Wednesday, December 25, 2013

Maybelline Dream Mousse Blush (50) Cloud Wine

Hello...bloggers!!!

Dah nak masuk 2014 dah kan?
November 2013 Favorite pun belum buat lagi. Kehkeh..
Banyak nak share ni... satu-satu la dulu k..

So, hari ni nak share blusher baru.
Hari tu ada join order MYSALE dengan blogger, Nabilah.
Kalau nak join order MYSALE, Cherry Culture etc bolehla contact dia.
Tapi jangan pula cancel order last minute. Tak baik tau!

Maybelline Dream Mousse blush

Shade : 50 Cloud Wine





Masa nak order hari tu tak banyak shade. Cuma ada 2 saja.



Warna agak natural lebih kepada brown-peachy. I think. Haha. 



Swatch atas kertas.



P/S : Tangan saya tak hitam tau! Tu disebabkan cahaya yang agak samar.
Snap tak guna flash. Nak nampakkan glitter tu je.
Cantikkan walau dalam cahaya tak berapa terang tapi nampak glitternya. 
Saya ni suka shimmer/glitter. (Alorh.. tak tanya pun kannn..)

Blusher ni dapat sejak November lagi. Cuma baru ada masa nak review.
MYSALE ni pre-order, ambil masa nak sampai. Harus la sabar menunggu.

Harga untuk blusher ni cuma RM20 + RM5(shipping MYSALE)
Nak shipping murah, kena ada ramai yang join.


Terima kasih kepada Nabilah. Kalau takde dia tak tau nak order dengan siapa.
Dia baik tau. Sanggup tolong belikan. Orangnya pun cantik.
Thank you so much, dear! Muah..



Hari ni saya dapat berita yang mengejutkan, Ayahanda kepada Nabilah
(Allahyarham Ismailjee Bin Mohamed Kassim) telah pergi ke rahmahtullah.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempat disisi orang yang beriman.
Amin Ya Rabb.


~ Al-Fatihah ~



Apa kata anda? KOMEN je ...

Wednesday, December 11, 2013

Luxola Haul : Sigma, The Original Beauty Blender, Blender Cleanser & Sleek MakeUp Blush

Hello... bloggers!!!

Pernah dengar Luxola?
Luxola ni terkenal dengan menjual makeup dan skincare.
Selain itu, Luxola juga jual bath & body, candles, tools, mens dan banyak lagi.

Bila tahu Luxola dah boleh buat payment guna online transfer, apa lagi?
Shoopppiinggggggg !!! Hehe.
Paling best selalu ada sale 20% - 35%. Dah la murah tambah murah.

Saya beli masa sale saja kalau tidak berfikir juga 2 kali.
Nak yang lagi murah la katakan. Harus ok.
Beli barang yang seller selalu jual mahal tapi dapat murah. Nikmatttt.

Mari cuci mata barang yang saya beli di Luxola.
Semua saya beli dalam bulan Oktober dan November.
Cuma baru sekarang nak share. Huahua.


Sigma Synthetic Kabuki Kit


Sigma Eyeliner Pink Brush (Free)



E05, F80, F82, F84 & F86

Ini la yang saya mula-mula beli di Luxola.
Masa tu ada 35% sale, murah berbanding harga normal.


Sigma Flat Definer 

Kali kedua Sigma Flat Definer E15.
Beli sebab nak dapatkan voucher. 


The Original Beauty Blender




Comel kan? Sebenarnya nak beli PRO Double Blenders (Black)
Masa tu mula saja 35% sale terus sold out. Gigit jari tau. Huh!
Beauty Blender paling murah yang pernah saya nampak.
Bila beli masa sale lagi la murah.
Rugi tau tak beli. Lagi best guna ni berbanding berus. 


Blender Cleanser & Sleek MakeUp

Ini pun beli masa 35% sale.
Ingat nak beli salah satu daripada 2 brand tu tapi alang-alang kan..
Beli je la sekali. Senang. Hikhik.



Ni saya gatal tangan nak minta Luxola balutkan sebagai hadiah.
Nak cancel sebab takut kena caj lebih tapi tak dapat dah.
Bila tengok dan kira takde pula kena caj. Pheww!


Sleek MakeUp Blush

Pomegranate & Rose Gold

Wishlist saya ni! Alhamdulillah... dapat juga beli.
Saya suka Sleek MakeUp blush ni sebab warnanya sangat cantik!
Kalau tak silap, Rose Gold dupe MAC blush tapi lupa pula warna apa.
Tapi yang saya kecewa sikit blush ni tiada kotak.
Cuma plastik saja. Nasib baik packaging tidak rosak. Huhu.

Tu saja la yang saya beli di Luxola setakat ni.
Berbaloi tau beli di Luxola lebih-lebih lagi waktu ada sale.
Luxola sekarang Free Delivery Any Order Over RM40. Best kan?
Luxola guna courier Aramex. Kalau nak PosLaju, saya boleh tolong.
Tambah RM10 saja total pembelian korg tu. 

Sarah (Famous Blogger) pernah join beli coz dia nak guna PosLaju.
Jangan takut dan segan kalau nak order dengan saya k...
Saya tak makan orang. Hihihi



Boleh cuci mata dan habiskan duit di sini :




Happy Shopping!


^___^



Apa kata anda? KOMEN je ...

Tuesday, December 3, 2013

Review : Bag Of Love (Bag Of Lice)

Hello... bloggers!!!

Hari ni saya nak review Bag Of Love Lice
Haha.. baru mau buat review. ish ish
Atas kesibukkan yang melanda, terpaksa ditangguhkan

Ini pertama kali tau subs Bag Of Love
Dari 1st lagi nak subs tapi tak shipping pula ke EM
Baru saja tahu boleh subs tapi kena tambah duit lagi la 

Bag Of Love Lice yang saya dapat ni dari Project Butterfly Malaysia
Terima kasih kepada Ms Tammy Lim (Famous Blogger) kerana memilih saya
Terkejut dan happy sangat! I love you, sis!




Comelnya karakter mini Mi Mi






Nanowhite Infinity Color Correction (CC) Cream SPF50/PA+++
FULL-SIZED
RM49.90





Saya dapat Natural Beige
Sebelum ni tak pernah lagi cuba CC cream
Bila dapat Nanowhite CC ni terus teruja!



Medium coverage
Senang nak blend
Cepat serasi dengan kulit


Definite Smudger Brush 
FULL-SIZED
RM69.00

Yeah, dapat berus!
Saya tengah kumpul berus untuk dijadikan koleksi
Berus ni ada dua jenis, saya tak sure saya dapat jenis apa
Smudger atau Eye Blender?
Err.. mungkin Eye Blender?
I don't know. Haha.


Splassh Mini Glow in the Dark Nail Polish
FULL-SIZED
RM3.90

Saya tak pernah pakai pewarna kuku
So, ini merupakan Nail Polish pertama saya la
Gembira sebab dapat warna kegemaran


Collistar Biorevitalizing Anti-cellulite Concentrate 
200ml (RM185.00)
30ml

Collistar merupakan antara jenama terkenal dan mahal
Siapa ada cellulite boleh la cuba yang ini
Baunya pun sedap!


SP Shampoo 250ml RM72.00
SP Mask 200ml  RM109.00
30ml

SP shampoo dan mask ni dah lama nak cuba tapi susah nak cari
Bila tahu SP ni ada dalam Bag Of Love Lice rasa sayang nak guna
Ya la 30ml je kan.. 2-3 kali guna dah habis. Hehe.







^___^


Apa kata anda? KOMEN je ...