Showing posts with label Simple. Show all posts
Showing posts with label Simple. Show all posts

Sunday, June 23, 2013

Haul : Simple, De-Clog Pores Montagne Jeunesse & Biore Pore Pack Aroma Collection (Limited Edition)

Hello... bloggers!!!

sejak charger laptop meletup
nak online guna laptop pun tak dapat
huhu
macam tak best rasanya online tanpa laptop
apa pun tak boleh buat
ok abaikan


kelmarin saya shopping tak banyak sangat
cuma 3 benda saja
seperti biasa masuk Watson otak jadi blur
sebelum masuk banyak benda nak beli
sampai benda yang saya nak sangat beli pun boleh lupa
terpaksa beli ke tempat satu lagi tu, Guardian



ini la yang saya nak sangat beli sampai terlupa
di Watson harga macam murah sikit la rasanya
Simple ni saya sudah lama tahu
kakak saya dah guna berpuluh tahun dahulu
semasa dia berusia 20an lagi
sekarang kakak saya dah 40an




dalam trial kit tu ada disertakan sekali senarai produk Simple
senang sikit nak kaji awal-awal
masuk kedai terus ambil tak payah lagi nak ambil masa berjam
nak tengok satu persatu

Simple ni produk paling lama yang masih bertahan
sebab ianya sudah terbukti bagus untuk kulit
saya sudah mencubanya sendiri

masih ingat haul Simple Exfoliating Body Wash dulu?
itu la body wash yang terbaik yang pernah saya cuba
kulit saya jenis sensitive
dari wajah sampai ke satu badan
tak boleh guna sabun mandian sembarangan
silap pakai maka timbul la jerawat dan ruam segala

sebelum ni saya guna St.Ives Apricot Exfoliating
berkesan juga tapi masih tak mencapai tahap puas hati
sehingga la mencuba sendiri dari produk Simple
bekas jerawat jadi sembuh dan parut hitam jadi pudar tau!
siapa yang ada masalah jerawat badan dan kulit sensitive tu
disarankan cuba la produk Simple

tapi kali ni saya nak cuba rangkaian untuk wajah pula
sebab wajah saya sekarang berjerawat dengan teruk
tak pernah-pernah kena macam sekarang ni.. hmpphh
ini la gara-gara mencuba produk *********  
teeeeetttt
----censored----

produk tu saya tahu melalui seorang blogger
tengok testimoni orang ramai macam best
sekali cuba sendiri
Ya Allah!
sudah la nak ambil produk tu menyusahkan betul!
(biasa la courier terbaik la katakan)
rupanya Allah dah bagi petunjuk yang produk tu tak sesuai untuk saya
sob sob sob
mudah-mudahan la Simple ni sesuai untuk kulit wajah saya, Amin

sekarang Watson ada promosi produk Simple
Simple wipes RM17.00++ dan 50% Sale pada pembelian kedua
menyesal tak beli.. huhu
Simple  ada 3 jenis pilihan sudah sekarang
Normal, Oil Balancing & Age Resisting

Guardian ada promosi Simple Soothing Toner (200ml)
kalau tak silap 2 botol pada satu harga
tapi tak ingat pula berapa harganya
haha


Harga : RM19.88
Di mana? : Guardian




De-Clog Pores dari Montagne Jeunesse (MJ)
ok, MJ pun saya dah lama tahu juga
ada la dalam beberapa tahun
cuma saya tak pernah mencubanya

sejak kebelakangan ni saja  baru mula mendapat perhatian
terutama dari kalangan bloggers 
dan saya pun harus mencubanya juga
semasa nak beli saya nak rembat mask tapi satu pun tiada
cuma De-Clog Pores saja yang ada


Harga : RM9.00++ / 3 Strips

Di mana? : Watson




Biore Pore Pack

Arabian Jasmine Fragrance

saya memang nak sangat cuba nose pore strips berwarna hitam
selalu guna yang putih
masa nak cari ternampak jenis baru yang ada pewangi
ada dua jenis satu yang hitam bau Arabian Jasmine
manakala putih bau Peach kalau tak silap la
saya suka bau Jasmine
(Lotion Mustajab yang saya guna jenis Jasmine tau, wangi!)

pertama kali cuba tadi
saya tak bersin sebab ada aroma Arabian Jasmine
bila pakai terhidu bau lemon+teh pun ada
lepas tu tak mengeringkan kulit sekeliling hidung
lembut dan terasa pori-pori tu ketat
wow kan?

korg cuba tau.. best!
apa saya suka lagi nose pore strips hitam ni
kita boleh nampak kotoran pori-pori tersumbat tu dengan jelas

oh ya!
ianya Limited Edition
lepas ni nak cuba jenis Peach pula
hehe...


Harga : RM10.00++ / 10 Strips

Di mana? : Watson


^___^







Apa kata anda? KOMEN je ...

Tuesday, May 28, 2013

Guardian Sale : Simple, Maybelline Falsies Mascara, Maybelline Baby Lips Mango Pie, Silkygirl Drink Up! & Veet

Hello... bloggers!!!

sekarang Guardian ada buat sale
dengan setiap pembelian RM50.00 ke atas akan
mendapat voucher RM5.00
voucher tu sah sehingga 7 hari 
tapi untuk pembelian RM10.00 ke atas
oh ya, voucher tu tertakluk kepada terma & syarat

saya cuma pergi ke Guardian yang berdekatan
tapi di sana tiada kaunter Revlon
huhu..


waktu sale la kita boleh beli dengan banyak
kalau tidak belum tentu dapat 5 benda ni
di bawah harga RM70.00



Simple

Kind To Skin

Exfoliating
Body Wash

Loofah goodness
for naturally healthy skin

From The Expert in Sensitive Skin

Price : RM16.91



Smile, it's simple is our Exfoliating Body Wash
is a perfect blend of active ingredients and loofah goodness
to renew and rejuvenate your skin. Perfect for even sensitive skin

simple goodness

1 - Vital Vitamin :
Pro-Vitamin B5 actively restores, softens and smoothes

1 - Skin Loving Exfoliator :
Natural Loofah purifies and improves skin tone

0 - No Perfume, No Colour :
No Unnecessary or Harsh Chemicals so it won't upset your skin


tiada bau tapi pada saya baunya
dah sedia fresh dan clean gitu
saya suka!

setakat ni saya suka dan akan menjadi kegemaran saya(mungkin)
apa yang saya harapkan mandian simple ni dapat selesaikan
masalah jerawat belakang badan



Veet 
New Formula!

Sensitive Skin

Hair Removal Cream

Aloe Vera & Vitamin E

Price : RM5.90 (25gms)



dah lama saya tak guna Veet
kalau beli pun jarang guna
lepas tu expired dan membazir huh!



sekarang ni teringin nak guna semula
itu pun sebab dah boleh guna untuk ketiak
teringat waktu dulu-dulu
saya cuba sapu di kawasan ketiak
ye la dulu takut nak guna pencukur
kahkah
bila nak cuci, luka pula.. pedih lagi tu sob sob
Veet dulu tidak dirumus untuk ketiak
saya je pandai-pandai dan padan muka sendiri kesakitan
haha..



Silkygirl 

Drink Up!

Lip Balm

Price : RM6.48



Green Tea
Flavor



saya pilih Green Tea sebab nak cuba
perisa baru dan lain dari yang lain
selain Green Tea, ada satu lagi iaitu Coffee
saya dah ada perisa Coffee tapi produk jenama lain la



saya suka lip balm terbaru dari Silkygirl ni
lip balm mereka tak pernah mengecewakan saya
rasa dan bau Green Tea tu secukup rasa tak kuat sangat
teksturnya licin dan paling saya suka
tiada 'rasa' fragrance



Maybelline
Baby Lips

SPF20 Lip Balm

Mango Pie

Price : RM9.81



saya pilih Mango Pie sebab belum ada lagi
lip balm perisa Mango
baunya sedap dan melembutkan bibir saya



apa yang tak best cuma ada 'rasa' fragrance
kira nak beli Baby Lips Pink Glow Baby Pink
tapi tiada pula



Maybelline

the Falsies

Volum' 
Express
Waterproof


Price : RM29.88



ini merupakan salah satu mascara dalam wishlist saya
akhirnya tercapai juga
I love it!
tak sabar nak cuba
yeay!


That's all..


^___^


Apa kata anda? KOMEN je ...