Showing posts with label St Ives Green Tea Scrub. Show all posts
Showing posts with label St Ives Green Tea Scrub. Show all posts

Friday, October 18, 2013

Haul : Revlon Super Lustrous, Maybelline Color Tattoo, Maybelline MasterBrow, Loreal White Perfect, St. Ives Green Tea Scrub, Watsons Round Puffs, Sharpie & Simple.

Hello...bloggers!!!

Shopping time!

Sebenarnya ada yang dah lama beli.
Sengaja nak kumpul sekaligus dalam satu entri.



Watsons Round Puffs

Kapas bentuk bulat dan berkualiti tinggi.
Diperbuat 100% kapas asli.
Sesuai untuk semua termasuk la baby. 

Harga : RM5.90 / 100 pcs
Di mana? : Watsons


L'oreal White Perfect Transparent Rosy Whitening Toner

Baru beberapa hari pakai.
Setakat ni, ok la.
Kena tunggu hasilnya selepas habis sebotol.

Harga : RM18.32
Di mana? : Guardian


Sharpie Permanent Marker Metallic

Dah lama cari Sharpie ni.
Akhirnya jumpa juga di Giant. Haha.
Lepas ni baru best nak melukis.


Simple Exfoliating Body Wash

Ini merupakan mandian kegemaran saya.
Dah berbotol-botol beli.
Produk mandian yang wajib dibeli setiap bulan.

Harga : Rm16.91
Di mana? : Guardian


St. Ives Blemish Control Green Tea Scrub 

Scrub penting untuk menyingkirkan kotoran pori-pori tersumbat.
Scrub ni best sebab tak kasar sangat dan berbiji-biji.
Kira selamat la kulit daripada luka.

Harga : RM24.22
Di mana? : Guardian


Maybelline Masterbrow Grey

Ingat tak dulu saya ada kata nak cuba warna Grey?
Hah, ini la dia. Jenis boleh diputar, tak perlu guna pengasah.
Kalau takut nak pakai warna hitam boleh cuba yang grey ni.

Harga : RM13.88
Di mana? : Guardian


Revlon Super Lustrous Lipstick Shine 850 Plum Velour 

Semasa cuba di Guardian warna ni paling menarik berbanding yang lain.
Bila cuba, cantik sangat tapi masih tak berani nak pakai waktu siang.
Teksturnya ringan, bersinar dan moist.

Harga : RM22.90 - (Voucher RM5)
N/P : RM27.90
Di mana? : Guardian


Maybelline Color Tattoo 50 Edge Emerald 

Semua color tattoo yang ada di Malaysia dah berjaya dikumpul. Yay!
Warna Edge Emerald merupakan warna terakhir.
Tinggal dua lagi tapi tak tahu di mana nak cari. Huhu.

Harga : RM17.91
Di mana? : Guardian



Ok, ini saja untuk hari ni.


Terima kasih kerana sudi membaca ~~




^___^



Apa kata anda? KOMEN je ...