Showing posts with label Stockholm. Show all posts
Showing posts with label Stockholm. Show all posts

Tuesday, March 4, 2014

February Favorites 2014

Hello... bloggers!!!

> February Favorites 2014 <




Real Techniques Miracle Complexion Sponge by Samantha Chapman

My favorite sponge so far!
Dapat ni dah tak pandang Beauty Blender(BB) dah. Hikhik.
Saya suka sponge ni sebab idea bentuknya tu.
Sponge pun berkualiti dan lembut sama macam BB.


Real Techniques Powder Brush by Samantha Chapman

This is my favorite too. My 2nd favorite brushes from Real Techniques.
Berus ni sangat gebu, lembut dan besar!
Best tau pakai berus ni. Korg mesti cuba.



NYX Soft Matte Lip Cream (Antwerp)

Dapat ni sempena hadiah birthday dari Mr.F.
Happy sangat sebab lip cream ni antara fav saya.
Kalau boleh nak kumpul sebanyak boleh warna lip cream ni.
Warna Antwerp ni cantik. Pink - Coral undertone.


NYX Soft Matte Lip Cream (Stockholm)

Ini pun dapat sempena hadiah birthday dari Mr.F.
Warna Stockholm ni merupakan jenis warna natural.



L - R : Antwerp (SMLC05) | Stockholm (SMLC02)



Milani Baked Blush (Corallina)

I love this blusher!
Mau dapatkan blush ni dengan harga berpatutan amat la susah.
Bila dah dapat rasa happy sangat. Yippie!



Kualiti Milani Baked Blush memang tidak mengecewakan.
Warnanya sangat cantik dan pigmented.
Corallina ni jenis glitter. Super cantik! Bila pakai nampak glowing gitu.



Sleek MakeUp Blush (Sunrise)

Bila Luxola ada sale, tanpa fikir panjang saya add cart Sleek MakeUp Blush ni.
Pembelian yang sangat berbaloi-baloi.
Harga RM35.00.



Warna lebih kepada natural Bronze-Peachy-Gold.
Jenis shimmer dan warna sangat pigmented.
Nak kumpul Sleek MakeUp Blush tapi tunggu sale baru best! :D



L - R : Corallina | Sunrise



Thayers Lavender Witch Hazel with Aloe Vera Formula

Saya suka toner ni sebab Alcohol - Free.
Setakat ni pakai tiada kesan yang tidak ok.
itchy, redness dan irritation tu semua tiada dan juga tak memedihkan.



THE BODY SHOP Tea Tree Blemish Fade Night Lotion | RM55

So far pakai ni ok. Jerawat agak sukar nak tumbuh.
Produk ni saya beli semasa dapat 50% voucher sempena birthday.
Masa beli ni, sikap SA The Body Shop amat mengecewakan.
1st time kena SA sebegitu sebab sebelum ni hampir 20 tahun jadi pelanggan
tetap The Body Shop tak pernah dapat layanan buruk dari SA The Body Shop.
So yeah, pada birthday saya kena macam tu merupakan hari paling buruk!


Kepada SA di luar sana, kamu tu cuma pekerja a.k.a KULI.
Maka layan la pelanggan anda dengan sebaiknya.
Tak kira la pelanggan anda tu orang kaya atau tak.
Kadang-kadang orang yang kelihatan macam kaya tu belum tentu lagi 
nak membeli. Jangan menilai orang dari luaran saja.


Thanks for reading!

(^-^)"


Apa kata anda? KOMEN je ...

Saturday, February 15, 2014

My Birthday Haul!

Hello...bloggers!!!

Bulan Januari merupakan bulan kelahiran saya.
5 daripada 6 Birthday Wishlist 2014 saya tercapai juga, yippie!
Alhamdulillah...



Avene Thermal Spring Water 300ml | RM56 or RM59

Saya suka sangat dengan Avene Thermal Spring Water ni.
Selalu spray sebelum nak pakai makeup.


MooGoo Milk Wash 500ml | RM59

Saya selalu tukar sabun mandian tiap bulan.
MooGoo ni produk dari Australia.
So far, MooGoo ni so-so je bagi saya. 


Biore Pore Pack Sweet Floral | RM10.32

Setakat ni saya suka Biore Pore Pack jenis hitam ni.
Pilihan saya Sweet Floral.



essence all about CURL curl + volume Mascara | RM14.90

Teruja bila nampak ada essence!
Terus pilih-pilih mascara sebab essence popular kerana mascara.
Tapi.... all about CURL mascara ni tak kasi curl bulu mata i pon! T-T


essence Sharpener | RM4.90

Masa ambil ni cuma tinggal satu ni je.
Bila pergi minggu depannya lagi tetiba restock warna lain.
Ada biru, hitam dan ungu. Grrrr!


essence Blush Brush | RM14.90

Warna pink! Pergi minggu depannya ada pula warna ungu! Grrrr!


essence Gel Eyeliner Brush | RM7.90

essence popular bukan kerana mascara saja malah berusnya juga.
Ramai kata best tapi kata saya belum tahu lagi sebab belum try. Hakhak!


essence Eyeshadow Brush | RM6.90

Ini pun belum try. Hope ok la...



*Maybelline Dream MATTE mousse Natural Beige Medium 2.5 | RM33.21

Masa pergi KL awal bulan, mousse ni murah tak sampai pun RM30.
Menyesal juga la tak beli masa tu sehingga la nak hampir hujung bulan.
Sebenarnya nak hold dulu tak mau beli sebab Revlon Colorstay belum habis lagi.
Tapi bila mama nak belanja, ehem apa lagi? Rembat la!!!!!! Hihi.

MATTE mousse ni best! Shade sangat padan dengan tangan saya yang agak gelap
sikit akibat terdedah kepada cahaya matahari walaupun cuma sekejap.
Sekarang mousse ni dah luak ditengah-tengah. Hehe.
Saya suka apply mousse ni dengan sponge lembap.
Coverage jadi cantik dan flawless gitu!



*Milani Baked Blush (Corallina) | RM28

Dah lama nak blush ni sejak tahun lalu lagi.
Ini merupakan shade yang paling saya nak sangat!
Susah tau nak dapat dengan harga yang berpatutan.
Mostly, RM30 ke atas.
Akhirnya, tahun ni dapat juga harga bawah RM30. Yay!


*NYX Soft Matte Lip Cream (Antwerp & Stockholm) | RM21/each

Lip cream kegemaran saya! Hadiah dari Mr.F. :)
Lip cream ni Made in UK.
Lip cream dari Sephora Made in ?
Tekstur sama saja.
Paling penting pastikan bibir tak kering kalau nak pakai jenis matte ni.

Tips :
1. Jangan kurang minum air kosong.
2. Sentiasa pakai pelembap bibir (lip balm).
3. Scrub bibir 1-2 kali seminggu.


* = Antara 5 Birthday Wishlist 2014 yang tercapai. Entri akan diasingkan.
Teruskan membaca k...



Thanks for reading!

(^-^)"


Apa kata anda? KOMEN je ...