Hello... bloggers!!!
Kepada yang belum baca, boleh klik link di atas.
Body Mist
Victoria's Secret Mango Temptation : Bau mangga! Aah, sedap! Ini botol
lama tapi original ok. Saya beli dah lama dalam 2010 rasanya. Masa tu botol
baru macam sekarang tu belum ada lagi. Walaupun botol lama tapi
baunya tidak berubah. Body mist ni tiada tarikh luput. Youtuber Macbarbie07
pun masih pakai body mist botol lama ni dan kalau tak silap saya
VS Mango Temptation botol lama ni menjadi list September Fav 2013 dia. Wee..
Victoria's Secret Bombshell : Beli semasa ke Pavilion 2013. 1st time beli di VS
store. Oleh kerana dah banyak scent dah saya cuba, saya pilih yang belum
ada dalam koleksi. Bombshell ni antara best seller juga. Bau fresh, just nice.
Victoria's Secret PINK Fresh & Clean : Saya suka body mist ni sebab botolnya
unik. Antara wishlist saya. Susah nak dapat ni sebab tak banyak kena jual.
Body mist ni 1 set dengan lotion dan kotak jenis tin warna pink yang sangat cute!
Bath & Body Works Vanilla Bean Noel : Sejujurnya saya tak berapa suka bau
vanilla tapi dari BBW ni sangat sedap! Lain dari yang lain. Bau seperti
cookies yang baru masak dari oven. Mmm... yum yum.
Bath & Body Work Pink Chiffon : Bau sweet yang sedap. Body mist
dari BBW ni tahan lama. Pink Chiffon ni beli 1 set dengan lotion, body wash
dan loofah sekali.
Perfume
Selena Gomez EDP : Antara wishlist saya tapi tak sangka dapat beli
dalam masa terdekat. Nasib baik ada sale masa tu. Hihi. Botol perfume
ni simple je tapi yang buat penyeri hanya penutupnya bentuk bibir.
Baunya sangat sedap dan unik. Ianya juga tahan lama sebab EDP.
Vera Wang Glam Princess : Beli perfume ni secara random melalui online.
Saya tak tahu baunya. Oleh kerana susah nak dapat, beli je la. Saya peminat
perfume dari Vera Wang terutama jenis Princess. Saya pernah hidu
Flower Princess (Fav), Preppy Princess (Fav), Night Princess (Fav) & Princess.
Untuk memiliki full size baru 2 jenis. Bila tanya kedai perfume macam SASA,
Parkson dan SHINS kenapa tak jual perfume Vera wang, mereka kata
perfume Vera Wang ni mahal. Saya pun, ooo je la. Haha.
Metrojaya tempat saya ada jual Flower Princess, Preppy Princess dan
Princess tapi cepat sold out. Tak sempat beli . Sobsob.. T_T
Oh ya, perfume ni bau agak strong. Bau sweet musky. Sweetnya sikit tapi
muskynya lebih. So pandai-pandai la imagine.
Vera Wang Rock Princess : Ini pun beli secara online. Tak tahu baunya macamana
maka beli saja. Masa tu ada sale. Kira ok la. Lagi pun susah nak dapat punya pasal.
Baunya fresh musky. Tidak terlalu strong, bau soft sikit berbanding Glam Princess.
Lip Scrub
Tony Moly Kiss Kiss Lip Scrub : Lip scrub ni best sangat. Melembutkan bibir bak
bibir baby. Haha. Baunya wangi. Mmm... sedap! Packaging bentuk bibir
yang comel! The best lip scrub ever.
Cleanser/Peeling Gel
SF Beauty Skin Removing Cleansing Gel : Ini la cleanser yang saya guna
sekarang. Masa cuba yang trial pack memang kulit ada nampak kesan positif.
Pakai 1 set baru nampak hasil yang baik. Tapi saya beli satu-satu dulu sebab
harga untuk 1 produk tu agak pricey. Beli ni pun masa sale 50%. Hasil pun lambat
sebab guna tak lengkap tapi lebih better than before guna SF Beauty Skin ni.
Cleanser ni boleh guna dengan 3 cara. Nak tahu? Boleh klik link di bawah.
SF Beauty Skin Walnut Peeling Gel : OK, yang ini best. Kalau rasa wajah tu berat
dengan pori-pori tersumbat atau kotoran, guna Walnut Peeling Gel ni. Then,
baru guna Removing Cleansing Gel. Bila pakai makeup wajah akan nampak
flawless. Harga RM18 (10ml). Pakai 1-2x seminggu saja. Walnut Peeling Gel ni
sesuai untuk oily skin. Untuk normal skin pun ada. Keterangan lanjut boleh
klik link di bawah.
Brushes/Sponge Cleanser
Beauty Blender Blender Cleanser : Cleanser untuk brushes dan sponge.
Beli ni semata untuk BB. Takut BB rosak guna selain cleanser khasnya. Haha.
Apa yang best cleanser ni menghilangkan kotoran degil pada sponge
dan brushes. Baunya nice sangat.
Stage Keep It Clean Brush Cleaner : Ekspress brush cleanser. Kalau tiada
masa nak cuci, boleh guna cleanser dari Stage ni. Tapi berus tetap kena cuci
juga sekurang-kurangnya 1-2x seminggu untuk menjaga kebersihan berus.
Hand Cream
Etude House Missing U I Can Fly! #03 Cerulean Warbler : Hand cream ni best
tidak melekit. Bau Sweet Cotton Candy tapi macam bau bedak baby. Wangi!
Bila pakai, tangan jadi lembut selembut tangan baby. Packaging pun cute.
I love it! Nak beli jenis lain tapi macam dah discontinued. Huhu.
Wet Wipe
Biore Cleansing Oil-in-Cotton : Saya rasa ini wipe the best sekali. Nak bersihkan
waterproof mascara pun senang. Wipe yang sangat lembut. Memang terbaik la!
Peeling Cream/Mask
Tony Moly Green Appletox : Peeling cream bau epal hijau. Rasa fresh dan clean
bila pakai. Bau pun sedap macam rasa nak makan. Best pakai ni.
Packaging pun cute. Kalau habis boleh jadikan tempat simpan aksesori seperti
earrings atau apa saja asal muat.
Losyen serbaguna/Minyak angin
Lotion Mustajab Jasmine scent : Bila time period, ini la losyen
terbaik untuk legakan kesakitan akibat period. Lenguh pun sesuai. Baunya
sedap sangat, wangi! Tak rugi beli.
Minyak Kayu Putih : Minyak ni mesti ada. Kalau saya rasa pening atau hidung
tersumbat, ini la ubatnya. Bila sapu terasa macam baby pun ada. Hakhak.
Hair Care
L'oreal Extraordinary Oil 3 in 1 Use : Minyak ni boleh guna dengan 3 cara.
Sebelum shampoo rambut, semasa rambut basah dan bila rambut kering.
Rambut normal atau kering amat sesuai pakai ni.
Body Wash
Bath & Body Works Pink Chiffon : Sepatutnya Simple body wash menjadi
best of 2013 tetapi saya pilih Pink Chiffon dari BBW ni sebab baunya
sangat tahan lama sampai ke malam. Baunya lain dari yang lain. I love it!
Body Care/Body Lotion/Body Butter
SUNPLAY SPF 50+ PA+++ Clear Water : Suka sangat dengan Sunplay ni
sebab cepat meresap, tidak melekit dan bau soft. Lagi best ianya kalis
air dan peluh. Ya, agak pricey tapi berbaloi sebab banyak kelebihannya.
Bath & Body Works Pink Chiffon : Losyen paling wangi! Haha. Rasa segar
bila pakai selepas mandi. Bau sweet yang lain dari yang lain.
The Body Shop Body Butter Shea : Saya ada 2 body butter dari TBS.
Tapi saya lebih suka Shea sebab baunya soft musk. Selain vanilla, musky antara
scent yang saya tidak berapa suka. Ada 'jenis' musk dan vanilla yang saya suka.
Bergantung pada campurannya. Kalau sesuai dan menepati citarasa, saya suka la.
Body butter dari TBS ni best sebab langsung tak melekit. Next time nak
cuba scent lain pula. Dalam list nak Pink Grapefruit, Passionfruit dan Honey.
Deodoran Spray
Mesti terkejut sebab banyak deodoran. Haha. Saya suka tukar-tukar
ikut mood dan suka jenis spray berbanding cecair/stick.
Dove Original : Saya ada 1 lagi jenis Dove Go Fresh tapi saya lebih suka Original.
Nivea dry comfort : Banyak scent dari Nivea dah saya cuba tapi dry comfort
paling wangiiiiiiiii!!!
Playboy Play It Spicy : Deodoran ni bau soft spicy musk. Bau musky yang saya
boleh terima. Selalu pakai waktu malam.
rue Pergolese Paris : 1 set dengan perfume EDT. Jarang pakai sebab takut habis.
Lagipun susah nak cari. Bau freshhh yang sedap!
Kapas Muka
Watsons round puffs : Sangat berpuashati dengan kapas keluaran Watsons.
Sebelum ni pernah cuba kapas dari Watsons yang dalam box empat segi tu.
OK juga tapi yang tak best ada expired. So, saya lebih suka kapas bulat
dari Watsons ni. Tiada expired dan lebih lembut dari kapas-kapas brand lain.
Face Mist
Avene Thermal Spring Water : Botol ke-2. Sangat sesuai untuk sensitive skin.
Banyak kegunaannya. Untuk baby pun boleh. Saya pakai ni sebelum dan selepas
pakai makeup. I love it!
Hand Sanitizer
Hello Kitty I love Grapefruit : Bentuk packaging seperti hand sanitizer dari
Bath & Body Works. Tapi yang ini lebih murah & pekat. Ada 2 jenis yang satu tu
I love Green Apples tapi saya lebih suka I love Grapefruit sebab baunya sedap!
Kalau ada perfume bau macam tu memang saya beli tanpa berfikir panjang.
Tinggal sikit dah tapi saya ada stok lagi. Weeehoo...
OK, sampai part 2 saja Best Of 2013.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Enjoy!
^___^