Wednesday, October 30, 2013

Ralph by Ralph Lauren For Women

Hello... bloggers!!!

Hari ni nak share perfume pertama yang saya beli.
Saya memilih Ralph by Ralph Lauren.
Beli pada tahun 2010 dan sehingga kini baunya masih ok.
Apa yang penting kena pandai jaga.



Fruity, Floral, Fresh, Citrus, Green

Saya suka Ralph ni sebab baunya sangat sedap!
Tahan sehingga 6 jam dan bergantung pada individu.
Pada yang belum cuba, mesti cuba yang ini. Gerenti suka.



Tinggal sikit sudah...



Made in U.S.A



Oh, ini Ralph versi mini.
Cute kan?
Jenis dab-on dan senang nak dibawa ke mana saja.



Tips penjagaan perfume untuk mengekalkan baunya :

 * Simpan perfume di dalam almari.

* Hindarkan dari terkena pancaran matahari.

* Elakkan daripada suhu yang panas.



*     *     *     *     *     *


Apakah perfume pertama anda?



Terima kasih kerana sudi membaca.



^___^



Apa kata anda? KOMEN je ...

Monday, October 28, 2013

Giveaway Prize : Catrice Cosmetics

Hello... bloggers!!!

Beberapa minggu yang lalu saya dah dapat
hadiah Giveaway dari My Sweetest Sista Fatimah, thank you, sis! Muah..
Don't forget to follow her awesome blog ok!

Sebenarnya saya tak sangka boleh menang.
Saya tak menaruh harapan sangat.
Kemenangan ini adalah rezeki Allah SWT. Alhamdulillah.

Bila dapat tahu nama pemenang dah diumumkan, saya tak check pun.
Selepas sehari ke atau dua hari kemudian baru buka blog.
Mata tertumpu pada nama pemenang terus melonjak kegembiraan!

Saya dapat hadiah jauh dari luar Malaysia iaitu dari Holland (kalau tak silap).
Siapa tak teruja kan? Weehooo...
Saya dapat 3 eyeshadow dan 1 colour lip balm dari brand Catrice Cosmetics.

Sejujurnya saya tak pernah dengar brand Catrice Cosmetics ni.
Walaupun tak pernah dengar tapi saya suka sangat.
Tak sabar nak cuba nanti!



Dah berminggu dalam tangan tapi masih belum buka.
Rasa sayang nak sentuh eyesahdow macam 3D tu. Hehehe.
Tekaan saya tepat memang 3D pun setelah saya baca websitenya hari ni.



I love it so much!
Sedih sikit sebab satu tu retak semasa shipping.
Walaupun hadiah giveaway tu free tapi tetap sedih. T_T

But, nevermind la. I'm ok now! 

Nak saya swatch tak?
Kalau nak, komen ' YA ' pada ruangan komen di bawah.
Nak tengok juga ada ke yang berminat. Hehe.



^___^



Apa kata anda? KOMEN je ...

Friday, October 18, 2013

Haul : Revlon Super Lustrous, Maybelline Color Tattoo, Maybelline MasterBrow, Loreal White Perfect, St. Ives Green Tea Scrub, Watsons Round Puffs, Sharpie & Simple.

Hello...bloggers!!!

Shopping time!

Sebenarnya ada yang dah lama beli.
Sengaja nak kumpul sekaligus dalam satu entri.



Watsons Round Puffs

Kapas bentuk bulat dan berkualiti tinggi.
Diperbuat 100% kapas asli.
Sesuai untuk semua termasuk la baby. 

Harga : RM5.90 / 100 pcs
Di mana? : Watsons


L'oreal White Perfect Transparent Rosy Whitening Toner

Baru beberapa hari pakai.
Setakat ni, ok la.
Kena tunggu hasilnya selepas habis sebotol.

Harga : RM18.32
Di mana? : Guardian


Sharpie Permanent Marker Metallic

Dah lama cari Sharpie ni.
Akhirnya jumpa juga di Giant. Haha.
Lepas ni baru best nak melukis.


Simple Exfoliating Body Wash

Ini merupakan mandian kegemaran saya.
Dah berbotol-botol beli.
Produk mandian yang wajib dibeli setiap bulan.

Harga : Rm16.91
Di mana? : Guardian


St. Ives Blemish Control Green Tea Scrub 

Scrub penting untuk menyingkirkan kotoran pori-pori tersumbat.
Scrub ni best sebab tak kasar sangat dan berbiji-biji.
Kira selamat la kulit daripada luka.

Harga : RM24.22
Di mana? : Guardian


Maybelline Masterbrow Grey

Ingat tak dulu saya ada kata nak cuba warna Grey?
Hah, ini la dia. Jenis boleh diputar, tak perlu guna pengasah.
Kalau takut nak pakai warna hitam boleh cuba yang grey ni.

Harga : RM13.88
Di mana? : Guardian


Revlon Super Lustrous Lipstick Shine 850 Plum Velour 

Semasa cuba di Guardian warna ni paling menarik berbanding yang lain.
Bila cuba, cantik sangat tapi masih tak berani nak pakai waktu siang.
Teksturnya ringan, bersinar dan moist.

Harga : RM22.90 - (Voucher RM5)
N/P : RM27.90
Di mana? : Guardian


Maybelline Color Tattoo 50 Edge Emerald 

Semua color tattoo yang ada di Malaysia dah berjaya dikumpul. Yay!
Warna Edge Emerald merupakan warna terakhir.
Tinggal dua lagi tapi tak tahu di mana nak cari. Huhu.

Harga : RM17.91
Di mana? : Guardian



Ok, ini saja untuk hari ni.


Terima kasih kerana sudi membaca ~~




^___^



Apa kata anda? KOMEN je ...