Saturday, October 6, 2012

Haul : Silkygirl, Johnson's Oxygen Fresh, Eskinol, Biore & OXY blemish control wipes

Hello...bloggers!!!

pejam celik dah bulan Oktober. sekejap je masa berlalu. bulan baru, barang pun baru. hehe... 



tak semua barang baru. ada yang beli semula sebab habis. yang baru cuma ada 3 sahaja. 


SILKYGIRL
Skin Perfect
CC 2-Way Foundation SPF 25/PA++
sebenarnya dah lama nak cuba bedak dari Silkygirl ni. memandangkan bedak yang ada belum habis masa tu, saya simpankan dulu niat nak beli. sekarang bedak nak habis, apa lagi terus rembat la.

saya pilih jenis 02 Nude. saya keliru masa nak pilih bedak ni samada Nude atau Natural. beli dua nanti melampau pula kan. kalau Natural ada warna kekuningan sikit. Nude pula lebih kepada warna kulit saya. so, saya pilih jenis Nude.


kita tengok pula packaging bedak ni. warna putih dan ada design glitter seperti bunga/tumbuhan . memang cantik. suka sangat!


di dalam pula span diletakkan secara berasingan. memang bagus untuk mengelakkan bakteria(used sponge) berkumpul di bedak. 

ini la warna bedak jenis Nude. awesome kan?

saya tak sabar nak pakai bedak ni esok. hehe...



SILKYGIRL
Handbag Love Eyeshadow
Desert Rose
saya dua hati samada nak beli Handbag Love Eyeshadow ni atau Big Eye Collagen Waterproof Mascara. 
kenapa?
saya teringin sangat nak cuba Big Eye Collagen Waterproof Mascara tu tapi saya kena fikirkan bajet.
ok, itu harus!
lagi pun ianya Limited Edition.
bulan lalu Silkygirl ada inform kat fb page pasal Silkygirl nak bagi produk terbaru mereka kepada para bloggers untuk mencuba terlebih dahulu sebelum mereka keluarkan di pasaran.
cuma leave a blog URL kat fb page Silkygirl lepas tu mereka akan pilih siapa yang layak.
saya nak juga bagi URL blog saya ni tapi bila fikir-fikir semula..
"aku layak ke?"
dah la followers ciput je.. ada hati nak bagi URL blog. 
hahaha...
bila tengok rakan bloggers dapat barang free dari Silkygirl..
awww... 
I'm so jealous!
sob..sob..

Handbag Love Eyeshadow ni ada 2 jenis.
satu tu warna pink(Floral Tote) dan yang warna biru(Desert Rose).
saya pilih Desert Rose sebab warnanya jenis natural dan senang saya nak padankan dengan pakaian.
Floral Tote pun cantik warnanya.


masih baru ok!


cantik kan?
saya suka warna di tengah tu.


Johnson's 
body care
Oxygen Fresh
Gel Lotion
lotion terbaru dari Johnson's iaitu Oxygen Fresh Gel Lotion.
saya beli botol kecil sebab nak cuba je dulu. best ke tak. lagi pun lotion botol besar gedebak Johnson's baby lotion(Pink) 500ml & Johnson's body care Naturally White Daily UV Lotion 400ml pun tak habis lagi.
(guna lotion ke apa ni?)
pada pendapat saya lotion Oxygen Fresh ni best juga. cepat menyerap dan tak berminyak. paling best tak melekit. terasa segar lebih-lebih lagi pakai bila waktu cuaca panas.
satu saja saya tak berapa suka iaitu baunya. 
tapi saya tetap guna juga sebab teksturnya yang cepat menyerap.


Oral-B
Essential floss
(Mint)
berus gigi sahaja tak cukup untuk gigi yang bersih.
wah, macam iklan dalam tv pula.
memang betul pun. berus gigi mana dapat tembus kat celah-celah gigi kita.
so, guna la floss gigi.
saya dah guna floss dari Oral-B ni dah lama cuma yang lama tu tiada perisa.

cute je floss ni. berperisa Mint.



ESKINOL
Oil Control
Facial Deep Cleanser
with Pure Lemon Extract
ada perubahan dan peningkatan dari segi nama dan formulanya berbanding Eskinol yang botol lama.


micro cleanse
anti-bacterial formula
Instantly removes excess oil
Control oil for up to 8 hours*

Dermatologist Tested



Oil Control
Facial Deep Cleanser

Soap is not enough.
Washing your face with soap is not enough. After washing your face twice, apply Deep Cleanser with cotton and you will see that there is still dirt left.

  • Removes deep seated dirt, excess oil and makeup with Micro-cleanse Anti-bacterial Formula.
  • With Anti-shine and pure Lemon Extract to control oil up to 8 hours*.


patut la selepas saya cuci muka, lepas tu guna Eskinol ni masih ada kotoran kat kapas. ingatkan bila dah cuci muka kotoran hilang. rupa-rupanya masih ada. saya jadi hairan sekejap masa tu. walaupun langsung tak pakai makeup, kotoran tetap ada. mungkin itu la minyak di wajah kan. huhu..


Biore
Cleansing Oil Wipes
mesti korg dah tahu fungsi wipes ni kan. ini wipes ketiga saya. saya suka guna bila nak bersihkan waterproof mascara. senang dan cepat.


OXY
blemish control wipes
ini OXY blemish control wipes kedua saya. saya suka wipes ni. kalau siapa yang belum tahu kebaikan wipes ni sila la baca entri saya yang mengenai OXY blemish control wipes.
ada tu...
cuba cari..
jangan malas ok! 
hehehe..


Apa kata anda? KOMEN je ...

9 comments:

  1. eskinol mcm toner kan? teringin nk beli tp kt penang xde..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, shu. ^___^

      a'ah toner. shu tak try cari kat kedai runcit atau supermarket ke? mana tau ada. hehe..

      Delete
    2. dh tny company dia trus..huhu..kna order online je..

      Delete
    3. jd maknanya betul la apa saya dengar yg kat semenanjung takde jual. rasa mcm tak percaya je. kalau beli online berapa RM?

      Delete
    4. sy ada jumpa kt kelantan haritu..rm18 1 botol..kalo online sy xtny lagi..sy just tny cmna nk dptknnya sj kt sini..

      Delete
    5. RM18???? mahal sangat tu. 3x ganda dari harga asal. huhuhu... lagi pun Eskinol ni ada byk jenis. saya pernah pakai 3 je. botol warna kuning, putih & hijau. ^___^

      Delete
  2. bedak silkygirl tu akak sis ade beli. lawa la packagingnya. yg eyeshadow silkygirl mcm handbag tu comelnya. geram rasa nk beli. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawa kan packaging bedak Silkygirl. putih gitu. saya baru try kelmarin. teksturnya ringan. mmg best pakai. nasib baik pilih jenis yg betul. hee.. eyeshadow tu pun best. warnanya cantik sgt. packaging pun comel. sis mesti try. ^___-

      Delete
  3. awak beli eskinol tue kat kedai mana ya?.. sya cr kat sabah x jumpa pun...huhu

    ReplyDelete