Friday, August 22, 2014

M.A.C

Hello... bloggers!!!

Saya nak cerita mengenai produk kosmetik yg tak asing lg iaitu MAC.
Siapa tak suka MAC? Sila angkat tangan!
Hampir majoriti kot suka MAC cuma ada sesetengah org takut nak beli.
(Termasuk la saya suatu masa dulu. hikhik)

Kenapa saya takut?

Bukan takut apa la...
Saya dulu kena 'brainwash' oleh org pasal SA MAC ni tak friendly & poyo.
So, saya pun rasa buat apa la nak beli klu mereka begitu kan?

MAC ni jenama kegemaran saya sejak dulu dan 
teringin sangat nak cuba beli sendiri kat counter MAC tu.
Sebab lain saya malas nak beli ialah saya tak tahu harga sebenar produk MAC ni.
 Mana la tahu mahal sgt mcm jenama YSL ke...
Saya dah try 'Google' pasal harga MAC di Malaysia.
Tapi susah la nak dapat blog pasal harga MAC di Malaysia.
Seingat saya ada 1-2 blog je tapi masih tidak letak harga lengkap.
Kebanyakkan hanya tayang gambar tanpa harga. (-_-)

Bila MAC dah boleh beli secara online, di sana la saya tahu harganya.

Guess what?

Ceh, tak mahal sgt pun. Haha.
Ingatkan sebatang lipstick tu harga beratus. Rupanya di bawah RM100 je.
Bagi saya itu harga mampu milik.
Daripada beli lipstick RM25 ke atas tapi tak pakai, lebih baik beli yg RM68
tapi selalu pakai. Berbaloi lg.

Bayangkan, saya mempunyai berpuluh lipstick harga sekitar minimum RM25
dan maksimum RM70, kira total semua cecah hampir setengah ribu.
Pakai sekali lepas tu dah tak pakai sampai expired. Kan membazir.

Saya jenis tak suka lipstick seperti :

1. Tidak tahan lama.
2. Tekstur tak best! (Mungkin org lain best).
3. Mengeringkan bibir walaupun pakai lipbalm.
4. Tidak serasi dgn bibir.
5. Bergumpal.

Saya jenis suka lipstick yg tak perlu nak pakai byk kali.
1-2 kali ok la.
Ada jenama-jenama lipstick ni memang tak serasi dgn bibir saya.
Memang membazir sgt beli. Huhu.
Ye la, mau cuba itu ini last-last tak serasi. Zzz..

Saya cerita pasal MAC ni bukan nak promote ke apa.
Tapi ini pendapat peribadi saya saja.
Saya tak kisah beli lipstick mahal sikit asalkan kualiti bagus.
Ehem, YSL tu belum terfikir lagi nak beli sbb RM150++ tu...
Maybe suatu hari kot. Sekadar utk mencuba. In Sha Allah.

Setakat ni baru ada 4 MAC lipstick yg saya kumpul. Hehe.
Dan akan bertambah lagi. Yay!




Seterusnya, entri TIPS membeli produk MAC.


Thanks for reading!


(^-^)"


Apa kata anda? KOMEN je ...

Friday, August 15, 2014

Haul : M.A.C, Too Faced, Coach, Bath & Body Works, Beauty Blender, Mario Badescu & Maybelline

Hello... bloggers!!!

Kali terakhir buat entri haul pada bulan Mac.
Dah lama pula. Hahaha.

Ok, memandangkan hari ni ada masa terluang.
Saya nak buat entri haul untuk tatapan korg.



Masa beli ni ada kisah disebaliknya.
Sebenarnya saya pergi M.A.C kaunter sebab nak beli
M.A.C Alluring Aquatic Collection.
Apa yang saya nak tu dah sold out!
Dalam awal bulan 6 kot. Sedih betul.
Kebetulan saya memang tengah mencari cleanser yang sesuai.
(Dalam list nak cuba Clinique/Mario Badescu/Shaklee)
Tapi ter-beli la pula M.A.C Lightful Marine-Bright Formula ni. Zzz..

Next, M.A.C Prep + Prime Skin Base Visage ni memang dalam wishlist saya.
1st time cuba masa nak beli M.A.C untuk hantaran.
Saya tergoda dengan ke-shimmer-an yang ada padanya. Bwahaha.
SA M.A.C kata, primer tu sesuai untuk oily skin (ok, tergoda lagi).
Untuk mengubati kekecewaan sebab Alluring Aquatic Collection tiada,
maka ter-beli la 2 benda ni. Terbang $$$ ...



Bulan 7 lalu, Luxola ada sale 37%.
Bermula la episod $$$ terbang lagi...
Nak beli cleanser Mario Badescu tapi semua sold out.
So, saya beli Mario Badescu Buffering Lotion sebagai percubaan.

Fikir punya fikir dan 'terhasut' oleh kawan saya, blogger Nabilah.
Ter-beli la pula the Original Beauty Blender Pro Double ni.
Lagi pun memang dari dulu lagi wishlist saya 'telur hitam ni'.
Bila fikir masak-masak, bagus beli sponge ni sebab ada sale 37%.


Sweet Pea, Coconut Lime Verbena, Eucalyptus Mint, Moonlight Path & Aloha Orchid

Dulu, saya obses dengan perfume (sekarang masih lagi tapi kurang dah).
Now, obses dengan sabun. Pelik kan?
Sabun piring tu saya boleh habiskan tak sampai 1 minggu yang botol besar.
Sebab saya suka cuci piring dengan sabun yang banyak! Haha.
Lepas tu, sikit-sikit nak cuci tangan dengan sabun tangan.
Daripada buang duit pada perfume, bagus beli sabun tangan
sebab ianya keperluan harian.

Bath & Body Works Gentle Foaming Hand Soap ni saya order dah lama.
Ambil masa 3 bulan kot baru sampai.
Nasib la tak urgent nak guna.
BBW ni Buy 3 Free 2.
Harga sangat berbaloi-baloi dan wangiiii!!!



Dua benda ni dah lama nak.
Saya minta tolong kawan saya Nabilah yang belikan (Thanks dear!).
Tapi asyik sold out je Too Faced Chocolate Bar tu.
Tiap kali ke Sephora, tiap kali tu la sold out.
Sampai saya macam nak give up!

Entah kenapa masa Nabilah pergi Sephora (bulan puasa kalau tak silap),
Too Faced Chocolate Bar tu banyak stok dan yang paling best
ada sekali Sweethearts Perfect Flush Blush (Candy Glow).
Saya memang menanti-nantikan shade Candy Glow masuk Malaysia.
So, kira rezeki saya la masa tu (rezeki kahwin). Hikhik.

Dan dan dan paling best sangat... Nabilah dengan baik hati 
menggunakan 10% diskaun dia untuk belikan barang saya tu. Terharu sangat.
Boleh aje Nabilah ambil 10% tu sebagai sedikit keuntungan ke...
Tapi dia tak ambil pun. Tu yang buat saya terharu.
Lebih-lebih lagi kitaorang tak pernah jumpa pun tapi rasa macam
dah lama kenal. :')


Thanks my dear friend, Nabilah.
Semoga rezeki dari Allah untuk Nabilah berlipat kali ganda. Amin.



Bulan 7 lalu, M.A.C Cosmetics Malaysia (Website) ada free shipping.
Kali ni saya memilih untuk membeli lipstick M.A.C jenis Satin pula.
Syukur warna yang saya pilih sangat cantik! Yay...

Cara M.A.C bungkus item memang tip top!
Langsung tiada cacat cela atau kemek pada kotak lipstick.
Terbaik la M.A.C!



Parkson ada sale untuk perfume 30ml cuma RM90. Murahkan?
Cuma brand yang terpilih saja.
Masa nak beli saya dua hati samada nak
Coach Poppy Flower atau DKNY Fresh Blossom.
Bila saya try hidu koleksi vial saya, hidung saya memilih Coach Poppy Flower.
 SA Parkson kata kalau beli 2 dapat voucher RM20.
Masa tu saya konon-konon tak nak tamak. 1 cukup.
Lepas beli, terus teringat-ingat (begitu la petanda kalau saya menyesal).
30ml untuk RM90 tu dah kira murah sangat sebab selalunya RM150 ke atas.


55 Inked In Pink & 65 Gold Rush

Maybelline Color Tattoo mania!
Kalau ikutkan dah tak nak beli Color Tattoo ni sebab beli kat Mysale 
dulu pun ada yang tak buka lagi. Nafsu besar betul!
Lebih-lebih lagi Watson ada buat sale.
Terus tutup mata beli. :P



M.A.C Look In A Box All About Coral ni saya minta SA 'reserve'kan.
1st time tahu ada collection ni masa terbaca blog seorang blogger (lupa pula siapa).
Tapi dia beli kat Singapore la.
Terus esoknya saya sms SA M.A.C tanya samada masuk Malaysia ke tak.

Teka?

Yes, ianya masuk Malaysia! Yippie...

Dekat hampir sebulan tunggu, risau pula SA tu terlupa ke apa.
Akhirnya awal bulan 8 ada SA tu sms beritahu dah sampai.
Happy giler aku weh!

Harga?

Berbaloi untuk 4 items tu malah lebih untung.
Website M.A.C pun ada jual.

FYI, All About Coral ni dah sold out k...

Ok la, tu je la cerita panjang lebar pasal haul.


Thanks for reading!


(^-^)"



Apa kata anda? KOMEN je ...