Thursday, September 25, 2014

TIPS membeli produk M.A.C

Hello... bloggers!!!

Credit : Google Image


Entri sebulan yg lalu saya nak bagi TIPS membeli produk M.A.C kan?
Sebulan kemudian baru nak bagi tips. Apa la.. Haha.

Saya nak berikan beberapa tips bagi yg pertama kali nak beli M.A.C.
Excited tak? Muahaha..


10 TIPS membeli produk M.A.C


#1 : Senaraikan barang nak beli.

Ini penting tau! Takkan nak ke counter beli tanpa tujuan.
Mesti senaraikan produk apa nak beli.

Contoh : Foundation, Concealer, Lipstick dll...


#2 : Buat rujukan pada produk.

Sila buat rujukan mengenai produk yg nak dibeli. Kena tahu mengenai produk
dan kesesuaian pada jenis kulit.

Contoh : Studio Fix, Mineralize, Pro Longwear dll... 


#3 : Ketahui jenis kulit.

Bila sudah pro pasal produk, jenis kulit sendiri pun kena tahu.

Contoh : Very dry, Dry, Combination, Oily & Very oily.


#4 : Ketahui jenis produk serta kesesuaian pada kulit.

Foundation ada banyak jenis seperti matte, semi-matte, satin dll...

Contoh : Foundation Studio Fix jenis matte finish, sesuai untuk
kulit oily, long-wearing atau bagi yg suka jenis matte.


#5 : Kira harga.

Bila sudah senaraikan apa nak dibeli, sila kira harganya sekali.
Sangat penting untuk tidak terlebih bajet sebab anda akan
rambang mata bila masuk counter M.A.C nanti. 


#6 : Tetapkan pendirian.

Kena tetapkan pendirian bila masuk counter M.A.C nanti.
Kenapa ek? Sebab korg akan dipujuk rayu oleh SA untuk membeli
produk dengan banyak. Disitu korg akan terlebih bajet. Baik tetapkan
pendirian takut wang tak cukup pula. Nanti malu weh!


#7 : Beli produk dengan kuantiti sikit atau banyak?

Ini pengalaman saya la, pertama kali pergi counter M.A.C memang saya beli
dengan banyak sebab nak buat untuk hantaran. Hehe.
Mula2 tu SA macam layan tak nak layan je. Bila SA dapati saya tahu mengenai
produk mereka, terus SA pun terus melayan saya dgn baik. Haha.
Bila saya beli banyak, lagi la mereka terlebih melayan dgn baik. Bwahaha.

Tapi jangan pula korg sedih. Tidak salah membeli 1 benda je.
Tak perlu malu sebab cuma beli sebatang lipstick.
Apa yg penting, kena tahu pasal produk dan korg cakap la,
"saya nak cuba yg ini dulu", "next time saya beli"...


#8 : Jangan takut!

Bagi yg belum pernah ke counter M.A.C, mesti ada rasa nak masuk tetapi
perasaan takut tu terlalu tebal. Memang tidak dinafikan ada SA yg tidak
mesra dan poyo. Tips dari saya, ABAIKAN je mereka tu! Set minda anda yg
korg ada duit, buat apa nak takut? Yg penting korg dapat beli apa yg korg
impikan selama ni.  


#9 : Extra-budget.

Walaupun korg sudah senaraikan produk & harga, sukacita saya
ingatkan bahawa sila bawa lebih wang anda, takut2 terlebih beli
yg tak sepatutnya. :P


#10 : Shopping online website M.A.C

Kalau masih juga tidak berani, takut atau malu nak ke counter M.A.C,
korg boleh shopping di websitenya. Cuma saya nak pesan kalau nak
beli foundation atau concealer kena pergi counter supaya korg boleh mencuba
shade apa yg sesuai untuk kulit anda.






Apa kata anda? KOMEN je ...

Friday, August 22, 2014

M.A.C

Hello... bloggers!!!

Saya nak cerita mengenai produk kosmetik yg tak asing lg iaitu MAC.
Siapa tak suka MAC? Sila angkat tangan!
Hampir majoriti kot suka MAC cuma ada sesetengah org takut nak beli.
(Termasuk la saya suatu masa dulu. hikhik)

Kenapa saya takut?

Bukan takut apa la...
Saya dulu kena 'brainwash' oleh org pasal SA MAC ni tak friendly & poyo.
So, saya pun rasa buat apa la nak beli klu mereka begitu kan?

MAC ni jenama kegemaran saya sejak dulu dan 
teringin sangat nak cuba beli sendiri kat counter MAC tu.
Sebab lain saya malas nak beli ialah saya tak tahu harga sebenar produk MAC ni.
 Mana la tahu mahal sgt mcm jenama YSL ke...
Saya dah try 'Google' pasal harga MAC di Malaysia.
Tapi susah la nak dapat blog pasal harga MAC di Malaysia.
Seingat saya ada 1-2 blog je tapi masih tidak letak harga lengkap.
Kebanyakkan hanya tayang gambar tanpa harga. (-_-)

Bila MAC dah boleh beli secara online, di sana la saya tahu harganya.

Guess what?

Ceh, tak mahal sgt pun. Haha.
Ingatkan sebatang lipstick tu harga beratus. Rupanya di bawah RM100 je.
Bagi saya itu harga mampu milik.
Daripada beli lipstick RM25 ke atas tapi tak pakai, lebih baik beli yg RM68
tapi selalu pakai. Berbaloi lg.

Bayangkan, saya mempunyai berpuluh lipstick harga sekitar minimum RM25
dan maksimum RM70, kira total semua cecah hampir setengah ribu.
Pakai sekali lepas tu dah tak pakai sampai expired. Kan membazir.

Saya jenis tak suka lipstick seperti :

1. Tidak tahan lama.
2. Tekstur tak best! (Mungkin org lain best).
3. Mengeringkan bibir walaupun pakai lipbalm.
4. Tidak serasi dgn bibir.
5. Bergumpal.

Saya jenis suka lipstick yg tak perlu nak pakai byk kali.
1-2 kali ok la.
Ada jenama-jenama lipstick ni memang tak serasi dgn bibir saya.
Memang membazir sgt beli. Huhu.
Ye la, mau cuba itu ini last-last tak serasi. Zzz..

Saya cerita pasal MAC ni bukan nak promote ke apa.
Tapi ini pendapat peribadi saya saja.
Saya tak kisah beli lipstick mahal sikit asalkan kualiti bagus.
Ehem, YSL tu belum terfikir lagi nak beli sbb RM150++ tu...
Maybe suatu hari kot. Sekadar utk mencuba. In Sha Allah.

Setakat ni baru ada 4 MAC lipstick yg saya kumpul. Hehe.
Dan akan bertambah lagi. Yay!




Seterusnya, entri TIPS membeli produk MAC.


Thanks for reading!


(^-^)"


Apa kata anda? KOMEN je ...

Friday, August 15, 2014

Haul : M.A.C, Too Faced, Coach, Bath & Body Works, Beauty Blender, Mario Badescu & Maybelline

Hello... bloggers!!!

Kali terakhir buat entri haul pada bulan Mac.
Dah lama pula. Hahaha.

Ok, memandangkan hari ni ada masa terluang.
Saya nak buat entri haul untuk tatapan korg.



Masa beli ni ada kisah disebaliknya.
Sebenarnya saya pergi M.A.C kaunter sebab nak beli
M.A.C Alluring Aquatic Collection.
Apa yang saya nak tu dah sold out!
Dalam awal bulan 6 kot. Sedih betul.
Kebetulan saya memang tengah mencari cleanser yang sesuai.
(Dalam list nak cuba Clinique/Mario Badescu/Shaklee)
Tapi ter-beli la pula M.A.C Lightful Marine-Bright Formula ni. Zzz..

Next, M.A.C Prep + Prime Skin Base Visage ni memang dalam wishlist saya.
1st time cuba masa nak beli M.A.C untuk hantaran.
Saya tergoda dengan ke-shimmer-an yang ada padanya. Bwahaha.
SA M.A.C kata, primer tu sesuai untuk oily skin (ok, tergoda lagi).
Untuk mengubati kekecewaan sebab Alluring Aquatic Collection tiada,
maka ter-beli la 2 benda ni. Terbang $$$ ...



Bulan 7 lalu, Luxola ada sale 37%.
Bermula la episod $$$ terbang lagi...
Nak beli cleanser Mario Badescu tapi semua sold out.
So, saya beli Mario Badescu Buffering Lotion sebagai percubaan.

Fikir punya fikir dan 'terhasut' oleh kawan saya, blogger Nabilah.
Ter-beli la pula the Original Beauty Blender Pro Double ni.
Lagi pun memang dari dulu lagi wishlist saya 'telur hitam ni'.
Bila fikir masak-masak, bagus beli sponge ni sebab ada sale 37%.


Sweet Pea, Coconut Lime Verbena, Eucalyptus Mint, Moonlight Path & Aloha Orchid

Dulu, saya obses dengan perfume (sekarang masih lagi tapi kurang dah).
Now, obses dengan sabun. Pelik kan?
Sabun piring tu saya boleh habiskan tak sampai 1 minggu yang botol besar.
Sebab saya suka cuci piring dengan sabun yang banyak! Haha.
Lepas tu, sikit-sikit nak cuci tangan dengan sabun tangan.
Daripada buang duit pada perfume, bagus beli sabun tangan
sebab ianya keperluan harian.

Bath & Body Works Gentle Foaming Hand Soap ni saya order dah lama.
Ambil masa 3 bulan kot baru sampai.
Nasib la tak urgent nak guna.
BBW ni Buy 3 Free 2.
Harga sangat berbaloi-baloi dan wangiiii!!!



Dua benda ni dah lama nak.
Saya minta tolong kawan saya Nabilah yang belikan (Thanks dear!).
Tapi asyik sold out je Too Faced Chocolate Bar tu.
Tiap kali ke Sephora, tiap kali tu la sold out.
Sampai saya macam nak give up!

Entah kenapa masa Nabilah pergi Sephora (bulan puasa kalau tak silap),
Too Faced Chocolate Bar tu banyak stok dan yang paling best
ada sekali Sweethearts Perfect Flush Blush (Candy Glow).
Saya memang menanti-nantikan shade Candy Glow masuk Malaysia.
So, kira rezeki saya la masa tu (rezeki kahwin). Hikhik.

Dan dan dan paling best sangat... Nabilah dengan baik hati 
menggunakan 10% diskaun dia untuk belikan barang saya tu. Terharu sangat.
Boleh aje Nabilah ambil 10% tu sebagai sedikit keuntungan ke...
Tapi dia tak ambil pun. Tu yang buat saya terharu.
Lebih-lebih lagi kitaorang tak pernah jumpa pun tapi rasa macam
dah lama kenal. :')


Thanks my dear friend, Nabilah.
Semoga rezeki dari Allah untuk Nabilah berlipat kali ganda. Amin.



Bulan 7 lalu, M.A.C Cosmetics Malaysia (Website) ada free shipping.
Kali ni saya memilih untuk membeli lipstick M.A.C jenis Satin pula.
Syukur warna yang saya pilih sangat cantik! Yay...

Cara M.A.C bungkus item memang tip top!
Langsung tiada cacat cela atau kemek pada kotak lipstick.
Terbaik la M.A.C!



Parkson ada sale untuk perfume 30ml cuma RM90. Murahkan?
Cuma brand yang terpilih saja.
Masa nak beli saya dua hati samada nak
Coach Poppy Flower atau DKNY Fresh Blossom.
Bila saya try hidu koleksi vial saya, hidung saya memilih Coach Poppy Flower.
 SA Parkson kata kalau beli 2 dapat voucher RM20.
Masa tu saya konon-konon tak nak tamak. 1 cukup.
Lepas beli, terus teringat-ingat (begitu la petanda kalau saya menyesal).
30ml untuk RM90 tu dah kira murah sangat sebab selalunya RM150 ke atas.


55 Inked In Pink & 65 Gold Rush

Maybelline Color Tattoo mania!
Kalau ikutkan dah tak nak beli Color Tattoo ni sebab beli kat Mysale 
dulu pun ada yang tak buka lagi. Nafsu besar betul!
Lebih-lebih lagi Watson ada buat sale.
Terus tutup mata beli. :P



M.A.C Look In A Box All About Coral ni saya minta SA 'reserve'kan.
1st time tahu ada collection ni masa terbaca blog seorang blogger (lupa pula siapa).
Tapi dia beli kat Singapore la.
Terus esoknya saya sms SA M.A.C tanya samada masuk Malaysia ke tak.

Teka?

Yes, ianya masuk Malaysia! Yippie...

Dekat hampir sebulan tunggu, risau pula SA tu terlupa ke apa.
Akhirnya awal bulan 8 ada SA tu sms beritahu dah sampai.
Happy giler aku weh!

Harga?

Berbaloi untuk 4 items tu malah lebih untung.
Website M.A.C pun ada jual.

FYI, All About Coral ni dah sold out k...

Ok la, tu je la cerita panjang lebar pasal haul.


Thanks for reading!


(^-^)"



Apa kata anda? KOMEN je ...

Friday, July 25, 2014

RAYA TAG 2014

Hello... bloggers!!!


Lama kan saya tak update blog?
Idea tu banyak tapi tahap kemalasannya melebihi idea.

Hari ni nak mulakan dengan RAYA TAG 2014.
Tag ni saya tengok kat seorang blogger yang awesome iaitu Wiida.
Orangnya comellll sangattt.

Sepatutnya tag ni kena buat video tapi memandangkan saya tiada kamera,
maka saya buat versi tiada video la yea. :P

XXXXXX

1. What are your raya traditions?

Selalu masak untuk makan pagi raya. Adik-beradik berkumpul, ikut giliran

masing-masing la sebab semua dah kahwin. 


2. How many and what kind of baju raya are u getting? 

Tahun ni ada 4 pasang. 3 tempah dan 1 tu dah pakai semasa majlis resepsi
kahwin hari tu. (Pakai je balik..hehe)
 Baju rekaan Jovian Mandagie (Chantilly Carina). Baju tu baru 'release' (Zalora) masa beli.
So, dikira baju baru la. Hikhik. Semua baju kurung moden.


3. What's your favourite makeup look for raya.

Makeup ikut warna baju. Masa raya la nak pakai makeup 'havoc' sikit selain
pergi majlis kahwin. Bila lagi nak melaram kan? :P 


4. What's your fav raya dish and kuih? 
Satay, nasi himpit/ketupat, kuah kacang, laksa, biskut kacang hijau,
batang buruk dan makmur. Nyum nyum...


5. Balik kampung mana? 
Dulu memang tinggal di kampung sendiri. Sekarang dah kahwin balik kampung
suami pula. (Teruja) ;)


6. Fav kasut raya? 
Wedges dan sandal.


7. How many houses do u visit? 
Banyak. Ikut keadaan.


8. How many open houses in the month? 
1 je cukup. Kadang tiada sebab sentiasa rumah terbuka. Wakaka.


9. Duit raya dapat berapa or dah tak dapat? 
Selalu beratus juga la. Tak sabar nak raya. Weee...


10. Ultimate fav part about raya.
Makan, minum dan duit raya. Amacam, terbaik kan? :P


Saya nak TAG :


dan semua yang telah baca blog ni!


Thanks for reading. (^-^)"



Apa kata anda? KOMEN je ...

Wednesday, May 21, 2014

Giveaway Prize by bloobsblurbs!!!

Hello... bloggers!!!

Aa... Lamanya tak update blog!
Do u miss me? Hihi.
Hari ni nak share dengan korg GA yang baru-baru ni saya menangi. Yeay!

Saya ada join GA by bloobsblurbs
Tak sangka pula menang.
Thank you, dear. :)

Bila tahu diri ini salah seorang pemenang, cepat-cepat contact.
Takut nama pemenang lain dipilih kalau tak respon. Pheww!

Kenapa saya nak sangat menang GA ni?
*GA makeup mahal pun saya sekerat jalan buat. ahaks!*
Sebab ada Bath & Body Works CANDLE!!!!!
Oh hemmm geee... screammmmmmmm...

I love BBW candle so much!

Ok, mari cuci mata hadiah GA yang saya dapat.


Island Waters

Bath & Body Works 
Scented Candle



1st time dapat candle yang penutupnya ada corak begini.
Sebelum ni dapat yang plain saja.


Sila klik untuk lebih jelas



Bau fresh sweet. Ahhh... wangi sangat!
Tak sia-sia pilih Island Waters.
Bau memang menepati citarasa saya.

Mode happy sangat tahu!
BBW candle ni bukannya senang nak dapat.
Harga pun boleh tahan mahal bagi size mini.


(>__<)"



NYC 

NEW YORK COLORS

IndividualEyes



1st time juga dapat makeup brand NYC ni.
Sebelum ni pernah dengar dan tengok je...



e.l.f Studio | 60ml

Makeup Mist & Set

with Aloe, Green Tea, Cucumber,
and Vitamins A, C & E 



Snow girl

Strawberry & Rose Plus Gluta Whitening Body Serum


Kila Doll

Diamond Platinum Mask




Thanks for reading!




Apa kata anda? KOMEN je ...

Tuesday, April 22, 2014

TAG : 25 Fun Questions

Hello... bloggers!!!

Picture : Google


1. Where were you 3 hours ago?
Somewhere.

2. Is there anything pink within 10 feet of you?
Yes. 

3. What are you wearing right now?
Clothes.

4. What are the colours of your bedrooms walls?
White.

5. Who is the last person you sent a message or comment /BBM?
Mr. F.

6. What does your last text message say?
Secret.

7. Can You Taste The Difference Between Pepsi And Coke?
Yes!

8. Is your hair curly or straight?
Straight.

9. Which is the hardest thing you ever had to do?
Making choice.

10. Favorite 2 color combination?
Blue & White.

11. What is your favorite accessory?
Ring, bracelet, earrings & necklace.

12.Which current celebrity’s style do you admire most?
Fazura & Elfira Loy.

13. What is your favorite fashion store/shop?
Voir, H&M & Cotton On. 

14. When was the last time you drove out of town?
Saturday.

15. With the exception of the computer, what can you hear?
TV.

16. What was the last thing you bought?
Maybelline Color Tattoo Summer 2013 & Fall 2012 edition.

17. What is the first thing you think of when you wake up in the morning?
What time is it?

18. Favorite Food?
Mom's cooking, Chicken rice & SR Absolute chocolate cake.

19. Biggest turn off?
Wrong spell/write my name, smoker & liar.

20. What do you always have on you/wear?
Clothes.

21. What does your screen name mean/ how did you come up with it?
Flower garden/from my parents.

22. Favorite style of top/blouse?
Simple & comfortable. 

23. Favourite tv show?
Hawaii Five-O, Make it Or Break it, CSI's & many more.

24. What is a favorite TV show from your childhood?
Dragon Ball, Cardcaptor Sakura & many more.

25. What does your dream bedroom look like?
Like the picture above.


I'm tagging all of you!


(^-^)"


Apa kata anda? KOMEN je ...

Wednesday, April 16, 2014

TAG : Drugstore Diva

Hello... bloggers!!!

Saya di TAG oleh kawan baik saya, Nabilah.
TAG yang menarik untuk dibuat. Yay!
Sesiapa pun boleh join k...


Foundation

Maybelline Dream Matte Mousse

Saya suka foundation ni sebab sesuai dengan kulit.
Pakai dengan sponge yang lembap memang terbaik la!


Powder

Maybelline Clear Smooth BB Silk Poreless White

Bedak ni saya dapat hadiah Giveaway dari Maybelline.
Bedaknya ringan dan jenis 2-way cake.


Concealer

Maybelline Pure Concealer Mineral 

Satu-satunya concealer yang saya ada. Hohoho.
Hasil ok. Boleh la cover sikit-sikit.


Blush

I love blusher very much!
Dulu takut nak cuba sebab takut nampak seperti badut. :P
Bila dah cuba, terus suka. <3<3<3


Bronzer

Milani Baked Bronzer | MUA Mosaic Bronzer

Bronzer ni penting juga dalam solekan.
Boleh konturkan wajah kita.


Eyeshadow

L'oreal Infaillible | Maybelline Color Tattoo | Catrice

Antara eyeshadow ready-to-go saya.
Kalau kelam kabut memang pakai ni terutama color tattoo. Senang.


Lipstick

NYX Soft Matte Lip Cream | MUA Lip Boom | Revlon Super Lustrous

Ketiga-tiga lipstick ni jenis matte.
Suka jenis matte sebab tahan lama sikit.


Lipbalm

Maybelline Baby Lips (USA) | Silkygirl | EOS

Oleh kerana saya tiada spesifik Highlighter, saya gantikan Lipbalm.
Lipbalm ni penting untuk mengelakkan bibir kering.
So yeah, ini la antara lipbalm kegemaran saya.


Mascara

Maybelline the Falsies Volum' Express Waterproof

Saya dah cuba pelbagai jenis mascara.
Ternyata Maybelline juga pilihan hati. Wee...


Brow Liner & Eye Liner

MUA Intense Glitter Eye Liner | Maybelline Master Brow

Sebenarnya saya jarang pakai eyeliner warna hitam waktu siang.
Saya lebih suka warna coklat atau cream.
Untuk kening pula saya suka master brow sebab warnanya tidak terlalu gelap,
bentuk oval dan jenis twist.


That's all~

(^-^)"


Apa kata anda? KOMEN je ...