Showing posts with label Lash Groomer. Show all posts
Showing posts with label Lash Groomer. Show all posts

Saturday, February 15, 2014

iherb Haul! Real Techniques & Thayers!

Hello... bloggers!!!

Bulan lalu shopping lagi di iherb.
So, ini kali ke-2 shopping di sana.
Tujuan sebenar nak cuba produk Thayers.
Di Malaysia ada juga jual tapi harga sangat mahal la pula walaupun ada sale.
Saya ambil keputusan nak beli Thayers di iherb then sekaligus nak
tambahkan koleksi Real Techniques saya. Yay!




Thayers Lavender Witch Hazel with Aloe Vera Formula (Alcohol-Free Toner)
12 fl oz (355ml) | RM28.67

Saya pilih Lavender sebab Rose out-of-stock masa tu.
Toner ni best sebab alcohol-free. Memang tengah cari toner alcohol-free. 
Bau lavender yang tak over. So nice!
So far pakai Thayers ni best. Next, nak try jenis Rose pula.



Kalau rajin baca la.



Ada seal. Selamat sikit.



Bukan seal saja, protection seal pun ada!



L - R :

Real Techniques Silicone Liner Brush | RM20.00

Real Techniques Fine Liner Brush | RM19.97

Real Techniques Lash Groomer | RM20.00




Silicone Liner Brush dan Fine Liner Brush tu tiada beza cara penggunaan.
Cuma yang berbeza satu silicone dan satu tu taklon.
Silicone Liner Brush merupakan produk 'NEW' keluaran dari Real Techniques.
Lash Groomer pula saya tertarik untuk mencubanya selepas tengok tutorial Sam.



Real Techniques Powder Brush | RM33.31



Powder Brush ni serius best! 
Sangat lembut bila apply powder.
Besar dan GEBU pula tu! Aa... suka suka suka!!!


**Ranking Single Real Techniques brushes yang best bagi saya :

1. RT Expert Face Brush
2. RT Powder Brush
3. RT Blush Brush
4. RT Stippling Brush



Real Techniques Miracle Complexion Sponge | RM20.00

Hah! Sponge ni pun serius best!
Apa bestnya pasal sponge ni ianya 3-in-1.
Ada Flat edge, Sides dan Tip.
Korg kena tengok video tutorial dari Sam pasal sponge ni.

OK, mesti korg nak tahu kan perbezaan
Real Techniques Miracle Complexion Sponge
dengan Beauty Blender(BB) kan?
Mana satu lebih lembut.. mana satu lebih best..
Sejujurnya perbezaan tu tiada. Itu pendapat saya la.
Tak tahu la kalau orang lain.
Ada yang kata RT Sponge ni bila dicuci jadi besar la... tapi tak pun!

Dari segi bentuk, saya lebih suka Real Techniques Miracle Complexion Sponge
sebab idea 'Flat edge'' tu memang terbaik!
Nak bandingkan harga RT Sponge lagi murah dan berbaloi beli.
Harga BB tu boleh beli 2 biji RT Sponge walaupun ada sale. Haha.
Tak salah nak beli BB tapi better beli masa ada sale 30% atau 35%. Tu tips saya k..

Kalau nak beli Real Techniques murah, beli di iherb.
Berbaloi-baloi dengan setiap RM.
Kali ni saya guna DHL express. Shipping tu mengikut berat.
Kos shipping kali ni dalam RM30++ saja.
Sampai dalam masa 1 minggu.

Total barang + shipping = RM172.21

So, apa pendapat anda? Berbaloi atau tidak?



**Special thanks to my friend & blogger, Nabilah. :)


Thanks for reading!

(^-^)"


Apa kata anda? KOMEN je ...