSH Haul!

Hello... bloggers!!!

Hari ni nak buat entri pasal LUSH.
Tahu LUSH tu apa? Cer check sini. Dah tahu kan?
K... sebenarnya dah lama nak cuba LUSH.
Dulu tak tahu pun boleh order online.
Ada juga seller jual tapi 1 bath soap tu berharga RM35++(exclude postage).
Bila dah ada LUSH online shop, hati pun gatal nak order.

Ini pengalaman saya beli LUSH SG secara online.
Sebelum order, saya survey la mana yang nak.
1st nak LUSH Sweet. Nak order dah ni...
Tiba-tiba pula blogger Tammy post kat FB dia pasal LUSH dia.
OMG! Pecah dan leaking... Terus tak jadi order.
**Macam petanda tak suruh beli pula kan?**

Beberapa hari kemudian dia post lagi yang LUSH dah kena ganti yang baru.
Bila order kena inform supaya guna bubble wrap atau pelekat.
Pihak LUSH pun berbuat demikian la juga.
Saya pun cuba order la dan inform supaya guna bubble wrap dan pelekat.
Selepas 4 hari parcel pun sampai.

Nak tahu apa jadi LUSH tu?
Saya ada record guna video IG dari buka plastik GDex sampai kotak LUSH.
Sudahnya tak ter-record. WTF!
Maklum la pertama kali guna video IG. Zzzz...
Hanya dapat ambil gambar saja.


So yeah, ini la keadaannya semasa dibuka.
Tak sentuh lagi. Cantik kan?

(-_-)



Cantik betul gaya 'landing' Lip Scrub tu kan?

Lucu kan?

Nak ketawa ni! Bwahahahaha....

(-_-)



Mari tengok ke mana pula 'kepala' Lip Scrub tu.



Fokus lagi...



Dan lagi...



Di dalamnya begini la. Anda sanggup nak guna?

Dah tak hygiene!

(T-T)


Macamana Lip Scrub boleh jadi begitu hah?
Agak mustahil boleh terbuka jika tidak ditutup dengan ketat.



Bath Soap, Bubble Bar & Bath Bomb pun tak di pack dengan kertas.
Apatah lagi guna bubble wrap. Tiada.
Sia-sia saja pesan. Langsung tidak dihiraukan.
Bagus jangan adakan ruang mesej tu!



Shower Gel pun tak kena guna pelekat.
Cantik sungguh keadaannya. Sangat 'SNOW' FAIRY.



Bath Bomb pecah!



Hah, tu serpihan LUSH bercampur dengan serbuk styrofoam.



Begini la... nice kan?



Setelah keluarkan styrofoam.

(-_-)


Saya order pada 21.2.2014(Jumaat) dan sampai pada 27.2.2014(Khamis).
Dah la ambil masa nak sampai padahal Singapore je kot!
Paling sadis LUSH Candy Box yang saya order tu langsung tak kena periksa.
Ok tak ke dalamnya. Ini main hantar je. 
Saya bayar bukan RM10 la! Tapi RM170.
Siapa nak barang yang harga RM170 jadi sebegitu rupa?
Siapa tak sedih lebih-lebih lagi nak buat hantaran kahwin nanti. 

(T-T)


Macamana? Anda nak order LUSH SG online?
SILAKAN
Saya tidak menghalang sebab mungkin anda bernasib baik.
Pada saya, ini kali pertama dan terakhir saya order di web LUSH SG.



Bersambung...



Apa kata anda? KOMEN je ...

Sunday, March 9, 2014

[Review] : Catrice Cosmetics

Hello... bloggers!!!

Saya nak buat sedikit swatch dari produk brand Catrice Cosmetics
yang saya dapat hadiah GA dari Kak Fatimahearts.
Hari tu saya janji nak buat swatch kan? di sini.
Sorry sebab ambil masa lama. :P

Pernah dengar tak Catrice Cosmetics?
Rasanya ada yang dah tahu dan ada juga belum tahu.
Kepada yang belum tahu atau masih samar-samar boleh la klik Catrice.


Liquid Metal Eyeshadow

Ultra smooth powder eyeshadow for a
spectacular liquid metal effect.

From Top to Bottom

Mauves Like Jagger (080)

Retak semasa penghantaran. T-T
Warna seperti warna ungu/lavender/lilac pun ada.


Gold Leaf Me (070)

No.1 fav antara ketiga-tiga eyeshadow.
Warna golden green. I love it!


Gold n' Roses (020)

Warna pink roses sangat sesuai untuk highlight.


Swatches


Catrice Cosmetics Pure Shine Colour Lip Balm | Don't Think Just Pink (030)

Lip balm jenis berwarna.
Warna sheer baby pink. 
Sangat moist dan shine.



Walaupun lip balm tapi macam pakai lipstick pula.
1st time pakai warna sebegini. (kan.. saya tak berapa suka pink).
Bila pakai rasa macam cantik juga. Haha. :D



Thanks for reading!


(^-^)"



Apa kata anda? KOMEN je ...

Tuesday, March 4, 2014

February Favorites 2014

Hello... bloggers!!!

> February Favorites 2014 <




Real Techniques Miracle Complexion Sponge by Samantha Chapman

My favorite sponge so far!
Dapat ni dah tak pandang Beauty Blender(BB) dah. Hikhik.
Saya suka sponge ni sebab idea bentuknya tu.
Sponge pun berkualiti dan lembut sama macam BB.


Real Techniques Powder Brush by Samantha Chapman

This is my favorite too. My 2nd favorite brushes from Real Techniques.
Berus ni sangat gebu, lembut dan besar!
Best tau pakai berus ni. Korg mesti cuba.



NYX Soft Matte Lip Cream (Antwerp)

Dapat ni sempena hadiah birthday dari Mr.F.
Happy sangat sebab lip cream ni antara fav saya.
Kalau boleh nak kumpul sebanyak boleh warna lip cream ni.
Warna Antwerp ni cantik. Pink - Coral undertone.


NYX Soft Matte Lip Cream (Stockholm)

Ini pun dapat sempena hadiah birthday dari Mr.F.
Warna Stockholm ni merupakan jenis warna natural.



L - R : Antwerp (SMLC05) | Stockholm (SMLC02)



Milani Baked Blush (Corallina)

I love this blusher!
Mau dapatkan blush ni dengan harga berpatutan amat la susah.
Bila dah dapat rasa happy sangat. Yippie!



Kualiti Milani Baked Blush memang tidak mengecewakan.
Warnanya sangat cantik dan pigmented.
Corallina ni jenis glitter. Super cantik! Bila pakai nampak glowing gitu.



Sleek MakeUp Blush (Sunrise)

Bila Luxola ada sale, tanpa fikir panjang saya add cart Sleek MakeUp Blush ni.
Pembelian yang sangat berbaloi-baloi.
Harga RM35.00.



Warna lebih kepada natural Bronze-Peachy-Gold.
Jenis shimmer dan warna sangat pigmented.
Nak kumpul Sleek MakeUp Blush tapi tunggu sale baru best! :D



L - R : Corallina | Sunrise



Thayers Lavender Witch Hazel with Aloe Vera Formula

Saya suka toner ni sebab Alcohol - Free.
Setakat ni pakai tiada kesan yang tidak ok.
itchy, redness dan irritation tu semua tiada dan juga tak memedihkan.



THE BODY SHOP Tea Tree Blemish Fade Night Lotion | RM55

So far pakai ni ok. Jerawat agak sukar nak tumbuh.
Produk ni saya beli semasa dapat 50% voucher sempena birthday.
Masa beli ni, sikap SA The Body Shop amat mengecewakan.
1st time kena SA sebegitu sebab sebelum ni hampir 20 tahun jadi pelanggan
tetap The Body Shop tak pernah dapat layanan buruk dari SA The Body Shop.
So yeah, pada birthday saya kena macam tu merupakan hari paling buruk!


Kepada SA di luar sana, kamu tu cuma pekerja a.k.a KULI.
Maka layan la pelanggan anda dengan sebaiknya.
Tak kira la pelanggan anda tu orang kaya atau tak.
Kadang-kadang orang yang kelihatan macam kaya tu belum tentu lagi 
nak membeli. Jangan menilai orang dari luaran saja.


Thanks for reading!

(^-^)"


Apa kata anda? KOMEN je ...