Tuesday, March 4, 2014

February Favorites 2014

Hello... bloggers!!!

> February Favorites 2014 <




Real Techniques Miracle Complexion Sponge by Samantha Chapman

My favorite sponge so far!
Dapat ni dah tak pandang Beauty Blender(BB) dah. Hikhik.
Saya suka sponge ni sebab idea bentuknya tu.
Sponge pun berkualiti dan lembut sama macam BB.


Real Techniques Powder Brush by Samantha Chapman

This is my favorite too. My 2nd favorite brushes from Real Techniques.
Berus ni sangat gebu, lembut dan besar!
Best tau pakai berus ni. Korg mesti cuba.



NYX Soft Matte Lip Cream (Antwerp)

Dapat ni sempena hadiah birthday dari Mr.F.
Happy sangat sebab lip cream ni antara fav saya.
Kalau boleh nak kumpul sebanyak boleh warna lip cream ni.
Warna Antwerp ni cantik. Pink - Coral undertone.


NYX Soft Matte Lip Cream (Stockholm)

Ini pun dapat sempena hadiah birthday dari Mr.F.
Warna Stockholm ni merupakan jenis warna natural.



L - R : Antwerp (SMLC05) | Stockholm (SMLC02)



Milani Baked Blush (Corallina)

I love this blusher!
Mau dapatkan blush ni dengan harga berpatutan amat la susah.
Bila dah dapat rasa happy sangat. Yippie!



Kualiti Milani Baked Blush memang tidak mengecewakan.
Warnanya sangat cantik dan pigmented.
Corallina ni jenis glitter. Super cantik! Bila pakai nampak glowing gitu.



Sleek MakeUp Blush (Sunrise)

Bila Luxola ada sale, tanpa fikir panjang saya add cart Sleek MakeUp Blush ni.
Pembelian yang sangat berbaloi-baloi.
Harga RM35.00.



Warna lebih kepada natural Bronze-Peachy-Gold.
Jenis shimmer dan warna sangat pigmented.
Nak kumpul Sleek MakeUp Blush tapi tunggu sale baru best! :D



L - R : Corallina | Sunrise



Thayers Lavender Witch Hazel with Aloe Vera Formula

Saya suka toner ni sebab Alcohol - Free.
Setakat ni pakai tiada kesan yang tidak ok.
itchy, redness dan irritation tu semua tiada dan juga tak memedihkan.



THE BODY SHOP Tea Tree Blemish Fade Night Lotion | RM55

So far pakai ni ok. Jerawat agak sukar nak tumbuh.
Produk ni saya beli semasa dapat 50% voucher sempena birthday.
Masa beli ni, sikap SA The Body Shop amat mengecewakan.
1st time kena SA sebegitu sebab sebelum ni hampir 20 tahun jadi pelanggan
tetap The Body Shop tak pernah dapat layanan buruk dari SA The Body Shop.
So yeah, pada birthday saya kena macam tu merupakan hari paling buruk!


Kepada SA di luar sana, kamu tu cuma pekerja a.k.a KULI.
Maka layan la pelanggan anda dengan sebaiknya.
Tak kira la pelanggan anda tu orang kaya atau tak.
Kadang-kadang orang yang kelihatan macam kaya tu belum tentu lagi 
nak membeli. Jangan menilai orang dari luaran saja.


Thanks for reading!

(^-^)"


Apa kata anda? KOMEN je ...

Thursday, February 27, 2014

Katy Perry Lashes OH, HONEY! , Rimmel London Apocalips & Rimmel London Lasting Finish by Kate Lipstick

Hello... bloggers!!!

Baru-baru shopping lagi tapi di ASOS.
1st time ni... tu pun sebab ada sale up to 70%.
Siapa yang tak nak lepaskan peluang kan?
Plus, ada wishlist saya dan sekaligus cari lipstick untuk majlis nanti.

Order 6 Feb dan sampai 20 Feb.
Paling best ianya free shipping. Yay!
Tapi yang tak best cara mereka pack barang tiada bubble wrap.
Kotak saya tu kemek seperti kena hempap batu. Huhu.
Nasib baik tak jadi order powder masa tu sebab instinct saya kata jangan.





Katy Perry Lashes OH, HONEY! | RM22.00

Masa nak beli ni saya agak keliru mana satu nak pilih.
Maklum la tak nak tersalah pilih. 
Pilihan saya antara OH, HONEY!, OH, MY! dan Cool Kitty.
Bila tengok review demi review, akhirnya saya pilih OH, HONEY!
So yeah, saya puas hati sangat sebab bila saya cuba pakai sebelah
terus dalam hati sebut WOW! Cantik dan berkualiti. :)



Packaging box pun cantik. Setiap jenis berlainan warna dan corak.
Rasa menyesal pula beli 1 jenis saja. :P



Rimmel London Lasting Finish by Kate Lipstick (Matte)
111 (KISS OF LIFE) | RM19.00 

Antara wishlist saya sebab Rimmel versi Kate ni cepat sold out di tempat saya.
Bila dah sold out, Watsons dah tak re-stock lagi. Then, discontinued.
Saya suka lipstick matte sebab tahan lama berbanding jenis lain.

ASOS tak jual banyak warna jenis matte ni.
Saya pilih warna merah sebab nak cari warna merah untuk majlis nanti.
Tengok review memang warna yang saya nak tapi bila saya pakai jadi lain.
Jadi warna merah gelap gitu. T-T



Product : Rimmel London Lasting Finish by Kate Lipstick
Code : 111 (KISS OF LIFE)
Type : Matte
Color : Red or Dark Red (For different people)
Scent : Yes. Floral scent 
Pigmented : 8.5/10
Texture : light, moist, long-lasting, slightly shine
Packaging : 9/10 (NO box)
Price : RM19.00 (Sale)
Where : ASOS



NO Camera 360 | NO Edit (Only crop) | Bare Face | Front Camera | Time : 4pm



Rimmel London Apocalips Lip Lacquer 501 Stellar | RM25

Antara wishlist saya juga sebab tertarik dengan kepekatan warnanya.
Agak keliru juga masa nak pilih warna.
Semua cantik!



Entah berapa kali saya google pasal Apocalips saja. Haha.
Akhirnya saya memilih warna Stellar.
Sebenarnya ada banyak pilihan hati tapi terpaksa pilih satu saja dulu.



Kalau nak beli, pastikan Apocalips anda tu ada sticker seal.
Itu menandakan ianya 'NEW'.



Pastikan juga sebelum menarik keluar, ianya 'clear' seperti dalam gambar.
So, Apocalips saya tu masih 'NEW' a.k.a belum kena guna. Yay!



Saya suka berus/applicator yang tajam dan tidak tebal.
Senang nak pakai ikut bentuk bibir.




Product : Rimmel London Apocalips
Code : 501 (Stellar)
Type : Lip Lacquer
Color : Vivid Coral, Pink undertone
Scent : Yes. Not overpowering 
Pigmented : 9.5/10
Texture : shine, non-sticky, light, moist, long-lasting
Packaging : 8/10 (NO box)
Price : RM25.00 (Sale)
Where : ASOS

**P/S : Don't apply too much. It will leave lipstick stains on your teeth. 



NO Camera 360 | NO Edit (Only crop) | Bare Face | Front Camera | Time : 5.30pm


**Pencahayaan masa ni agak suram sebab jam 5.30pm di sini mau gelap sudah.


**Saya tidak pakai lip balm masa ni tapi kedua-dua lipstick/lip lacquer ni 
tidak mengeringkan bibir. Tapi untuk hasil yang cantik, mesti scrub bibir
dulu dan jangan lupa pakai lip balm. ;)


Keseluruhan, saya sangat berpuashati dengan pilihan saya terutama
Rimmel London Apocalips Stellar sebab suka sekali dengan warnanya
dan Katy Perry Lashes Oh, Honey! sebab ini merupakan pertama
kali saya beli bulu mata palsu yang cantik! I love it!



>> Sekali lagi, terima kasih tidak terhingga kepada kawan saya,
Nabilah (blogger), sebab dia dah banyak tolong orderkan barang. Hehe.
Thank you very much, dear. Muahhh... (^-^)" <<


Thanks for reading!



Apa kata anda? KOMEN je ...

Tuesday, February 18, 2014

LUXOLA Haul!

Hello... bloggers!!!

Kalau Luxola buat sale mesti hati tak tenteram.
Ingat tak nak beli apa-apa sebab nak saving la konon. Hihi.
Terpaksa beli juga sebab ada 1 Birthday Wishlist 2014 saya tu sale.



Beli 2 je sebab nak cukupkan RM40 untuk FREE shipping. :P



The Konjac Sponge Co. French Green Clay (Normal to Oily Skin) | RM24.00

So, ini la wishlist saya tu.
Ini je la mampu beli. Nak beli Clarisonic tak mampu pula. Hehe.
Plus, saya langsung tak terfikir pun nak Clarisonic, macam tak berbaloi beli.

Ramai review kata produk ni bagus tu yang nak cuba.
Ternyata memang best sebab lembut sangat! 
Nanti nak try jenis Bamboo Charcoal pula. :)



Cara guna :

1. Basahkan sponge. 

2. Bila dah lembut, urut dengan cara teknik putaran.

3. Boleh letak cleanser di sponge. Tapi disarankan guna tanpa cleanser
untuk mengetahui hasilnya.

4. Cuci dengan bersih, perah dan keringkan dengan menggantungkannya
di tempat kering.

**Jangka hayat sehingga 3 bulan. Bergantung pada cara penjagaan.



Sleek MakeUp Blush (Sunrise) | RM35.00

I love love love blusher!
Tanpa berfikir panjang apa lagi terus klik add cart. Haha.
Lagi pun memang nak kumpul blush dari Sleek MakeUp.



Apa yang tak best ianya tanpa kotak.
Saya ada tengok blogger oversea review, ada kotak pun!
Hmmph... Takpe la asalkan tak rosak.
But, still I'm not happy!



Sunrise ni gold shimmer, golden bronze with mauve + red undertone
Memang cantik sangat!
Lebih-lebih lagi saya suka warna natural dan ada shimmer.
Kalau tak silap ianya DUPE MAC Ambering Rose. :)



Sleek MakeUp Eyeshadow Maximum Impact (966 Khaki) | FREE Gift

Pertama kali dapat FREE gift berupa makeup. Haha.
Sebelum ni ada juga dapat FREE gift tapi brushes.



So yeah! I'm happy with this FREE gift. Thanks Luxola.


Di mana? : LUXOLA 



Happy Shopping!

(^-^)"


Apa kata anda? KOMEN je ...