Saturday, February 15, 2014

iherb Haul! Real Techniques & Thayers!

Hello... bloggers!!!

Bulan lalu shopping lagi di iherb.
So, ini kali ke-2 shopping di sana.
Tujuan sebenar nak cuba produk Thayers.
Di Malaysia ada juga jual tapi harga sangat mahal la pula walaupun ada sale.
Saya ambil keputusan nak beli Thayers di iherb then sekaligus nak
tambahkan koleksi Real Techniques saya. Yay!




Thayers Lavender Witch Hazel with Aloe Vera Formula (Alcohol-Free Toner)
12 fl oz (355ml) | RM28.67

Saya pilih Lavender sebab Rose out-of-stock masa tu.
Toner ni best sebab alcohol-free. Memang tengah cari toner alcohol-free. 
Bau lavender yang tak over. So nice!
So far pakai Thayers ni best. Next, nak try jenis Rose pula.



Kalau rajin baca la.



Ada seal. Selamat sikit.



Bukan seal saja, protection seal pun ada!



L - R :

Real Techniques Silicone Liner Brush | RM20.00

Real Techniques Fine Liner Brush | RM19.97

Real Techniques Lash Groomer | RM20.00




Silicone Liner Brush dan Fine Liner Brush tu tiada beza cara penggunaan.
Cuma yang berbeza satu silicone dan satu tu taklon.
Silicone Liner Brush merupakan produk 'NEW' keluaran dari Real Techniques.
Lash Groomer pula saya tertarik untuk mencubanya selepas tengok tutorial Sam.



Real Techniques Powder Brush | RM33.31



Powder Brush ni serius best! 
Sangat lembut bila apply powder.
Besar dan GEBU pula tu! Aa... suka suka suka!!!


**Ranking Single Real Techniques brushes yang best bagi saya :

1. RT Expert Face Brush
2. RT Powder Brush
3. RT Blush Brush
4. RT Stippling Brush



Real Techniques Miracle Complexion Sponge | RM20.00

Hah! Sponge ni pun serius best!
Apa bestnya pasal sponge ni ianya 3-in-1.
Ada Flat edge, Sides dan Tip.
Korg kena tengok video tutorial dari Sam pasal sponge ni.

OK, mesti korg nak tahu kan perbezaan
Real Techniques Miracle Complexion Sponge
dengan Beauty Blender(BB) kan?
Mana satu lebih lembut.. mana satu lebih best..
Sejujurnya perbezaan tu tiada. Itu pendapat saya la.
Tak tahu la kalau orang lain.
Ada yang kata RT Sponge ni bila dicuci jadi besar la... tapi tak pun!

Dari segi bentuk, saya lebih suka Real Techniques Miracle Complexion Sponge
sebab idea 'Flat edge'' tu memang terbaik!
Nak bandingkan harga RT Sponge lagi murah dan berbaloi beli.
Harga BB tu boleh beli 2 biji RT Sponge walaupun ada sale. Haha.
Tak salah nak beli BB tapi better beli masa ada sale 30% atau 35%. Tu tips saya k..

Kalau nak beli Real Techniques murah, beli di iherb.
Berbaloi-baloi dengan setiap RM.
Kali ni saya guna DHL express. Shipping tu mengikut berat.
Kos shipping kali ni dalam RM30++ saja.
Sampai dalam masa 1 minggu.

Total barang + shipping = RM172.21

So, apa pendapat anda? Berbaloi atau tidak?



**Special thanks to my friend & blogger, Nabilah. :)


Thanks for reading!

(^-^)"


Apa kata anda? KOMEN je ...

My Birthday Haul!

Hello...bloggers!!!

Bulan Januari merupakan bulan kelahiran saya.
5 daripada 6 Birthday Wishlist 2014 saya tercapai juga, yippie!
Alhamdulillah...



Avene Thermal Spring Water 300ml | RM56 or RM59

Saya suka sangat dengan Avene Thermal Spring Water ni.
Selalu spray sebelum nak pakai makeup.


MooGoo Milk Wash 500ml | RM59

Saya selalu tukar sabun mandian tiap bulan.
MooGoo ni produk dari Australia.
So far, MooGoo ni so-so je bagi saya. 


Biore Pore Pack Sweet Floral | RM10.32

Setakat ni saya suka Biore Pore Pack jenis hitam ni.
Pilihan saya Sweet Floral.



essence all about CURL curl + volume Mascara | RM14.90

Teruja bila nampak ada essence!
Terus pilih-pilih mascara sebab essence popular kerana mascara.
Tapi.... all about CURL mascara ni tak kasi curl bulu mata i pon! T-T


essence Sharpener | RM4.90

Masa ambil ni cuma tinggal satu ni je.
Bila pergi minggu depannya lagi tetiba restock warna lain.
Ada biru, hitam dan ungu. Grrrr!


essence Blush Brush | RM14.90

Warna pink! Pergi minggu depannya ada pula warna ungu! Grrrr!


essence Gel Eyeliner Brush | RM7.90

essence popular bukan kerana mascara saja malah berusnya juga.
Ramai kata best tapi kata saya belum tahu lagi sebab belum try. Hakhak!


essence Eyeshadow Brush | RM6.90

Ini pun belum try. Hope ok la...



*Maybelline Dream MATTE mousse Natural Beige Medium 2.5 | RM33.21

Masa pergi KL awal bulan, mousse ni murah tak sampai pun RM30.
Menyesal juga la tak beli masa tu sehingga la nak hampir hujung bulan.
Sebenarnya nak hold dulu tak mau beli sebab Revlon Colorstay belum habis lagi.
Tapi bila mama nak belanja, ehem apa lagi? Rembat la!!!!!! Hihi.

MATTE mousse ni best! Shade sangat padan dengan tangan saya yang agak gelap
sikit akibat terdedah kepada cahaya matahari walaupun cuma sekejap.
Sekarang mousse ni dah luak ditengah-tengah. Hehe.
Saya suka apply mousse ni dengan sponge lembap.
Coverage jadi cantik dan flawless gitu!



*Milani Baked Blush (Corallina) | RM28

Dah lama nak blush ni sejak tahun lalu lagi.
Ini merupakan shade yang paling saya nak sangat!
Susah tau nak dapat dengan harga yang berpatutan.
Mostly, RM30 ke atas.
Akhirnya, tahun ni dapat juga harga bawah RM30. Yay!


*NYX Soft Matte Lip Cream (Antwerp & Stockholm) | RM21/each

Lip cream kegemaran saya! Hadiah dari Mr.F. :)
Lip cream ni Made in UK.
Lip cream dari Sephora Made in ?
Tekstur sama saja.
Paling penting pastikan bibir tak kering kalau nak pakai jenis matte ni.

Tips :
1. Jangan kurang minum air kosong.
2. Sentiasa pakai pelembap bibir (lip balm).
3. Scrub bibir 1-2 kali seminggu.


* = Antara 5 Birthday Wishlist 2014 yang tercapai. Entri akan diasingkan.
Teruskan membaca k...



Thanks for reading!

(^-^)"


Apa kata anda? KOMEN je ...

Sunday, February 2, 2014

January Favorites 2014

Hello... bloggers!!!


URBAN DECAY NAKED BASICS

I love Urban Decay Naked Basics so much! Memang tak menyesal beli ni.
Walaupun warnanya natural tapi cantik. Senang nak blend dan pigmented.
Korg mesti dapatkannya sebelum harganya naik lagi.


MAYBELLINE DREAM MATTE MOUSSE (Natural Beige) Medium 2.5

Dah lama nak cuba ni cuma asyik tangguh je. Hehe.
Dapat ni pun sebab mak sponsor sempena birthday. Thank you, Mama.
Nantikan entri Birthday Haul saya nanti k... ;)

Mousse ni sangat best sekali sebab teksturnya ringan. Ringan dari BB cream.
Kalau tak percaya, cuba sendiri. Medium coverage dan mungkin boleh
jadi full coverage? Maybe. I don't know sebab tak try lagi apply 2-3 layer. :P


NYX SOFT MATTE LIP CREAM (SAN PAULO)

Suka sangat lip cream ni! Warna cantik, tahan lama even makan dan minum.
Terasa ringan dibibir. Kalau boleh nak kumpul semua warna.
Oh ya, saya dapat hadiah NYX Soft Matte Lip Cream sempena birthday.
Nak tahu shade apa saya dapat? Stay tune...


REAL TECHNIQUES STARTER SET (BROW BRUSH)

Berus ni best! Lembut dan senang nak pakai. Sebelum ni guna yang
ada dawai tu. Tak tahu nak panggil apa. Haha. Tak best sebab tajam.


REAL TECHNIQUES EXPERT FACE BRUSH

Antara berus terbaik kalau nak apply foundation/bb cream.
Kalau nak bandingkan dengan Real Techniques Stippling Brush tu,
ini lagi best! Serius, tak rugi beli. Kalau nak Real Techniques murah boleh
beli di iherb. Tak sampai pun RM60. Hihi.


Thanks for reading! (^-^)"


What is your favorite January 2014?




Apa kata anda? KOMEN je ...