Friday, November 1, 2013

October Favorites 2013

Hello... bloggers!!!

Good Bye... Oktober .. Hellooo.. November!!!
Apakah kegemaran saya sepanjang bulan lalu?
Ch ch check it out yaaaaaaaaaaaaww.


Yeah, ini la barang kegemaran saya. Wehhhoooo..



Sigma Flat Kabuki F80

Flat Kabuki dari Sigma tersangat la lembut.
Even tercucuk-cucuk mata pun tak sakit. Ngehehe.
Sebenarnya ada 4 set tapi saya terlupa nak kongsi dengan pembaca la.
Dah snap gambar awal-awal masa dapat tapi boleh pula terlupa. 
Nanti saya share dengan korg yea...



Etude House Missing U I Can Fly! Hand Cream
#03 Cerulean Warbler (Sweet Cotton Candy Cream)

Sejujurnya ini merupakan nombor satu krim tangan kegemaran saya.
Cepat meresap, melembutkan tangan dan bau pun sedap. Aahhh!
Jika dibandingkan dengan Crabtree & Evelyn, saya lebih suka yang ini.
Dah la best, comel lagi tu.
Lepas ni nak cari lagi kawan si Cerulean Warbler ni. Kesian dia alone.



Urban Decay 24 / 7 Concealer Pencil Crayon Anticernes (DEA)

So, ini la concealer yang saya sedang guna daru Urban Decay.
Sebenarnya, masa beli ni tiada pun niat nak beli.
Ye la, pertama kali jejak kaki di Sephora.. jadi blur tak tau nak beli apa.
Concealer ni sangat creamy dan smooth je bila apply di bawah mata. Like it!



Maybelline the Magnum Volum' Express Waterproof

Mascara ni lama da dalam simpanan sebelum the Falsies lagi.
Sebelum guna yang baru, kena habiskan dulu yang lama.
Saya suka mascara ni sebab ia memanjangkan bulu mata.
Honestly, saya lebih suka mascara ni berbanding the Rocket.



Shaklee Chewable Vita-C Plus 100mg

Banyak produk kesihatan yang saya dah cuba, Shaklee paling the best!
Sejak saya amalkan Chewable Vita-C Plus ni, saya jarang selsema.
Dulu dalam seminggu mesti selsema.
Sekarang dalam sebulan sekali saja, dengan izin Allah juga.
 Banyak kebaikan produk Shaklee ni. Nanti saya akan story panjang ok!
In Sha Allah, saya juga akan menjual produk Shaklee tidak lama lagi.
Kalau berminat boleh la email. Ada special price tau. Nantikan!



The Body Shop Body Butter Shea 50ml

Kaki jarang diberi perhatian sangat. Akibatnya kulit kering teruk sekali.
Saya tidak suka pakai lotion di kaki. Sangat tidak selesa tau.
Lotion pula langsung tidak beri kesan positif. Masih lagi kering.
Tapi bila pakai body butter dari The Body Shop, masalah kulit kering tiada lagi.
Yang bestnya body butter ni cepat meresap dan tidak melekit. Love it!
Saya pilih Shea sebab baunya sangat sedaaaaaaapppp!!!
Walaupun musky tapi masih boleh hidung saya menerimanya.



MUA Professional Eyeshadow Palette (Heaven and Earth) 

Palette paling murah dan kualiti yang tip top!
Saya pilih warna-warna natural sebab senang. Siang dan malam pun ok.
Warna dari palette ni sangattt cantik tau! Pigmented lagi.
Dah lama beli ni tapi macam tidak ter-update la pula. Huhu.



Watsons Round Puffs 100 Pieces

Kapas terbaik yang pernah saya beli dan guna. Wee...
Sangat lembut dan tidak menyakitkan saya.
Saya pernah ada pengalaman buruk guna kapas biasa yang empat segi tu.
Sapu je terus aouccccccccchhhh! %$#%^&% Sumpah seranah keluar.
Sakit dan luka sebab kapas tu ada tajam-tajam.
Ini warna putih macam kapas. Tak sangka pun. Bukan sekali tapi banyak kali. T_T


*     *     *     *     *     *


OK, ini saja ~~


Apakah kegemaran anda pada bulan Oktober?



^___^



Apa kata anda? KOMEN je ...

18 comments:

  1. bestnya post kali ni.. :D i like what you did with the background.. leapord skin sgt cantik, gambar dan review sgt jelas..
    saya sgt tertarik nak cuba Body Shop Shea butter tu, i want to take care my foot tu hehehe coz dah bnyk try lotion tetapi mostly kesan biasa2 je. tapi antara yg sgt bagus saya pernah cuba ialah body lotion Still by Jennifer Lopez dan Avon Naturals Green Papaya.. nak tanya,berapa harga lotion Body Shop Shea Butter ni dear? Untung you dpt guna n kaki dah lembut , dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, terima kasih atas pujian itu. Hehe. Still by JLo antara wishlist perfume saya. Avon Naturals Green Papaya macam menarik. Kalau tak silap Papaya bagus untuk kulit. Harga Shea Body Butter tu RM24.90. Masa saya beli hari tu RM12.45 sebab ada sale 50%. Try la. Shea sesuai juga untuk lelaki. Bau musky yang niceee! ;)

      Delete
    2. Sama2, Puteri.. thanks for the feedback as well. :)
      Still by JLo body lotion saya pernah ada, perfume dia belum hehe, baunya greenish bagi saya.
      body lotionnya ok saya pakai selesa..
      yup, Avon Naturals Papaya ni ada versi kuning dan hijau which is betik muda. saya suka yg hijau, new addition to Avon Naturals body care :)
      Thank you so much for the price info, Puteri. really appriciate it. Khyrull nak shopping t hehe

      Delete
    3. Still by JLo banyak review kata best. Tu yang masuk wishlist. Bau greenish la yang best! You're most welcome. Shopping tau sebab sekarang The Body Shop ada sale sehingga 7 November kalau tak silap. ;)

      Delete
    4. yup, nak juga tambah Still by JLo utk ceriakan koleksi perfume hehe.. :D ye kan..mcm natural,earthy je kalau ada green notes :)
      Wow! great deal, thanks Puteri. I will check them out!

      Delete
  2. saya dah beli kapas Watson tu hihihi suka sgt,isi dia pun banyak :)
    produk kesihatan Shaklee ni bnyk org puji, one day Khyrull nak dapatkan juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahh! Best kan kapas Watsons tu. Lembut dan banyak lagi. Nanti khyrull boleh la beli produk Shaklee dengan saya. Special price ada untuk customer saya. ;)

      Delete
    2. Best, dah ada dlm koleksi hehe.
      Ok, kalau takde apa2, Khyrull beli ya sebab bnyk sgt wishlist. minta email Puteri?

      Delete
    3. Lepas ni beli kapas Watsons saja. Hehe. Ini email saya : sj_mdy@yahoo.com

      Delete
    4. Thanks, harap special price. kawan saya pun ada jual dlm rm140+ agak boleh tahan juga harganya.. :)

      Delete
    5. Produk apa harga RM140 tu? Shaklee memang bagus sebab Natural. Nanti saya buat entri mengenai Shaklee. ;)

      Delete
    6. Pil vitamin E Shaklet, Puteri. 120 biji.

      Delete
    7. Oh itu termasuk postage. Postage ke Sabah/Sarawak memang mahal sikit. Lagi pun Kalau nak order, mau save postage, kena order 2-3 jenis sekali. Ajak kawan-kawan/keluarga beli, boleh share postage. Nanti kalau khyrull nak boleh email saya. Kalau khyrull beli banyak, saya akan bagi free postage. Kalau nak beli satu je pun boleh, saya boleh bagi harga terbaik punya Vita-E tu. ;)

      Delete
  3. Wah!!! best nya berus sigma tuuu! sab nya dah rosak.. sedih!

    ReplyDelete
  4. saya pun suka gak etude house hand cream burung hantu tu.. mmg cepat serap.. tak tahu pulak kapas rasa tajam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestkan? Comel lagi. Ada kapas tajam. Banyak kali terkena. Huhu.

      Delete