Hello... bloggers!!!
pejam celik tinggal beberapa hari
saja lagi Ramadhan nak meninggalkan kita
sedihnya...
ok, hari ni saya nak kongsi produk yang
saya suka sepanjang bulan Julai
Check it out!
pejam celik tinggal beberapa hari
saja lagi Ramadhan nak meninggalkan kita
sedihnya...
ok, hari ni saya nak kongsi produk yang
saya suka sepanjang bulan Julai
Check it out!
1. Simple Gentle Care Conditioner 200ml
selalu orang akan suka shampoo berbanding conditioner
tapi saya pula suka conditioner dari Simple ni.
terus terang cakap saya tak suka conditioner sebab
melekit dan ambil masa nak bersihkan. tapi tidak pada Simple.
senang je nak bersihkan dan paling best ianya tak melekit.
kalau pakai rasa seperti pakai minyak rambut. serius.
rambut saya jadi lembut beralun selepas pakai Simple conditioner.
baunya sedap bau natural. cuba la!
2. Simple Gentle Care Shampoo 200ml
Simple shampoo ni pun best. segala minyak dan
kekotoran melekat pada rambut dibersihkan.
boleh terasa kulit kepala dan rambut bersih dan ringan.
3. Simple Exfoliating Body Wash 250ml
Simple body wash ni memang kegemaran saya.
dalam gambar tu botol kedua saya dan sekarang dah habis.
apa yang bestnya body wash ni ianya menghalang jerawat
belakang badan tumbuh, memudarkan parut jerawat dan
mencerahkan tona warna kulit.
4. Bath & Body Works Frosted Snowberry 88ml
sebenarnya saya tak berapa suka body mist
yang terlalu sweet baunya. kalau sweet tapi campur
floral atau musk ok la. hehe. saya suka Frosted Snowberry
ni sebab gabungan bau sweet dan musky sikit. I love it!
5. MUA Makeup Academy Professional
Mosaic Bronzer (Natural Glow)
Mosaic Bronzer ni best. kalau pakai nampak natural je.
maksud saya ia konturkan wajah anda seperti
tak pakai bronzer. faham tak?
pertama kali pakai bronzer ni orang puji saya cantik. bluerk.
serius tak tipu. maknanya Mosaic Bronzer yang buatkan saya
cantik la kan. wakaka..
6. Milani Baked Blush (Bellissimo Bronze)
blush dari Milani ni best. warna sangat menyerlah.
sekali sekala cuba la blush warna lain. pasti cantik.
takkan la pink je kan. ekekeke..
oh ya, blush ni boleh juga guna sebagai bronzer.
saya nak kumpul Milani Baked Blush lagi.
ada 2-3 warna saya nak cuba. teehee.
7. Bioderma Lipbalm
saya suka lipbalm ni bukan sebab Wiida bagi semata saja tau
tapi sebab ianya menyelamatkan bibirku dari menggelupas.
kurang minum air la katakan. hewhew.
lipbalm dari Bioderma ni best sangat sebab tekstur seperti air
bila sapu pada bibir. best woo!
8. Nivea Fruity Shine (Cherry)
saya ada dua Nivea Fruity Shine ni. Pink Guava
dan Cherry. saya lebih suka Cherry sebab saya
kan peminat Cherry. haha. warnanya merah cherry
dan ada shimmer sikit. cantik. baunya seperti bau cherry la kan.
takkan bau lain. kahkahkah..
What is your July Favorites?
do share with me & leave your link below, ok!
^___^











