Showing posts with label Maybelline MasterBrow Brown. Show all posts
Showing posts with label Maybelline MasterBrow Brown. Show all posts

Monday, September 2, 2013

August Favorites 2013

Hello... bloggers!!!

Apa khabar? Sihat ke?
Sekarang dah masuk bulan September.
Cepat betul masa berlalu.

Nak tahu produk apa yang saya suka sepanjang bulan Ogos?

Taddaaaaaaa...


1. Victoria's Secret Mango Temptation Refreshing Body Mist 250ml

Salah satu body mist dari VS kegemaran saya. Baunya sungguh sedap!
Bau fruity floral. Saya ni kurang suka bau yang sweet sangat. Tapi
yang ini bau sweet fruity floral fresh.

Body mist yang saya punya tu jenis Secret Garden (botol bulat).
Senang cerita, botol lama la. Original tau! Jangan silap ok!
Saya beli pada awal tahun lalu kot. Tak ingat la pula. Huhu.


Mango Nectar, Hibiscus and Pink Watermelon


Mix dengan bahan di atas. Boleh bayangkan tak?
Saya syorkan anda untuk mencubanya.

Harga : RM57.00


2. Real Techniques Stippling Brush by Samantha Chapman

Stippling brush paling best yang pernah saya cuba setakat ni.
Sangat lembut wa cakap sama lu... Tak rugi beli. Lepas ni nak
kumpul duit beli jenis lain pula.  

Harga : RM50.00


3. Lotion Mustajab Jasmine Scent

Best tau losyen ni. Pati halia dengan jasmin. Rasa nyaman bila sapu
di tempat yang lenguh-lenguh, cramp atau masa nak tidur.
Tidur pun jadi nyenyak. Zzzz...

Losyen mustajab ni ada banyak jenis. Kalau korg tak suka bau minyak angin
yang kuat, boleh cuba jenis jasmin. Selain itu, ada ros dan delima.

Harga : RM20.00

(Tapi saya tawar-menawar, dapat RM12.00)


4. e.l.f Eyebrow Stencil Kit

FYI, saya tak pandai lukis kening dengan baik. Hewhew.
Nak guna senang je pun. Ada contoh cara guna dibelakang kit tu.

Harga : RM13.00


5. Crabtree & Evelyn Lavender ultra-moisturising Hand Therapy

Krim tangan paling best. Dah la cepat meresap, wangi lagi! 


Harga : RM30.00

(Saya dapat semasa subscribe Modbox. Thanks, Modbox)


6. Maybelline MasterBrow (Brown)

Percaya atau tidak kalau saya katakan ini merupakan brow liner paling
best yang pernah saya cuba? Kenapa? Sebab warna coklatnya tidak
seperti warna coklat yang biasa ada dijual tu. Warna coklat dari MasterBrow ni
lebih sepadan dengan warna bulu kening saya. Bila saya pakai warna hitam dan 
coklat mesti tak sesuai. Nampak pelik. Tapi bila warna coklat dari MasterBrow ni
sesuai pula. Sebenarnya saya keliru nak pilih antara Brown atau Grey. 


Saya lukis banyak lapisan (lebih 5 kali), warnanya tetap begitu. 
Lagi best ianya jenis bujur. Senang nak lukis. Tak perlu guna sharpener.
Cuma putar sahaja. Lepas ni saya nak cuba warna Grey pula.

Harga : RM14.31 (Watsons)


7. Maybelline Color Tattoo Tenacious Teal

Oh my! Saya sangat suka Maybelline Color Tattoo. Sangat suka
akan warna dan packagingnya. Sejak ada Sale ni, apa lagi
aktiviti mengumpul la jawabnya. Hee. Saya lebih suka pakai Color Tattoo
menggunakan jari berbanding berus. Bagi saya guna jari lagi cantik. 


Bulan Ogos lalu pakai warna Tenacious Teal sebab nak suai padan
dengan baju raya. :p

Saya berharap sangat yang Maybelline Malaysia dapat bawa masuk warna
Pomagranate Punk dan Too Cool dan bawa sekali
edisi Maybelline Color Tattoo Metal.

Harga : RM17.91 (Guardian)


Maybelline Color Tattoo 24hr

Bad to the Bronze [Owned]

Bold Gold [Owned]

Fierce & Tangy [Owned]

Tenacious Teal [Owned]

Painted Purple[Owned]

Tough as Taupe [Owned]

Audacious Asphalt [Not Yet]

Edge Emerald [Not Yet]

Pomagranate Punk [Not Available in Malaysia]

Too Cool [Not Available in Malaysia]


What is your August Favorites?


Do share with me & leave your link below. Don't be shy!


^___^



Apa kata anda? KOMEN je ...