Saturday, September 28, 2013

Rimmel London, Stage, Maybelline, Biore & Keep Calm And Shop On

Hello... bloggers!!!

Ada beberapa benda dah lama nak share tapi terlupa.
Dah lama juga beli dalam 2 minggu lalu rasanya.


Rimmel London Moisture Renew Lipstick 

Warna : Vintage Pink
Kod : 180
Berat : 0.14 oz 4g
Harga : RM26.50

Made in England


Stage Keep It Clean Brush Cleaner 

Berat : 190ml
Harga : RM25.00

Made in Malaysia



Rimmel lipstick ni dah lama nak cuba.
Oleh kerana di tempat saya tiada kaunter Rimmel, maka saya beli secara online.
Dan paling saya bengang, seminggu kemudian saya ternampak kaunter Rimmel.
Harganya murah daripada beli online. Oh kenapakah! 



Walaupun nama Vintage Pink, warnanya tidak pink sangat.
Warna pink tapi purple undertone la gitu.

Saya sangat suka lipstick Rimmel ni. 
Baunya sedap dan packaging pun ok.



Kalau korang tiada masa nak cuci berus atau malas tunggu berus kering
boleh la guna stage brush cleaner ni.
Lepas spray, lap pada tisu atau tuala sehingga berus tu tiada lagi kotoran.
Apa yang best spray ni selain menjimatkan masa, bau pun wangi.
Tetapi berus kena cuci juga tau sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Paling bagus seminggu atau dua minggu sekali dengan Johnson's Baby Shampoo.



Maybelline Makeup Remover Eye & Lip

Berat : 70ml
Harga : RM13.++


Sebelum ni dah pernah guna makeup remover jenis oil dari Maybelline ni.
Ada la berbotol-botol juga. Lepas tu stop sebab guna Biore wipes.
Lepas tu teringin nak guna semula.
Nak juga guna jenama lain tapi takut tidak sesuai dengan kulit.


Biore Pore Pack Sweet Floral

Berat : 10 Strips
Harga : RM10.++


Jika sebelum ni saya cuba Jasmin, kali ni cuba Sweet Floral pula.
Pernah guna bedak Zaitun warna ungu? Ala.. bedak dulu-dulu tu.
Baunya seperti itu la. Bau lembut.
Ianya edisi terhad. Maknanya kalau habis, habis la. Hehe.



Keep Calm And Shop On Notebook

Harga : RM14.15


Mula-mula nampak terus terpikat sebab comel.
Thanks to my friend, Sabrina Tajudin sebab bagitau di mana beli. Muah!
Helaian kertasnya ada print seperti muka depan. Sangat comel!
Selain itu, ada banyak warna dan berlainan ayat.
Masa beli ada warna mint blue (nak ini), orange (nak ini juga) & pink (oh no!).
Mungkin tempat lain ada banyak warna lagi. 


Jika ada pertanyaan atau komen, jangan malu-malu ok!


^___^


Apa kata anda? KOMEN je ...

2 comments:

  1. stage brush cleaner tu sangat menarik...nnt saya try beli satu la nanti . thanks for sharing dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Liza. Memang best Stage brush cleaner tu. Senang, cepat, bersih dan wangi. Haha. Harga pun berpatutan dengan kandungan ml nya. :)

      Delete