Monday, September 30, 2013

September Favorites 2013

Hello... bloggers!!!

Hari ini merupakan hari terakhir dalam bulan September.
"Wake me up when September ends..."
Teringat terus pada lagu tu.

Tiba masanya untuk mengetahui barang kegemaran pada bulan September.
Semuanya ada sembilan. Wah, kebetulan pula kan?
Semasa menaip baru saya perasan. Haha.


:: Rimmel London Moisture Renew Lipstick (180 Vintage Pink) ::

Lipstick Rimmel London pertama saya. Yay!
Saya suka lipstick ni sebab warnanya yang tidak pink sangat.
Ia lebih kepada pink + purple gitu. Sangat cantik. 


:: Ecotools Custom Coverage Buffing ::

Ecotools merupakan antara berus yang berkualiti dan lembut.
Salah satu wishlist saya yang dah tercapai. Yippie!
Berusnya sangat padat. Nak apply powder rata je.


:: Maybelline Dream Bouncy Blush (30 Candy Coral) ::

Saya sangat mahukan blush ni dari dulu lagi. Happy sangat bila dapat.
FYI, warnanya tidak pigmented tapi saya tidak kisah pun sebab
blush tak perlu nak pigmented bagai. Kenapa, mahu jadi badut ke? Hoho.
Warnya cantik sangat. Nampak natural kalau pakai. Terbaik!


:: Maybelline Color Tattoo (10 Fierce & Tangy) ::

Kali ini saya jadikan ia sebagai cover dark circle dan eyebag.
Caranya letak secara nipis lepas tu dab kan dengan concealer.
Jangan takut tak akan jadi orange punya. Cuba la!


:: Maybelline Color Tattoo (35 Tough as Taupe) ::

Mula-mula tengok warnanya macam tidak cantik.
Tapi bila dah pakai terus terpikat. 
Warnanya cantik gabungan grey + purple. I love it!


:: L'oreal Color Infaillible 24Hr UK Version (024 Bronze Divine) ::

Ini merupakan eyeshadow kegemaran saya. 
Warnanya sangat cantik.
Seperti pakai 3 warna green olive, gold dan bronze.


:: L'oreal White Perfect Transparent Rosy Whitening Night ::

Saya bukannya nak sangat putihkan kulit wajah.
Saya tertarik sebab nak pakai krim malam yang ringan dan tidak melekit.
Setakat ni hasilnya ok. Kulit saya jadi halus dan krimnya tidak melekit.


:: St. Ives Blemish Control Green Tea Gel Cleanser ::

  Cleanser ni memang best. Ianya menyegarkan dan bau pun sedap.
Saya baru guna seminggu. Hasilnya setakat ni ok. 
Mana ada terus 100% kan? Kita tengok hasilnya selepas habis 1 botol.


:: Stage Keep It Clean Brush Cleaner ::

Brush cleaner pertama saya beli. Maksud saya yang khas untuk berus la.
Bersih, cepat kering, jimat masa dan wangi.
Berminat? Boleh la klik banner HiShop di atas. Saya beli di sana la.


Sekian.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Love you all...


Selamat malam!


^___^



Apa kata anda? KOMEN je ...

10 comments:

  1. Replies
    1. Memang cantik, Sab. W/pun tak pigmented, tapi warna cantik sangat. :)

      Delete
  2. sy pun nk try L'oreal White Perfect Transparent Rosy Whitening Night tp tkut berminyak sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pakai tak berminyak. Tekstur ringan. Cepat meresap. Kulit jadi halus. :)

      Delete
  3. wow.. dengar kulit wajah awk halus dgn mengguna Loreal White Perfect Transparent Rosy Whitening Night cream dah tergoda,, i wonder berapa harganya?
    then, st. ives green tea cleanser tu pun mcm best, nak ke watsonlah esok hehehe

    ReplyDelete
  4. Bila siang pun kulit rasa halus dan lembut. Saya beli di Guardian, RM29.88. St. Ives memang best. Tu yang nak cuba tengok hasilnya selepas guna 1 botol. ;)

    ReplyDelete
  5. st. ives green tea cleanser dah cari kat Watson Kuching kelmarin, takde, nanti try cari kat Guardian next time. ok,thanks for the price info, i dah dapatkan Garnier BB cream tu, i like it a lot :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. khyrull beli Garnier BB cream tu yang kecil juga ke? Saya belum guna lagi. Peram dulu. Hehe. :P

      Delete
  6. saya beli yg rm15+ tu, puteri, suka dgn teksturnya yg ringan dan warnanya yg natural, tak oily pon. hikhik

    ReplyDelete