Showing posts with label Sigma Eyeliner Pink Brush E05. Show all posts
Showing posts with label Sigma Eyeliner Pink Brush E05. Show all posts

Wednesday, December 11, 2013

Luxola Haul : Sigma, The Original Beauty Blender, Blender Cleanser & Sleek MakeUp Blush

Hello... bloggers!!!

Pernah dengar Luxola?
Luxola ni terkenal dengan menjual makeup dan skincare.
Selain itu, Luxola juga jual bath & body, candles, tools, mens dan banyak lagi.

Bila tahu Luxola dah boleh buat payment guna online transfer, apa lagi?
Shoopppiinggggggg !!! Hehe.
Paling best selalu ada sale 20% - 35%. Dah la murah tambah murah.

Saya beli masa sale saja kalau tidak berfikir juga 2 kali.
Nak yang lagi murah la katakan. Harus ok.
Beli barang yang seller selalu jual mahal tapi dapat murah. Nikmatttt.

Mari cuci mata barang yang saya beli di Luxola.
Semua saya beli dalam bulan Oktober dan November.
Cuma baru sekarang nak share. Huahua.


Sigma Synthetic Kabuki Kit


Sigma Eyeliner Pink Brush (Free)



E05, F80, F82, F84 & F86

Ini la yang saya mula-mula beli di Luxola.
Masa tu ada 35% sale, murah berbanding harga normal.


Sigma Flat Definer 

Kali kedua Sigma Flat Definer E15.
Beli sebab nak dapatkan voucher. 


The Original Beauty Blender




Comel kan? Sebenarnya nak beli PRO Double Blenders (Black)
Masa tu mula saja 35% sale terus sold out. Gigit jari tau. Huh!
Beauty Blender paling murah yang pernah saya nampak.
Bila beli masa sale lagi la murah.
Rugi tau tak beli. Lagi best guna ni berbanding berus. 


Blender Cleanser & Sleek MakeUp

Ini pun beli masa 35% sale.
Ingat nak beli salah satu daripada 2 brand tu tapi alang-alang kan..
Beli je la sekali. Senang. Hikhik.



Ni saya gatal tangan nak minta Luxola balutkan sebagai hadiah.
Nak cancel sebab takut kena caj lebih tapi tak dapat dah.
Bila tengok dan kira takde pula kena caj. Pheww!


Sleek MakeUp Blush

Pomegranate & Rose Gold

Wishlist saya ni! Alhamdulillah... dapat juga beli.
Saya suka Sleek MakeUp blush ni sebab warnanya sangat cantik!
Kalau tak silap, Rose Gold dupe MAC blush tapi lupa pula warna apa.
Tapi yang saya kecewa sikit blush ni tiada kotak.
Cuma plastik saja. Nasib baik packaging tidak rosak. Huhu.

Tu saja la yang saya beli di Luxola setakat ni.
Berbaloi tau beli di Luxola lebih-lebih lagi waktu ada sale.
Luxola sekarang Free Delivery Any Order Over RM40. Best kan?
Luxola guna courier Aramex. Kalau nak PosLaju, saya boleh tolong.
Tambah RM10 saja total pembelian korg tu. 

Sarah (Famous Blogger) pernah join beli coz dia nak guna PosLaju.
Jangan takut dan segan kalau nak order dengan saya k...
Saya tak makan orang. Hihihi



Boleh cuci mata dan habiskan duit di sini :




Happy Shopping!


^___^



Apa kata anda? KOMEN je ...