Showing posts with label BBW. Show all posts
Showing posts with label BBW. Show all posts

Friday, August 15, 2014

Haul : M.A.C, Too Faced, Coach, Bath & Body Works, Beauty Blender, Mario Badescu & Maybelline

Hello... bloggers!!!

Kali terakhir buat entri haul pada bulan Mac.
Dah lama pula. Hahaha.

Ok, memandangkan hari ni ada masa terluang.
Saya nak buat entri haul untuk tatapan korg.



Masa beli ni ada kisah disebaliknya.
Sebenarnya saya pergi M.A.C kaunter sebab nak beli
M.A.C Alluring Aquatic Collection.
Apa yang saya nak tu dah sold out!
Dalam awal bulan 6 kot. Sedih betul.
Kebetulan saya memang tengah mencari cleanser yang sesuai.
(Dalam list nak cuba Clinique/Mario Badescu/Shaklee)
Tapi ter-beli la pula M.A.C Lightful Marine-Bright Formula ni. Zzz..

Next, M.A.C Prep + Prime Skin Base Visage ni memang dalam wishlist saya.
1st time cuba masa nak beli M.A.C untuk hantaran.
Saya tergoda dengan ke-shimmer-an yang ada padanya. Bwahaha.
SA M.A.C kata, primer tu sesuai untuk oily skin (ok, tergoda lagi).
Untuk mengubati kekecewaan sebab Alluring Aquatic Collection tiada,
maka ter-beli la 2 benda ni. Terbang $$$ ...



Bulan 7 lalu, Luxola ada sale 37%.
Bermula la episod $$$ terbang lagi...
Nak beli cleanser Mario Badescu tapi semua sold out.
So, saya beli Mario Badescu Buffering Lotion sebagai percubaan.

Fikir punya fikir dan 'terhasut' oleh kawan saya, blogger Nabilah.
Ter-beli la pula the Original Beauty Blender Pro Double ni.
Lagi pun memang dari dulu lagi wishlist saya 'telur hitam ni'.
Bila fikir masak-masak, bagus beli sponge ni sebab ada sale 37%.


Sweet Pea, Coconut Lime Verbena, Eucalyptus Mint, Moonlight Path & Aloha Orchid

Dulu, saya obses dengan perfume (sekarang masih lagi tapi kurang dah).
Now, obses dengan sabun. Pelik kan?
Sabun piring tu saya boleh habiskan tak sampai 1 minggu yang botol besar.
Sebab saya suka cuci piring dengan sabun yang banyak! Haha.
Lepas tu, sikit-sikit nak cuci tangan dengan sabun tangan.
Daripada buang duit pada perfume, bagus beli sabun tangan
sebab ianya keperluan harian.

Bath & Body Works Gentle Foaming Hand Soap ni saya order dah lama.
Ambil masa 3 bulan kot baru sampai.
Nasib la tak urgent nak guna.
BBW ni Buy 3 Free 2.
Harga sangat berbaloi-baloi dan wangiiii!!!



Dua benda ni dah lama nak.
Saya minta tolong kawan saya Nabilah yang belikan (Thanks dear!).
Tapi asyik sold out je Too Faced Chocolate Bar tu.
Tiap kali ke Sephora, tiap kali tu la sold out.
Sampai saya macam nak give up!

Entah kenapa masa Nabilah pergi Sephora (bulan puasa kalau tak silap),
Too Faced Chocolate Bar tu banyak stok dan yang paling best
ada sekali Sweethearts Perfect Flush Blush (Candy Glow).
Saya memang menanti-nantikan shade Candy Glow masuk Malaysia.
So, kira rezeki saya la masa tu (rezeki kahwin). Hikhik.

Dan dan dan paling best sangat... Nabilah dengan baik hati 
menggunakan 10% diskaun dia untuk belikan barang saya tu. Terharu sangat.
Boleh aje Nabilah ambil 10% tu sebagai sedikit keuntungan ke...
Tapi dia tak ambil pun. Tu yang buat saya terharu.
Lebih-lebih lagi kitaorang tak pernah jumpa pun tapi rasa macam
dah lama kenal. :')


Thanks my dear friend, Nabilah.
Semoga rezeki dari Allah untuk Nabilah berlipat kali ganda. Amin.



Bulan 7 lalu, M.A.C Cosmetics Malaysia (Website) ada free shipping.
Kali ni saya memilih untuk membeli lipstick M.A.C jenis Satin pula.
Syukur warna yang saya pilih sangat cantik! Yay...

Cara M.A.C bungkus item memang tip top!
Langsung tiada cacat cela atau kemek pada kotak lipstick.
Terbaik la M.A.C!



Parkson ada sale untuk perfume 30ml cuma RM90. Murahkan?
Cuma brand yang terpilih saja.
Masa nak beli saya dua hati samada nak
Coach Poppy Flower atau DKNY Fresh Blossom.
Bila saya try hidu koleksi vial saya, hidung saya memilih Coach Poppy Flower.
 SA Parkson kata kalau beli 2 dapat voucher RM20.
Masa tu saya konon-konon tak nak tamak. 1 cukup.
Lepas beli, terus teringat-ingat (begitu la petanda kalau saya menyesal).
30ml untuk RM90 tu dah kira murah sangat sebab selalunya RM150 ke atas.


55 Inked In Pink & 65 Gold Rush

Maybelline Color Tattoo mania!
Kalau ikutkan dah tak nak beli Color Tattoo ni sebab beli kat Mysale 
dulu pun ada yang tak buka lagi. Nafsu besar betul!
Lebih-lebih lagi Watson ada buat sale.
Terus tutup mata beli. :P



M.A.C Look In A Box All About Coral ni saya minta SA 'reserve'kan.
1st time tahu ada collection ni masa terbaca blog seorang blogger (lupa pula siapa).
Tapi dia beli kat Singapore la.
Terus esoknya saya sms SA M.A.C tanya samada masuk Malaysia ke tak.

Teka?

Yes, ianya masuk Malaysia! Yippie...

Dekat hampir sebulan tunggu, risau pula SA tu terlupa ke apa.
Akhirnya awal bulan 8 ada SA tu sms beritahu dah sampai.
Happy giler aku weh!

Harga?

Berbaloi untuk 4 items tu malah lebih untung.
Website M.A.C pun ada jual.

FYI, All About Coral ni dah sold out k...

Ok la, tu je la cerita panjang lebar pasal haul.


Thanks for reading!


(^-^)"



Apa kata anda? KOMEN je ...

Sunday, April 7, 2013

Winner No.2 Giveaway by Redjambu Store

Hello...bloggers!!!

12 Mac 2013 lalu Redjambu Store ada buat Contest Giveaway untuk para customernya
syaratnya senang saja
cuma kongsikan pengalaman menggunakan produk VS dan BBW 
di FB Wall, Blog atau Twitter
lepas tu mention nama Redjambu FB page atau website Redjambu
then bagi link yang dikongsikan tu untuk bukti yang korg ada join
senang kan?
rugi kepada siapa yang tak join
cuma dua orang je yang join iaitu saya dan sis Sarah
saya adalah pemenang no.2
manakala sis Sarah pemenang no.1
Alhamdulillah
rezeki kami waktu itu
lain kali korg join la
dengar-dengar akan ada lagi contest
so, korg terjah la FB Redjambu Store
jangan lupa LIKE sekali ok!
kalau ada contest senang nak tahu
hehe..
saya selalu beli produk BBW body mist di sana
sebab harganya sangat murah
jom shopping!


1. Victoria's Secret Pure Seduction Set (125ml/each)
2.Victoria's Secret Legging Grey (Small)
3. Victoria's Secret PINK Soft & Dreamy (250ml)
4. Bath and Body Works Paperbag

semua orang dah tahu bau Pure Seduction macamana kan
untuk VS PINK Soft & Dreamy
baunya sweet, milky & vanilla
sedap juga la..
botolnya comel walaupun bentuk empat segi besar
I like it!
ini kira botol kedua saya dari VS PINK
yang pertama tu 125ml 
VS PINK Fresh & Clean
1 set dengan Supersoft Body Lotion dan Tin Box
VS Legging tu pula sangat selesa dipakai

total harga hadiah 
lebih kurang RM190
berbaloi kan?

so, lepas baca ni
cepat-cepat la LIKE FB page Redjambu Store


^___^




Apa kata anda? KOMEN je ...

Sunday, March 3, 2013

Samsung Galaxy SIII, BBW Candle, Pizza Hut, Vincci & many more...

Hello...bloggers!!!

bulan lalu, 15 Februari 2013
salah satu wishlist saya dah tercapai
hehehe...

Samsung Galaxy SIII

satu untuk saya
satu untuk si dia


kami berpakat beli warna Titanium Grey
tengok betapa coolnya nama tu okey!
walaupun orang cakap, "kenapa tak beli warna putih?"
ehem, excuse me.. suka hati aku la kan?
duit aku bukan duit kau!
tapi tak sampai hati la nak cakap kasar begitu
sabar saja la
bengang la juga orang persoalkan warna putih lagi cantik la
bla bla bla...
tapi saya jawab dengan berhemah la sangat
"putih dah ramai orang beli. so, pilih la warna baru"
lagi pun Titanium Grey ni sekali tengok orang sangka iphone
ada kawan saya tertipu
hahaha..

Bath and Body Works Candle


yang ini saya sangka size 'small'
rupanya size 'mini'
seller tu kata small
tertipu pula sebab tengok penutupnya
lain dari yang mini
harga pun ada up sikit
so, tu sebab fikir size small
hmm.. 
BBW candle ada 3 size sebenarnya
mini, small dan 3-wick


ada 7 biji semuanya
saya belum bakar lagi
rasa sayang pula

Vincci
accessories

beli guna voucher birthday 30%


 Revlon
Color Stay
Ultimate Suade



Maybelline


sejak akhir-akhir ni
saya suka lipstick warna oren/coral/peach


Guardian haul

Biore Makeup Remover refill ada promosi
harus rembat!
saya beli Vitamin C
lebih selamat beli di farmasi macam di Guardian/Watson
then, saya nak guna semula St. Ives Apricot
dua lagi tu
Impact Honey Melon Mints & Peach Mints


Hello Kitty
mini wet wipes dan hand sanitizer



pembelian RM100 ke atas di Guardian
boleh beli tuala jenama Aussino 
dengan hanya RM19.90
harga sebenar RM79.90 tau
tak rugi beli

Supermarket haul

3 benda wajib beli
OXY, antabax dan Jeruk Limau
kahkahkah

Pizza Hut

Passion Mint Fizz
merupakan minuman kegemaran saya di Pizza Hut
sedap!


 

Wildberry
pertama kali cuba
ok juga la tapi susah nak habiskan
sebab ice blended
hahaha


 

Spaghetti Meatball (Beef)
saya lebih suka Chicken (lupa snap gambar)
hehehe


^___^

Apa kata anda? KOMEN je ...

Saturday, January 19, 2013

Haul : Escada, Lanvin, Givenchy, Bath and Body Works, Victoria's Secret & Davidoff

Hello... bloggers!!!

saya nak share perfume terbaru kegemaran saya
pertama kali hidu
fuh! terus jatuh cinta!
baunya sungguh sedap
memang kena dengan citarasa saya
nak tahu tak?


perfume tu adalah

Marry Me! by Lanvin

A perfume that sparkles with emotion and
femininity where Bitter Orange meets the
fruity softness of Peach.

At the heart of the fragrance, Sambac
Jasmine and Magnolia bloom in the warmth 
of Amber and Musk.

Marry Me! Passion of the first days, a
moment of tenderness, the promise of a 
love story...

seriously, sangat sedap baunya
tinggal sikit dah saya guna vial tu
mulanya saya nak beli Marry Me! mini tapi masa tu
sudah tidak sabar nak hidu
ange ou demon le secret elixir
by Givenchy Paris
dan Jeanne by Lanvin
kalau la tunggu sudah tentu ada koleksi 
Marry Me! mini sekarang

tapi dua-dua bau best
ange ou demon le secret elixir maybe akan 
jadi perfume ketiga fav saya
baunya sangat sensual
sedap!

vial Marry Me! tu saya dapat free
sebab akak seller tu nak bagi free
mula-mula terkejut juga
saya tanya la apa yang ada
ada vial Marry Me!
saya pilih la itu
tidak sangka baunya sangat superb!

sekarang ni tengah dua hati
actually, nak beli perfume Flower Princess by Vera Wang
di Metrojaya, malangnya habis
then, nak beli Preppy Princess by Vera Wang tapi
berat hati antara Preppy Princess atau Marry Me!
we'll see, apa saya akan pilih nanti

Especially Escada

saya obses dengan perfume Especially Escada
tidak cukup beli full size
beli lotion, solid perfume dan vial lagi
vial tu pula bukan satu
sampai 4 vials termasuk 1 tu jenis 
Especially Escada Delicate Notes
shower gel lagi belum
hihihi
dalam gambar tu jenis mini
cute kan?

Bath and Body Works

Winter Candy Apple
sweet & fruity

 love love love
floral, fruity & musky
memang fresh
sedap!

Victoria's Secret
Secret Garden

Pure Seduction Midnight Hydrating Body Lotion 250ml 

 Love Spell Hydrating Body Lotion 50ml







Apa kata anda? KOMEN je ...