Showing posts with label Bioderma Lipbalm. Show all posts
Showing posts with label Bioderma Lipbalm. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

July Favorites 2013

Hello... bloggers!!!

pejam celik tinggal beberapa hari
saja lagi Ramadhan nak meninggalkan kita
sedihnya...

ok, hari ni saya nak kongsi produk yang
saya suka sepanjang bulan Julai

Check it out!


1. Simple Gentle Care Conditioner 200ml

selalu orang akan suka shampoo berbanding conditioner
tapi saya pula suka conditioner dari Simple ni.
terus terang cakap saya tak suka conditioner sebab
melekit dan ambil masa nak bersihkan. tapi tidak pada Simple.
senang je nak bersihkan dan paling best ianya tak melekit.
kalau pakai rasa seperti pakai minyak rambut. serius.
rambut saya jadi lembut beralun selepas pakai Simple conditioner.
baunya sedap bau natural. cuba la!


2. Simple Gentle Care Shampoo 200ml

Simple shampoo ni pun best. segala minyak dan
kekotoran melekat pada rambut dibersihkan.
boleh terasa kulit kepala dan rambut bersih dan ringan.


3. Simple Exfoliating Body Wash 250ml

Simple body wash ni memang kegemaran saya.
dalam gambar tu botol kedua saya dan sekarang dah habis.
apa yang bestnya body wash ni ianya menghalang jerawat
belakang badan tumbuh, memudarkan parut jerawat dan
mencerahkan tona warna kulit. 


4. Bath & Body Works Frosted Snowberry 88ml

sebenarnya saya tak berapa suka body mist
yang terlalu sweet baunya. kalau sweet tapi campur
floral atau musk ok la. hehe. saya suka Frosted Snowberry
ni sebab gabungan bau sweet dan musky sikit. I love it!


5. MUA Makeup Academy Professional
Mosaic Bronzer (Natural Glow)

Mosaic Bronzer ni best. kalau pakai nampak natural je.
maksud saya ia konturkan wajah anda seperti 
tak pakai bronzer. faham tak?
pertama kali pakai bronzer ni orang puji saya cantik. bluerk.
serius tak tipu. maknanya Mosaic Bronzer yang buatkan saya
cantik la kan. wakaka..


6. Milani Baked Blush (Bellissimo Bronze)

blush dari Milani ni best. warna sangat menyerlah. 
sekali sekala cuba la blush warna lain. pasti cantik.
takkan la pink je kan. ekekeke..
oh ya, blush ni boleh juga guna sebagai bronzer.
saya nak kumpul Milani Baked Blush lagi.
ada 2-3 warna saya nak cuba. teehee.


7. Bioderma Lipbalm

saya suka lipbalm ni bukan sebab Wiida bagi semata saja tau
tapi sebab ianya menyelamatkan bibirku dari menggelupas.
kurang minum air la katakan. hewhew.
lipbalm dari Bioderma ni best sangat sebab tekstur seperti air
bila sapu pada bibir. best woo! 


8. Nivea Fruity Shine (Cherry)

saya ada dua Nivea Fruity Shine ni. Pink Guava
dan Cherry. saya lebih suka Cherry sebab saya
kan peminat Cherry. haha. warnanya merah cherry
dan ada shimmer sikit. cantik. baunya seperti bau cherry la kan.
takkan bau lain. kahkahkah..



What is your July Favorites?


do share with me & leave your link below, ok!
  

^___^



Apa kata anda? KOMEN je ...

Saturday, July 27, 2013

Surprise from Blogger (Wiida)

Hello... bloggers!!!

semalam saya dapat parcel dari Wiida
yay!
hari tu Wiida ada tweet tanya alamat
katanya ada surprise
saya blur sekejap. hehe
dia nak bagi ole-ole sebenarnya
saya apa lagi dengan senang hati menerimanya
dah la lewat balas tweet. tak malu. kihkih

saya nak story sikit semasa nak ambil parcel semalam
kebetulan saya memang nak ambil barang di pos
lama betul posmen tu tengok parcel saya
orang nak cepat, lambat-lambat lagi.
sengaja la tu! lepas tu senyum. ceh

dapat saja terus saya pulang tanpa tengok lagi dari siapa
dalam fikiran mesti hadiah saya
(kan ada 2 hadiah saya belum kena pos)

sampai rumah
saya tengok rupanya dari Wiida. hehe
happy sangat-sangat tau!

lepas tu, cuba tengok apa Wiida tulis


patut la posmen tu lama sangat tengok. rupanya ini yang dibacanya
hahaha

aaaaaaaaaaaa.....


nak tahu apa ole-ole dari Wiida?


tadaaaa.....




Eternity Calvin Klein

romantic.
timeless. luxurious.
an endless bouquet 
of white flowers

saya dapat perfume(vial)
wangi. bau floral
bertambah koleksi vial saya. wuhoo


Bioderma Lipbalm

Moisturising stick
Damaged and dehydrated lips
Soothes and repairs

dapat juga merasa produk Bioderma. hihi
teringin nak cuba produk Bioderma. ala.. yang famous tu
tapi pricey la pula. huhu
pertama kali cuba lipbalm ni.. wow!
bibir saya kering dan merekah jadi lembap hanya
lebih kurang dalam 1 minit je. serius.
macam tak percaya pula
bila pakai terasa seperti basahkan bibir dengan air
baunya sedap! bau gula-gula Kiss Me Blackcurrant 

I love it!


Note Cardcaptor Sakura

dapat surat 'cinta' dari Wiida. korg ada? hahaha
bila tengok kertas tu ada kartun Cardcaptor Sakura dan Kero
teringat terus pada kartun tu
antara kartun kegemaran saya tu tau! jangan main-main


Krim?

hah! satu tu saya tak tahu apa
sebab tak ada nama.

pssst.. Wiida, apa satu tu?


happy dapat surprise dari blogger Wiida.
dalam happy tu saya sedih sebab lipbalm Bioderma tu
cair semasa saya buka

mungkin sebab lama dalam proses penghantaran
bayangkan 22 Julai sampai. sekali ambil 26 Julai
pos daftar di sini tak kena inform bila ada sampai
poslaju je dorg sms suruh ambil. ciss

nasib baik ada barang nak ambil dapat juga
terus tanya parcel pos daftar
kalau tidak tentu dah tak ada rupa dah lipbalm tu. huhu

syukur sempat saya selamatkan daripada
menjadi cair dengan teruk
saya simpan dalam freezer sekejap. best sejuk-sejuk

dah la susah-susah Wiida bawa dari France.
kalau cair teruk terpaksa la suruh Wiida pergi France semula
beli yang baru. HAHAHAHAHA



Dear Sweeties Wiida,

Thank you so much for the souvenir you give it to me
I'm appreciate it.
Of course, I'm surprise when you ask my address. 
and for sure I love it very much!
Muchas Gracias.
Muah.
mau speaking France tidak pandai. hentam bahasa Latin je la. 
hehe



sampai lagi souvenir Wiida daripada 2 hadiah saya yang
saya menangi tu. berbulan-bulan lamanya saya tunggu.
langsung tiada khabar berita. huhuhu


ok, bye!


^___^


Apa kata anda? KOMEN je ...