Hello...bloggers!!!
Semalam..(ehem) hari antara hari yang best!
Sebab apa?
Sudah tentu la shopping! Wee...
Maybelline Color Tattoo (Audicious Asphalt)
Hooray! Koleksi terbaru color tattoo saya.
Sekarang saya dalam misi mengumpul color tattoo.
Packagingnya dalam pot tu yang nampak comel.
Kali ni saya pilih Audicious Asphalt.
Lepas ni nak kumpul Edge Emerald, Pomegranate Punk dan Too Cool.
Masa saya beli ni tiada sale. Harga asal la jawabnya.
Harga : RM19.90
Di mana? : Guardian
Maybelline Baby Lips Pink Glow (Baby Pink)
Yay! Sekarang Pink Blast saya dah ada kawan.
Suka sangat dengan Pink Blast.
Harap-harap la Baby Pink ni best.
Harga : RM10.88
Di mana? : Guardian
L'oreal White Perfect Soothing Cream Night
Saya teruja nak cuba krim malam dari L'oreal ni.
Hasil terpengaruh dengan Sabrina Tajudin. Haha.
Pertama kali pakai, kulit muka rasa halus dan lembut sekali.
Agak berlainan dari krim malam yang pernah saya cuba.
So, kita tengok hasilnya nanti.
Mudah-mudahan sesuai dengan saya.
Harga : RM29.88
Di mana? : Guardian
St. Ives Green Tea Gel Cleanser
Dah lama nak cuba tapi bila tengok harga tu yang rasa malas.
Bila wajah dah teruk kena jerawat, baru nak beli.
Pertama kali cuba, bestnya....
Rasa segar sangat. Bau pun sedap!
Baru dua kali pakai. Hasilnya setakat ni ok la kan baru 2 kali.
Harga : RM26.50
Di mana? : Guardian
Eversoft Oil & Acne Control
Ini pun dah lama nak cuba cuma ada size besar gedabak je.
Nasib baik kali ni ada size sederhana.
Baru sekali guna, ada perubahan sikit. Jerawat besar tiba-tiba kecut.
Saya akan guna jika timbul jerawat besar saja.
Harga : RM5.90
Di mana? : Supermarket
Simple Exfoliating Body Wash
Merupakan produk mandian kegemaran saya.
Produk ni tak akan ketinggalan dalam senarai shopping.
Kalau tak silap, ini dah botol ke 4, 5 atau 6. Err.. tak ingat la pula.
Harga : RM19.90
Di mana? : Guardian
Ellips Smooth & Shiny
Serum kegemaran iaitu ellips.
Kali ni pilih warna kuning.
Beli dua pek sekali sebab ada promosi.
Harga : RM14.88 For 2
N/P : RM9.90/1 pek
Di mana? : Guardian
Garnier BB Cream
Dah lama nak cuba tapi takut tak sesuai.
Bila tengok review banyak kata best, tu yang nak teringin nak cuba.
Cari di Guardian tiada jual.
Pergi supermarket ternampak la Garnier BB Cream yang comel lote ni, 10ml je.
Ok juga la sebab kalau tak sesuai tidak juga membazir kan? Hehe.
Harga : RM8.90
Di mana? : Supermarket
^___^
st. ives green tea cleanser nampak menarik, I might give it a try soon. :) awak... boleh tak awak letak gambar produk pada info atau review setiap satu produk yg disenaraikan dlm post.ini supaya lebih mudah utk memandang produk sebelum membaca review. thanks. love your blog.
ReplyDeleteIngatkan tiada orang nak baca apa saya review. Hehe. Nanti saya review setiap satu tu, ok? :)
Deleteok. mcm tu lebih mudah dan best. hehe. saya sentiasa teruja dgn review awk :)
Delete.. dan ye. letakkan gambar di setiap produk :)
DeleteWah.. ya ke? Terima kasih... Saya akan review selepas seminggu atau dua minggu, ok? ;)
Deletesamalah kita..nak try eversoft tu tapi selalu ada saiz besar.. kang kalau beli pastu tak sesuai dah membazir lah pulak.. rugi2x.. nanti buatlah review pasal st ives tu.. nak gak tahu ok ke tak.. hehe...
ReplyDeleteEversoft tu ok. Kecutkan jerawat besar. Sebelum ni guna Neutrogena Deep Clean tu tapi langsung tak berkesan. Nak habis dah pun tetap tiada kesan. Huhu. Saya cuba dulu dalam seminggu St. Ives Green Tea tu yea.. Nanti saya review. :)
Deletesedih jgk dgn muda sndri skrng ni..naik jerawat xhenti2..dhla besar2..mybe sbb pores clogged..huhu..awk pkai eversoft n st ives tu mcm ok je..suggestkn cleanser apa yg ssuai, yg blh deep clean..sy dh try neutrogena tp still brlmbak whitehead..
ReplyDeleteMungkin Shu stress kali ni tu yang naik jerawat. Mungkin juga sebab pores clogged. Kulit berminyak pun senang naik jerawat macam saya. Huhu. Saya guna Neutrogena pun tak sesuai. Mula-mula je ok tapi bila nak separuh, langsung tak berkesan. Eversoft & St. Ives Green Tea pun tu saya tak boleh nak cakap lagi sebab baru beberapa hari guna kan. Kalau ok saya buat review. :)
DeleteSkarang guardian atau watson xde sale. x best. haha. klu pegi pn x beli byk2. sarah slalu lupa nk cari scrub dari simple tu. sarah guna produk simple je skang. serasi. malas nk fikir2 dh. hehe.
ReplyDeleteTak best kalau takde sale kan, Sarah? Kalau serasi jangan tukar lagi. Simple tu memang ok cuma saya je tak konsisten guna terutama cleanser. Hehe. :D
Delete