Showing posts with label Silkygirl. Show all posts
Showing posts with label Silkygirl. Show all posts

Tuesday, January 14, 2014

Part 1 : Best Of 2013

Hello... bloggers!!!

Selamat tahun baru!
Baru perasan belum ada entri untuk 2014 pula. Ngee..
Nak tahu apa saya suka sepanjang 2013, baca sampai habis k..

Brushes/Sponge

The Original Beauty Blender (BB) : Telur pink! Haha. Saya nak yang hitam tapi
masa nak beli sold out. So, terpaksa la beli yang pink ni. The best apply 
foundation guna BB ni. Serius, kalah berus. Haha.

Tips : Selepas guna, cepat-cepat cuci. Jangan biarkan terlalu lama
sebab ianya akan jadi susah nak bersihkan nanti.
Lepas tu, bakteria akan membiak dan BB jadi cepat rosak. 

Real Techniques Stippling Brush : Berus paling best kalau nak guna dengan
foundation/BB cream.

Sigma Flat Kabuki F80 : Saya guna berus ni untuk apply powder. Sangat
lembut dan padat. Powder pun jadi rata.

Palette

Urban Decay Naked : 1st saya rasa tak berbaloi beli UD Naked ni tapi
bila cuba sendiri ternyata best! Senang nak blend, warna pigmented dan
cantik sekali. Love it!

Urban Decay Eyeshadow Primer Potion : Primer tu sekali dengan UD Naked.
Memang best. Pakai sikit je dah cukup menyerlahkan
eyeshadow dan siapa ada oily eyelid tu amat sesuai guna primer ni.



MUA Professional Heaven & Earth : Palette murah tapi mempunyai
kualiti yang baik. Warna natural yang cantik. Siapa yang nak palette murah
dan tidak mengecewakan, boleh la beli MUA palette ni. 


Single Eyeshadow  

Maybelline Color Tattoo 24hr : I love color tattoo!
Kalau boleh nak kumpul semua tapi ada warna yang susah nak dapat. Huhu.
Warna color tattoo ni cantik dan tahan lama. Paling suka packagingnya.
Ada 3 lagi saya belum cuba. Simpan dulu, peramkan ia. Hahaha.

L'oreal Paris Color Infaillible : Eyeshadow ni agak pricey. Size pun kecil.
Syukur saya dapat dengan harga murah masa ada sale. Warnanya sangat cantik.

Catrice Cosmetics Liquid Metal : Eyeshadow ni saya dapat masa menang GA
dari Kak Fatimah. Sangat teruja sebab belum pernah cuba brand Catrice ni.
Eyeshadow ni bentuk 3D. Memang cantik la! 


Blusher

Milani Baked Blush : My no.1 fav blusher! Bellissimo Bronze warna
gold shimmer. Sangat cantik! Love love love it!

Maybelline Dream Bouncy Blush : Blusher ni jenis cream. Tidak melekit.
Warna Candy Coral dan Hot Tamale. Dua-dua cantik dan tahan lama.

Physicians Formula Glow & Mood Boosting Blush : Blusher ni wangi!
Warna Natural iaitu pink-ish red dan ada bentuk LOVE.

Sleek Makeup Blush : Saya peminat blusher. Dua-dua blusher dari Sleek Makeup
ni memang cantik. Susah nak pilih. Haha.


Bronzer

Milani Baked Bronzer : Bronzer ni sangat pigmented. Pakai sikit dah cukup
untuk kontur wajah.

MUA Professional Mosaic Bronzer : Warna bronzer ni memang cantik.
Tidak terlalu terang. Just nice.


Foundation/CC Cream

Revlon Colorstay 24hrs : Foundation ni tahan lama. Sangat
sesuai untuk combination/oily skin.

Nano White Infinity CC Cream : 1st time pakai CC. Dapat masa subs
Bag Of Love Lice. Kira berbaloi sebab kalau beli RM49.90 juga.
CC ni best tau sebab boleh cover dark circle dan bekas jerawat.
Sepanjang 2 bulan, tinggal sikit dah CC ni.


Powder 

Maybelline Clear Smooth BB Silk Poreless White : Powder ni saya
dapat masa join GA dari Maybelline di IG. 1st time reg IG semata nak join
GA Maybelline saja tak sangka pula menang. Rezeki Allah. Powder ni best
sebab memang poreless la. Selepas pakai foundation, apply powder ni
makeup akan jadi rata dan flawless.


Lipstick

Revlon Super Lustrous Lipstick Matte : Tengok dah pendek kan? 
2nd lipstick yang saya pakai sampai pendek. 1st tu lipstick lama iaitu
Maybelline Watershine Pure. Pendek tanda saya suka pakai. Saya
suka lipstick jenis matte. Nak yang tahan lama tak payah
pakai berulang kali. Sekarang dah jumpa lipstick baru yang best
dan tahan lama. Murah dari Revlon. Kalau nak tahu nantikan entri 
mengenai lipstick tersebut.

MUA Professional Lip Boom : Ada 2. Satu lipstick jenis matte dan satu lagi tu
lipgloss jenis glitter. Warnanya super cantik. Boleh google sendiri
shade Doin Good.


Lip Balm  

Maybelline Baby Lips Electro : Lipbalm ni cantik tau. Warna dan packaging
sama cantik. Memang tak rugi beli walaupun agak pricey untuk 1pc lipbalm.

Silkygirl Fruitti Trio : Lipbalm ada 3 perisa. Strawberry dah habis.
Tinggal lemon dan anggur lagi. Lipbalm ni ada warna dan bau pun sedap!

Bioderma : Lipbalm ni saya dapat dari Wiida. Ole-ole from France.
She's very nice person and cute! 
Lipbalm ni best. Rasa sejuk je bila pakai. Macam air.

Silkygirl Drink Up! (Green Tea) : 1st lipbalm perisa green tea. 
Saya selalu pakai sebelum pakai lipstick. Smooth je tak melekit.

Lippy Girl Lip Love : Lipbalm jenis organik. Dapat gift dari owner BBF.
Ada rasa mint.

EOS Passionfruit : Lipbalm bentuk bulat macam telur. Comel dan 
senang nak pakai. Tak perlu tengok cermin.

Nivea Essential Care : Baunya nice sekali. Melembutkan bibir.


Mascara

Maybelline the Falsies Waterproof : Suka sangat mascara ni. Bulu
mata akan nampak seperti pakai bulu mata palsu.

Maybelline the Magnum Volum' Express Waterproof : Mascara yang
membuatkan bulu mata jadi panjang.

Mesti hairan sebab Maybelline the Rocket tidak tersenarai dalam
list saya kan? Sepanjang 2013, hanya 2x saja saya pakai. Saya tak berapa
suka sepertimana orang lain suka. Mungkin sebab ianya non-waterproof.
Nasib baik saya ada Maybelline the Rocket yang waterproof punya. 
Tunggu habiskan yang lain dulu baru la saya cuba.


Eyeliner/Eyebrow

Maybelline HyperSharp Liner : 1st time pakai eyeliner jenis 
liquid liner, rasanya. Dapat hadiah GA dari Maybelline di IG.
Percubaan yang berbaloi. Jimat duit tak payah beli. Hehe.
HyperSharp Liner ni best sebab senang nak pakai.
Tahan lama, tidak mudah comot dan senang nak lap atau bersihkan.

Maybelline Masterbrow (Brown) : Masterbrow ni ada 3 iaitu
brown, grey & black. Saya suka masterbrow ni sebab jenis cream stick.
Tak perlu diasah. Lagi best sticknya bentuk bujur. Warna brown
amat sesuai dengan warna bulu kening saya. Selalunya warna brown ni 
akan nampak 'brown' tapi masterbrow ni walaupun brown tapi
ia berada antara warna brown dan black. Macamna tu? Haha.

MUA Intense Glitter (Gold Nugget) : Saya pakai eyeliner ni dekat
inner corner. Warna gold shimmer yang cantik. Murah. Paling best
ada pengasah.


To be continued...

^___^


Apa kata anda? KOMEN je ...

Tuesday, January 22, 2013

SILKYGIRL : Sweet Temptation

Hello...bloggers!!!

yippie!!!

 saya sudah kumpul semua!

Silkygirl
Sweet Temptation

L - R :

Bold Becky
Lovely Lucy
Innocent Isabelle
Charming Charley
Sunshine Sue

mula-mula saya beli adalah Bold Becky dan Lovely Lucy
then, Innocent Isabelle
next, Charming Charley
last, Sunshine Sue

beli satu memang tidak lengkap
kena beli kesemua kawan-kawannya
baru la lengkap

kira nak beli sekaligus
tetapi memandangkan saya ni cerewet
saya tidak suka kalau kotaknya kemek
pelik?
tu la hakikatnya
muahaha..
seller-seller online yang jual perfume
mesti dah 'masak' dengan perangai saya ni

then, saya check samada ok ke tidak
sebab ada juga catnya terbuka/terkupas
mesti nak pilih yang cantik 
supaya puas hati dan tidak menyesal

Sweet Temptation ni sangat comel!
seriously, this is the best perfume from Silkygirl
great job!


mesti nak tahu mana yang wangi kan?

pendapat peribadi saya :

1. Bold Becky - My fav!
2. Innocent Isabelle
3. Charming Charley
4. Sunshine Sue
5. Lovely Lucy 

semua wangi terpulang pada pendapat masing-masing
ada antaranya bau sama seperti
perfume jenama mahal
kena cuba sendiri baru la tahu

perfume ni sangat comel untuk dijadikan koleksi
atau pun boleh juga sebagai hadiah hari jadi

so, tunggu apa lagi?
cepat la beli
kalau terlambat nanti menyesal pula

^___^


Apa kata anda? KOMEN je ...

Saturday, November 24, 2012

Haul : Silkygirl Pop Soda Lip Jelly, Big Eye Collagen Waterproof Mascara & Funky Eyelights Pencil

Hello...bloggers!!!

sekarang Guardian dah mula Xmas Sale
so, saya ada la beli beberapa benda di sana
produk Silkygirl ada 2 jenis items buy 1 free 1
satu tu bedak Pure Fresh Oil-Control Pressed Powder
satu lagi tu tak pasti apa sebab SA Guardian pun tak tahu
yang mana satu buy 1 free 1
huhuhu...
sebenarnya nak beli perfume Silkygirl Sweet Temptation tu
tapi tak ada pula
dah 3x tengok masih belum ada
hampa betul
bila la agaknya perfume tu sampai
tak sabar nak beli semua 
hahaha


Silkygirl Pop Soda Lip Jelly (Limited Edition)

Harga : RM14.88

rasanya ini antara produk terbaru dari Silkygirl
di facebook Silkygirl bgtau bulan Disember baru ada di pasaran
(yang ni cepat pula padahal masih bulan November)
semuanya ada 5 jenis
ada cola, strawberry, orange(tak pasti), cherry(tak pasti) &
blueberry/grape(ah tak pasti juga!)
padahal ada swatches kat tangan tadi
hahaha
apa yang menarik pop soda lip jelly ni
baunya sedap!
bau buah segar dan cola yang sebenar
setiap satu warnanya berlainan
saya swatches tadi semua warna cantik
nak beli semua tapi tak jadi sebab nak cuba dulu kenn..
saya pilih jenis
Cola Float (Medium Pink)
saya belum cuba lagi di bibir
so, saya akan buat review nanti

Silkygirl Big Eye Collagen Waterproof Mascara

Harga : NP - RM22.90
Sale - RM20.61

ini la antara produk yang saya nak sangat cuba
do review soon..

Silkygirl Funky Eyelights Pencil
06 Metallic Bronze

Harga : NP - RM15.90
Sale - RM14.31

selalunya kalau ada nama Metallic ni warna akan 
nampak seperti ada shimmer sikit
Funky Eyelights Pencil ada banyak jenis warna
ada silver, biru, purple, pink, hijau
saya akan buat review nanti
kalau malam pencahayaan gambar tak cantik
dah banyak kali snap tapi masih juga
maklum la saya tak pandai dalam bab snap gambar dengan baik
huhuhu

^___^


Apa kata anda? KOMEN je ...

Wednesday, October 10, 2012

#3 Non-Beauty : Special invitation from SILKYGIRL

Hello...bloggers!!!

wah, tajuk entri tu melampau la pula ada perkataan 'special'.
hehe...
sememangnya 'special' bagi saya.
kenapa?
sebab hari ni saya dapat jemputan dari SILKYGIRL untuk pelancaran produk terbaru mereka nanti.
sangat-sangat teruja tau!
ye la...
bukan senang nak dapat jemputan macam tu.
lebih-lebih lagi buat pertama kali. 
saya sangat gembira bila dapat jemputan tersebut.
tapi malangnya saya tak dapat pergi.
sedih sangat-sangat.
Allah saja tahu.
dah la produk terbaru dari SILKYGIRL tu memang 'jiwa' saya.
produk apa tu?
mesti korg nak tahu kan...
produk tu adalah.....
perfume
ulang sekali lagi..
PERFUME
siapa tak teruja kan?
botolnya... comel sangat!
semuanya ada 5 jenis.
InnocentSunshineLovelyCharmingBold
kalau korg tengok mesti korg pun nak dapatkannya.
saya mesti dapatkan kesemua perfume tu nanti.
M.E.S.T.I
tunggu kau!
modetamakmelanda
lagi hebat pelancaran tu nanti diadakan di sebelah kedai yang memang saya nak sangat pergi juga.
nyum-nyum...
oh why!!!
kenapa menyeksa batinku...
ok, la...
bye-bye.......


MODE : sedihyangteramatsangat


Apa kata anda? KOMEN je ...

Saturday, October 6, 2012

Haul : Silkygirl, Johnson's Oxygen Fresh, Eskinol, Biore & OXY blemish control wipes

Hello...bloggers!!!

pejam celik dah bulan Oktober. sekejap je masa berlalu. bulan baru, barang pun baru. hehe... 



tak semua barang baru. ada yang beli semula sebab habis. yang baru cuma ada 3 sahaja. 


SILKYGIRL
Skin Perfect
CC 2-Way Foundation SPF 25/PA++
sebenarnya dah lama nak cuba bedak dari Silkygirl ni. memandangkan bedak yang ada belum habis masa tu, saya simpankan dulu niat nak beli. sekarang bedak nak habis, apa lagi terus rembat la.

saya pilih jenis 02 Nude. saya keliru masa nak pilih bedak ni samada Nude atau Natural. beli dua nanti melampau pula kan. kalau Natural ada warna kekuningan sikit. Nude pula lebih kepada warna kulit saya. so, saya pilih jenis Nude.


kita tengok pula packaging bedak ni. warna putih dan ada design glitter seperti bunga/tumbuhan . memang cantik. suka sangat!


di dalam pula span diletakkan secara berasingan. memang bagus untuk mengelakkan bakteria(used sponge) berkumpul di bedak. 

ini la warna bedak jenis Nude. awesome kan?

saya tak sabar nak pakai bedak ni esok. hehe...



SILKYGIRL
Handbag Love Eyeshadow
Desert Rose
saya dua hati samada nak beli Handbag Love Eyeshadow ni atau Big Eye Collagen Waterproof Mascara. 
kenapa?
saya teringin sangat nak cuba Big Eye Collagen Waterproof Mascara tu tapi saya kena fikirkan bajet.
ok, itu harus!
lagi pun ianya Limited Edition.
bulan lalu Silkygirl ada inform kat fb page pasal Silkygirl nak bagi produk terbaru mereka kepada para bloggers untuk mencuba terlebih dahulu sebelum mereka keluarkan di pasaran.
cuma leave a blog URL kat fb page Silkygirl lepas tu mereka akan pilih siapa yang layak.
saya nak juga bagi URL blog saya ni tapi bila fikir-fikir semula..
"aku layak ke?"
dah la followers ciput je.. ada hati nak bagi URL blog. 
hahaha...
bila tengok rakan bloggers dapat barang free dari Silkygirl..
awww... 
I'm so jealous!
sob..sob..

Handbag Love Eyeshadow ni ada 2 jenis.
satu tu warna pink(Floral Tote) dan yang warna biru(Desert Rose).
saya pilih Desert Rose sebab warnanya jenis natural dan senang saya nak padankan dengan pakaian.
Floral Tote pun cantik warnanya.


masih baru ok!


cantik kan?
saya suka warna di tengah tu.


Johnson's 
body care
Oxygen Fresh
Gel Lotion
lotion terbaru dari Johnson's iaitu Oxygen Fresh Gel Lotion.
saya beli botol kecil sebab nak cuba je dulu. best ke tak. lagi pun lotion botol besar gedebak Johnson's baby lotion(Pink) 500ml & Johnson's body care Naturally White Daily UV Lotion 400ml pun tak habis lagi.
(guna lotion ke apa ni?)
pada pendapat saya lotion Oxygen Fresh ni best juga. cepat menyerap dan tak berminyak. paling best tak melekit. terasa segar lebih-lebih lagi pakai bila waktu cuaca panas.
satu saja saya tak berapa suka iaitu baunya. 
tapi saya tetap guna juga sebab teksturnya yang cepat menyerap.


Oral-B
Essential floss
(Mint)
berus gigi sahaja tak cukup untuk gigi yang bersih.
wah, macam iklan dalam tv pula.
memang betul pun. berus gigi mana dapat tembus kat celah-celah gigi kita.
so, guna la floss gigi.
saya dah guna floss dari Oral-B ni dah lama cuma yang lama tu tiada perisa.

cute je floss ni. berperisa Mint.



ESKINOL
Oil Control
Facial Deep Cleanser
with Pure Lemon Extract
ada perubahan dan peningkatan dari segi nama dan formulanya berbanding Eskinol yang botol lama.


micro cleanse
anti-bacterial formula
Instantly removes excess oil
Control oil for up to 8 hours*

Dermatologist Tested



Oil Control
Facial Deep Cleanser

Soap is not enough.
Washing your face with soap is not enough. After washing your face twice, apply Deep Cleanser with cotton and you will see that there is still dirt left.

  • Removes deep seated dirt, excess oil and makeup with Micro-cleanse Anti-bacterial Formula.
  • With Anti-shine and pure Lemon Extract to control oil up to 8 hours*.


patut la selepas saya cuci muka, lepas tu guna Eskinol ni masih ada kotoran kat kapas. ingatkan bila dah cuci muka kotoran hilang. rupa-rupanya masih ada. saya jadi hairan sekejap masa tu. walaupun langsung tak pakai makeup, kotoran tetap ada. mungkin itu la minyak di wajah kan. huhu..


Biore
Cleansing Oil Wipes
mesti korg dah tahu fungsi wipes ni kan. ini wipes ketiga saya. saya suka guna bila nak bersihkan waterproof mascara. senang dan cepat.


OXY
blemish control wipes
ini OXY blemish control wipes kedua saya. saya suka wipes ni. kalau siapa yang belum tahu kebaikan wipes ni sila la baca entri saya yang mengenai OXY blemish control wipes.
ada tu...
cuba cari..
jangan malas ok! 
hehehe..


Apa kata anda? KOMEN je ...