Showing posts with label GDex. Show all posts
Showing posts with label GDex. Show all posts

Monday, August 19, 2013

Boooo... You're The Worst!

Hello... bloggers!!!

Images taken from Google

Arghh!!! Geramnya!!!!!!!!!!

Sakit hati sangat! Benci sangat!
Saya sangat-sangat bengang dengan GDex!
Saya rasa allergic bila tengok mana-mana online shop
guna khidmat courier GDex dan sewaktu dengannya.
Secara automatik saya akan reject dan cancel terus website tu.

Minggu lalu saya ada order barang dari Zalora.
Sebelum ni dah pernah order dari Zalora tapi penghantaran ok pula.
2 hari dah sampai. OK, I'm impressed!
Entah kenapa kali ni tidak. Period ke apa. Huh.
Order pada 14 Ogos 2013. Saya pun tunggu la sebab kalau
kawasan saya ambil masa 2 - 3 hari macam tu la.
So, saya expect hari ni sampai. Tunggu sampai jam 2 petang tapi tiada.

Saya pun track la no.order saya tu. Teka bila sampai?
15 Ogos 2013 jam 10 malam dah sampai.
Kalau macam tu, 16 Ogos 2013 dah boleh hantar sepatutnya.
Saya pun mula la telefon GDex tempat saya.
4 nombor(Office) dah saya cuba tapi tiada satu pun yang jawab.
Saya cuba lagi telefon guna no.handphone. Ada.

Saya pun tanyakan order saya. Orang tu pula suruh call office.
Dah banyak kali call tapi satu pun tak kena jawab cik kak oi.
Lepas tu, dia tolong check. Dia kata order saya tu tak kena tulis 
nombor telefon saya, tu sebab tak kena hantar. Biar betul?
Nampak tak mereka nak salahkan pihak Zalora? Entah la.

Saya guna alamat kawan saya(kawasan bandar) sebab
pihak GDex tak hantar ke alamat saya dengan alasan
tak banyak barang hantar di kawasan saya.
Tapi bila guna alamat di bandar, hasilnya sama saja! Shit.

Gara-gara GDex, kawan saya terpaksa tunggu selepas waktu bekerja.
Jam 5.30pm, itu pun bukan di alamat yang sepatutnya tapi tempat lain.
Orang bekerja nak balik cepat. Nak berehat. Rumahnya bukan dekat
yang GDex suruh tunggu lama-lama. Melampau betul la GDex ni!

Satu lagi, order saya tu bukannya berharga RM10.
Tapi berharga RM232. Sekali lagi saya ulang, RM232.
Bukannya benda murah yang GDex nak lambat-lambatkan.
Delivery Service YOU TRUST konon. Ceh! (Muntah hijau aku)

Pihak Zalora sepatutnya kena ambil perhatian dalam soal ni.
Jaga la hati customer anda ni. Saya yakin ramai yang
di luar sana mengalami masalah yang sama seperti saya cuma
mereka tak nak tampil untuk memberikan komen.

Saya tertanya-tanya kenapa mereka tak menggunakan khidmat Poslaju?
Khidmat servis Poslaju SEJUTA kali lebih baik dari courier 
makan gaji buta tu! 
Kalau la ada anugerah untuk khidmat penghantaran ianya
layak diberikan kepada POSLAJU saja!
Sebab Poslaju ada di mana-mana dan tak menyusahan orang.

Kenapa la nama saya saja banyak kali tertera dalam memberikan komen.
Saya peduli apa? Ada aku kisah?
Yang penting biar mereka tahu macamana cara
dan servis mereka tu.


VERY BAD SERVICE !!!



Sekian






Apa kata anda? KOMEN je ...