Showing posts with label Catrice Cosmetics. Show all posts
Showing posts with label Catrice Cosmetics. Show all posts

Wednesday, April 16, 2014

TAG : Drugstore Diva

Hello... bloggers!!!

Saya di TAG oleh kawan baik saya, Nabilah.
TAG yang menarik untuk dibuat. Yay!
Sesiapa pun boleh join k...


Foundation

Maybelline Dream Matte Mousse

Saya suka foundation ni sebab sesuai dengan kulit.
Pakai dengan sponge yang lembap memang terbaik la!


Powder

Maybelline Clear Smooth BB Silk Poreless White

Bedak ni saya dapat hadiah Giveaway dari Maybelline.
Bedaknya ringan dan jenis 2-way cake.


Concealer

Maybelline Pure Concealer Mineral 

Satu-satunya concealer yang saya ada. Hohoho.
Hasil ok. Boleh la cover sikit-sikit.


Blush

I love blusher very much!
Dulu takut nak cuba sebab takut nampak seperti badut. :P
Bila dah cuba, terus suka. <3<3<3


Bronzer

Milani Baked Bronzer | MUA Mosaic Bronzer

Bronzer ni penting juga dalam solekan.
Boleh konturkan wajah kita.


Eyeshadow

L'oreal Infaillible | Maybelline Color Tattoo | Catrice

Antara eyeshadow ready-to-go saya.
Kalau kelam kabut memang pakai ni terutama color tattoo. Senang.


Lipstick

NYX Soft Matte Lip Cream | MUA Lip Boom | Revlon Super Lustrous

Ketiga-tiga lipstick ni jenis matte.
Suka jenis matte sebab tahan lama sikit.


Lipbalm

Maybelline Baby Lips (USA) | Silkygirl | EOS

Oleh kerana saya tiada spesifik Highlighter, saya gantikan Lipbalm.
Lipbalm ni penting untuk mengelakkan bibir kering.
So yeah, ini la antara lipbalm kegemaran saya.


Mascara

Maybelline the Falsies Volum' Express Waterproof

Saya dah cuba pelbagai jenis mascara.
Ternyata Maybelline juga pilihan hati. Wee...


Brow Liner & Eye Liner

MUA Intense Glitter Eye Liner | Maybelline Master Brow

Sebenarnya saya jarang pakai eyeliner warna hitam waktu siang.
Saya lebih suka warna coklat atau cream.
Untuk kening pula saya suka master brow sebab warnanya tidak terlalu gelap,
bentuk oval dan jenis twist.


That's all~

(^-^)"


Apa kata anda? KOMEN je ...

Friday, April 4, 2014

March Favorites 2014

Hello... bloggers!!!


March Favorites 2014




Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Nak cerita dulu pengalaman guna Cetaphil ni.
Kira ni pilihan terakhir la katakan sebab sebelum ni guna MooGoo.
Memang tiada efek pun MooGoo tu pada kulit saya. *sigh*
Mula-mula pakai Cetaphil bosan juga sebab tiada buih. 
So, tak nak membazir terpaksa la habiskan. Mahal weh.
Dalam 2 minggu tu saya perasankan kulit saya dah tak kering.
Terutama di kaki sebab saya selalu skip pakai lotion di sana.
Lepas tu kulit hitam akibat sunburn pun menggelupas tapi tak sakit la.
Jangan risau k!
Lepas tu hitam pada lutut pun dah semakin cerah.
Serius terkejut sangat dan rasa happy!
Tiada satu pun wash/scrub/exfoliator dapat buat begitu seperti Cetaphil.
Sekarang kulit yang sunburn telah sekata dan tiada lagi kulit kering.
Siapa ada eczema dan kulit sangat kering tu cuba la Cetaphil.

100% recommend this for sure!



Buktinya saya telah re-stock Cetaphil ni.
Beli yang pack of 2 sekali.
Jimat sikit dan ada free Moisturizing Cream lagi.

Product : Cetaphil Gentle Skin Cleanser (Face & Body)
Weight : 473ml
Suitable : For All Skin Types
Rating : 10/10

- Mild, Soothing
- Ideal for face, hands & body
- Help skin retain needed moisture
- Rinses easily and leaves skin feeling soft, smooth & healthy
- Non-irritating Formula
- Softens as it cleans
- mild enough to cleanse a baby's delicate skin
- Non-comedogenic
- Frangrance free
- Dermatologist recommended


Sunsilk Nourishing Soft & Smooth Spray

Sebelum ni guna L'oreal Nutri-Gloss Conditioning Spray.
Tak pernah tukar ke brand lain.
Plus, saya suka pakai jenis spray sebab senang.
Kali ni terasa nak mencuba brand lain.
Sunsilk spray ni best juga cuma saya tak suka baunya. Hehe.
Kalau nak pakai kena goncang dulu sebab ada 2 lapisan.



Maybelline Dream Mousse Blush (50) Cloud Wine

Satu-satunya Maybelline blush jenis mousse yang saya ada.
Saya beli di Mysale. Tak banyak shade masa tu.
Apa yang bestnya blush ni senang nak pakai.
Tidak melekit, warna sangat cantik dan jenis shimmer + micro glitter.
I love shimmer & glitter! <3



Product : Maybelline Dream Mousse Blush 
Shade : Cloud Wine (50) (Natural Plum Rose)
Type : Shimmer + Micro glittery.
Weight : 5.75g (Glass Jar)
Rating : 10/10



Revlon Colorburst Matte Balm

Saya pilih shade Audacious sebab tertarik dengan warnanya.
Ada 2 warna 'orange' sebenarnya tapi Audacious ni lain sikit.
Ianya warna tangerine. 
Terus teringat pada buah tangerine. Sedapnya!



Product : Revlon Colorburst Matte Balm
Shade : Audacious (Tangerine Orange)
Type : Matte
Weight : 2.7g
Rating : 9/10 


Catrice Cosmetics Pure Shine Colour Lip Balm | Don't Think Just Pink

Dah lama dapat colour lip balm ni cuma dalam bulan Mac tu baru pakai. :D
Hadiah GA dari Kak Fatimahearts.
Sebab utama saya peramkan colour lip balm adalah warnanya.
Tapi saya cuba juga dan terus suka sebab sangat moist dan shine.
1st time pakai baby pink tau! Huahua.
Bila perhatikan nampak nice juga. :P
Boleh tengok review di sini.


Rimmel London Lasting Finish by Kate Lipstick | Kiss Of Life 111 

Lipstick ni antara wishlist saya.
Beli di ASOS time sale.
Lipstick ni jenis matte.
Boleh tengok review di sini.


That's all~


(^-^)"



Apa kata anda? KOMEN je ...

Sunday, March 9, 2014

[Review] : Catrice Cosmetics

Hello... bloggers!!!

Saya nak buat sedikit swatch dari produk brand Catrice Cosmetics
yang saya dapat hadiah GA dari Kak Fatimahearts.
Hari tu saya janji nak buat swatch kan? di sini.
Sorry sebab ambil masa lama. :P

Pernah dengar tak Catrice Cosmetics?
Rasanya ada yang dah tahu dan ada juga belum tahu.
Kepada yang belum tahu atau masih samar-samar boleh la klik Catrice.


Liquid Metal Eyeshadow

Ultra smooth powder eyeshadow for a
spectacular liquid metal effect.

From Top to Bottom

Mauves Like Jagger (080)

Retak semasa penghantaran. T-T
Warna seperti warna ungu/lavender/lilac pun ada.


Gold Leaf Me (070)

No.1 fav antara ketiga-tiga eyeshadow.
Warna golden green. I love it!


Gold n' Roses (020)

Warna pink roses sangat sesuai untuk highlight.


Swatches


Catrice Cosmetics Pure Shine Colour Lip Balm | Don't Think Just Pink (030)

Lip balm jenis berwarna.
Warna sheer baby pink. 
Sangat moist dan shine.



Walaupun lip balm tapi macam pakai lipstick pula.
1st time pakai warna sebegini. (kan.. saya tak berapa suka pink).
Bila pakai rasa macam cantik juga. Haha. :D



Thanks for reading!


(^-^)"



Apa kata anda? KOMEN je ...

Monday, October 28, 2013

Giveaway Prize : Catrice Cosmetics

Hello... bloggers!!!

Beberapa minggu yang lalu saya dah dapat
hadiah Giveaway dari My Sweetest Sista Fatimah, thank you, sis! Muah..
Don't forget to follow her awesome blog ok!

Sebenarnya saya tak sangka boleh menang.
Saya tak menaruh harapan sangat.
Kemenangan ini adalah rezeki Allah SWT. Alhamdulillah.

Bila dapat tahu nama pemenang dah diumumkan, saya tak check pun.
Selepas sehari ke atau dua hari kemudian baru buka blog.
Mata tertumpu pada nama pemenang terus melonjak kegembiraan!

Saya dapat hadiah jauh dari luar Malaysia iaitu dari Holland (kalau tak silap).
Siapa tak teruja kan? Weehooo...
Saya dapat 3 eyeshadow dan 1 colour lip balm dari brand Catrice Cosmetics.

Sejujurnya saya tak pernah dengar brand Catrice Cosmetics ni.
Walaupun tak pernah dengar tapi saya suka sangat.
Tak sabar nak cuba nanti!



Dah berminggu dalam tangan tapi masih belum buka.
Rasa sayang nak sentuh eyesahdow macam 3D tu. Hehehe.
Tekaan saya tepat memang 3D pun setelah saya baca websitenya hari ni.



I love it so much!
Sedih sikit sebab satu tu retak semasa shipping.
Walaupun hadiah giveaway tu free tapi tetap sedih. T_T

But, nevermind la. I'm ok now! 

Nak saya swatch tak?
Kalau nak, komen ' YA ' pada ruangan komen di bawah.
Nak tengok juga ada ke yang berminat. Hehe.



^___^



Apa kata anda? KOMEN je ...