Wednesday, October 17, 2012

#1 Recipe : Sambal Taugeh a.k.a Tauge Salad

Hello...bloggers!!!

hari ni saya nak share resipi mudah dan sihat untuk korg.
kenapa sihat?
sebab tak memerlukan minyak untuk menggoreng.
wakakaka...
mak saya selalu buat sambal taugeh berbanding masak sayur taugeh.
sedap tau!
jangan lupa untuk mencubanya.

gambar mungkin tidak menarik tapi sekali rasa nak lagi!


Bahan-bahan

1. Taugeh
2. Belacan
3. Cuka
4. Limau kasturi
5. Cili padi
6. Sedikit garam
7. Sedikit gula
8. Bawang merah
9. Cili besar

Cara membuat :

Rebus atau celur taugeh selama 1-2 minit kemudian toskan.
Bakar belacan sehingga naik bau.
Hiris bawang merah dan cili besar.
Gaul semua bahan di atas dan siap untuk dihidang.
nyum-nyum.


Selamat Mencuba!

^___^


Apa kata anda? KOMEN je ...

No comments:

Post a Comment