Showing posts with label Sleek Makeup Blush. Show all posts
Showing posts with label Sleek Makeup Blush. Show all posts

Tuesday, February 18, 2014

LUXOLA Haul!

Hello... bloggers!!!

Kalau Luxola buat sale mesti hati tak tenteram.
Ingat tak nak beli apa-apa sebab nak saving la konon. Hihi.
Terpaksa beli juga sebab ada 1 Birthday Wishlist 2014 saya tu sale.



Beli 2 je sebab nak cukupkan RM40 untuk FREE shipping. :P



The Konjac Sponge Co. French Green Clay (Normal to Oily Skin) | RM24.00

So, ini la wishlist saya tu.
Ini je la mampu beli. Nak beli Clarisonic tak mampu pula. Hehe.
Plus, saya langsung tak terfikir pun nak Clarisonic, macam tak berbaloi beli.

Ramai review kata produk ni bagus tu yang nak cuba.
Ternyata memang best sebab lembut sangat! 
Nanti nak try jenis Bamboo Charcoal pula. :)



Cara guna :

1. Basahkan sponge. 

2. Bila dah lembut, urut dengan cara teknik putaran.

3. Boleh letak cleanser di sponge. Tapi disarankan guna tanpa cleanser
untuk mengetahui hasilnya.

4. Cuci dengan bersih, perah dan keringkan dengan menggantungkannya
di tempat kering.

**Jangka hayat sehingga 3 bulan. Bergantung pada cara penjagaan.



Sleek MakeUp Blush (Sunrise) | RM35.00

I love love love blusher!
Tanpa berfikir panjang apa lagi terus klik add cart. Haha.
Lagi pun memang nak kumpul blush dari Sleek MakeUp.



Apa yang tak best ianya tanpa kotak.
Saya ada tengok blogger oversea review, ada kotak pun!
Hmmph... Takpe la asalkan tak rosak.
But, still I'm not happy!



Sunrise ni gold shimmer, golden bronze with mauve + red undertone
Memang cantik sangat!
Lebih-lebih lagi saya suka warna natural dan ada shimmer.
Kalau tak silap ianya DUPE MAC Ambering Rose. :)



Sleek MakeUp Eyeshadow Maximum Impact (966 Khaki) | FREE Gift

Pertama kali dapat FREE gift berupa makeup. Haha.
Sebelum ni ada juga dapat FREE gift tapi brushes.



So yeah! I'm happy with this FREE gift. Thanks Luxola.


Di mana? : LUXOLA 



Happy Shopping!

(^-^)"


Apa kata anda? KOMEN je ...

Wednesday, December 11, 2013

Luxola Haul : Sigma, The Original Beauty Blender, Blender Cleanser & Sleek MakeUp Blush

Hello... bloggers!!!

Pernah dengar Luxola?
Luxola ni terkenal dengan menjual makeup dan skincare.
Selain itu, Luxola juga jual bath & body, candles, tools, mens dan banyak lagi.

Bila tahu Luxola dah boleh buat payment guna online transfer, apa lagi?
Shoopppiinggggggg !!! Hehe.
Paling best selalu ada sale 20% - 35%. Dah la murah tambah murah.

Saya beli masa sale saja kalau tidak berfikir juga 2 kali.
Nak yang lagi murah la katakan. Harus ok.
Beli barang yang seller selalu jual mahal tapi dapat murah. Nikmatttt.

Mari cuci mata barang yang saya beli di Luxola.
Semua saya beli dalam bulan Oktober dan November.
Cuma baru sekarang nak share. Huahua.


Sigma Synthetic Kabuki Kit


Sigma Eyeliner Pink Brush (Free)



E05, F80, F82, F84 & F86

Ini la yang saya mula-mula beli di Luxola.
Masa tu ada 35% sale, murah berbanding harga normal.


Sigma Flat Definer 

Kali kedua Sigma Flat Definer E15.
Beli sebab nak dapatkan voucher. 


The Original Beauty Blender




Comel kan? Sebenarnya nak beli PRO Double Blenders (Black)
Masa tu mula saja 35% sale terus sold out. Gigit jari tau. Huh!
Beauty Blender paling murah yang pernah saya nampak.
Bila beli masa sale lagi la murah.
Rugi tau tak beli. Lagi best guna ni berbanding berus. 


Blender Cleanser & Sleek MakeUp

Ini pun beli masa 35% sale.
Ingat nak beli salah satu daripada 2 brand tu tapi alang-alang kan..
Beli je la sekali. Senang. Hikhik.



Ni saya gatal tangan nak minta Luxola balutkan sebagai hadiah.
Nak cancel sebab takut kena caj lebih tapi tak dapat dah.
Bila tengok dan kira takde pula kena caj. Pheww!


Sleek MakeUp Blush

Pomegranate & Rose Gold

Wishlist saya ni! Alhamdulillah... dapat juga beli.
Saya suka Sleek MakeUp blush ni sebab warnanya sangat cantik!
Kalau tak silap, Rose Gold dupe MAC blush tapi lupa pula warna apa.
Tapi yang saya kecewa sikit blush ni tiada kotak.
Cuma plastik saja. Nasib baik packaging tidak rosak. Huhu.

Tu saja la yang saya beli di Luxola setakat ni.
Berbaloi tau beli di Luxola lebih-lebih lagi waktu ada sale.
Luxola sekarang Free Delivery Any Order Over RM40. Best kan?
Luxola guna courier Aramex. Kalau nak PosLaju, saya boleh tolong.
Tambah RM10 saja total pembelian korg tu. 

Sarah (Famous Blogger) pernah join beli coz dia nak guna PosLaju.
Jangan takut dan segan kalau nak order dengan saya k...
Saya tak makan orang. Hihihi



Boleh cuci mata dan habiskan duit di sini :




Happy Shopping!


^___^



Apa kata anda? KOMEN je ...