Showing posts with label MySale. Show all posts
Showing posts with label MySale. Show all posts

Wednesday, December 25, 2013

Maybelline Dream Mousse Blush (50) Cloud Wine

Hello...bloggers!!!

Dah nak masuk 2014 dah kan?
November 2013 Favorite pun belum buat lagi. Kehkeh..
Banyak nak share ni... satu-satu la dulu k..

So, hari ni nak share blusher baru.
Hari tu ada join order MYSALE dengan blogger, Nabilah.
Kalau nak join order MYSALE, Cherry Culture etc bolehla contact dia.
Tapi jangan pula cancel order last minute. Tak baik tau!

Maybelline Dream Mousse blush

Shade : 50 Cloud Wine





Masa nak order hari tu tak banyak shade. Cuma ada 2 saja.



Warna agak natural lebih kepada brown-peachy. I think. Haha. 



Swatch atas kertas.



P/S : Tangan saya tak hitam tau! Tu disebabkan cahaya yang agak samar.
Snap tak guna flash. Nak nampakkan glitter tu je.
Cantikkan walau dalam cahaya tak berapa terang tapi nampak glitternya. 
Saya ni suka shimmer/glitter. (Alorh.. tak tanya pun kannn..)

Blusher ni dapat sejak November lagi. Cuma baru ada masa nak review.
MYSALE ni pre-order, ambil masa nak sampai. Harus la sabar menunggu.

Harga untuk blusher ni cuma RM20 + RM5(shipping MYSALE)
Nak shipping murah, kena ada ramai yang join.


Terima kasih kepada Nabilah. Kalau takde dia tak tau nak order dengan siapa.
Dia baik tau. Sanggup tolong belikan. Orangnya pun cantik.
Thank you so much, dear! Muah..



Hari ni saya dapat berita yang mengejutkan, Ayahanda kepada Nabilah
(Allahyarham Ismailjee Bin Mohamed Kassim) telah pergi ke rahmahtullah.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempat disisi orang yang beriman.
Amin Ya Rabb.


~ Al-Fatihah ~



Apa kata anda? KOMEN je ...

Tuesday, October 8, 2013

MySale : Bourjois RM24 - RM35 & L.A Girl Cosmetics RM10 - RM15

Hello... bloggers!!!

Pernah dengar tak website MYSALE?

Mari sini saya nak beritahu.


Mengenai MySale

MySale is a leading members-only online shopping club in Malaysia and the doorway to affordable designer fashion.

MySale ni merupakan sebuah laman web yang dikendalikan oleh
Ozsale Pty Limited ( ABN 11 118 610 987 ), sebuah syarikat yang
berdaftar di Australia. Ahli MySale boleh menikmati penjimatan sehingga 80%
untuk wanita, lelaki, kanak-kanak, aksesori, produk kecantikan dan
peralatan rumah yang berjenama.


Bagaimana is berfungsi? :

- Ahli MySale menerima pemberitahuan jualan setiap pagi.

- Jualan baru diadakan setiap hari, tujuh hari seminggu. Jualan bermula setiap pagi dan biasanya berjalan selama 2 hingga 3 hari.

- 60% biasanya dijual dalam masa 48 jam pertama. Dapatkan secepat mungkin untuk mengelakkan kehabisan.

- Jualan hilang dari laman web ini apabila masa tamat.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kadar penghantaran cuma RM25.00.
Saya ada cadangan, kalau nak kos penghantaran murah, boleh berpakat
dengan kawan-kawan untuk membeli. Paling minimum 5 orang ke..
So, bayar RM5.00 sahaja. Tapi jangan lupa pula tambah RM10.00 untuk
kawan anda tu pos barang anda. Di situ korang boleh jimat RM10.00 dah.

Barang yang di order tu dijangka sampai dalam seminggu dari US / UK. Maknanya
korang kena bersabar la yea.

Ada banyak barang berjenama seperti MAC, Juicy Couture, DKNY, NIKE,
Adidas, Esprit, Victoria's Secret, Stage, Gucci dan banyak lagi.

Sekarang ada sale Bourjois dan L.A Girl. Barang lain pun ada tapi
yang menarik dan murah bagi saya dua tu la. Hehe.
Bourjois harga bermula RM24.00 - RM35.00 saja. Manakala L.A Girl
pula serendah RM10.00 - RM15.00. Wow!

Kalau berminat nak beli Bourjois dan L.A Girl, email saya ok?
Boleh kongsi shipping. Sale tu tak lama, sampai Jumaat ni saja.

Sebelum cuci mata tengok barang branded, kena daftar dulu di link ni : MySale
Hanya ahli MySale saja boleh mengakses. 



100% AUTHENTIC BRANDS


Happy Shopping!


^___^


Apa kata anda? KOMEN je ...