Showing posts with label Rock Princess. Show all posts
Showing posts with label Rock Princess. Show all posts

Tuesday, May 14, 2013

Vera Wang Rock Princess

Hello... bloggers!!!

akhirnya terubat juga hati yang sedih
bila perfume impian telah selamat sampai
yippie..!!!
tercapai juga ingin memiliki perfume cantik ni
cantik sangat botolnya
berbaloi beli


Vera Wang
Rock Princess



Sweet, Musky, Woody, Fruity, Coconut, Powdery - Fragrantica

My Verdict : 1st saya spray, saya gosok(memang kebiasaan orang buat begini).
sebenarnya ianya akan merosakkan bau perfume tu. ya, memang benar.
saya tak dapat bau sweet tersebut. agak pening sikit.
setelah beberapa jam, saya spray lagi dan biarkan(tanpa gosok).
baunya sangat sedap! 
deskripsi oleh fragrantica semua ada dan paling best saya tak pening. 
Rock Princess ni lebih kepada bau musky, powdery dan fresh.





dekat crown tu boleh pakai sebagai cincin
cantik tau!


sebenarnya dah lama saya nak beli
vera wang perfume
tapi yang jual di kedai harga mahal sangat
dalam RM300++

bila nampak seller jual dengan harga murah
separuh dari harga kaunter
terus mesej seller tersebut
mulanya takut juga tak original

saya minta la pendapat dari seller lain yang dipercayai
katanya perfume murah ni maybe mereka beli semasa sale
di USA kadang-kadang sale sampai 70%-90%
tapi kena berhati-hati juga la katanya

wow! sampai macam tu sekali?
saya rasa ya sebab saya selalu tengok youtube pasal 'haul'
mereka lebih suka beli kalau barang mereka 
beli tu murah dan mereka akan sebut harga dan sale sekali

perfume yang saya dapat memang original
ramai testimoni orang yang pernah beli perfume
dengan seller tersebut ramai kata perfumenya original

paling best saya dah tahu macamna nak pastikan
perfume vera wang tu original atau fake
woohooo...



^___^


Apa kata anda? KOMEN je ...