Saturday, August 17, 2013

ThePopLook, Maybelline Color Tattoo & Kabuki Brush

Hello... bloggers!!!

Hari ini dah masuk hari raya kesepuluh. Berapa duit raya yang korg dapat?
Mesti banyak kan? Alhamdulillah... saya pun dapat juga cuma tak sebanyak dulu.
Al-maklum la umur meningkat jadi duit raya pun menurun.
Aik, bukan sepatutnya umur meningkat duit raya pun meningkat ke? Haha.
Tapi saya sangat bersyukur kerana masih ada yang sudi bagi duit raya.

Orait, saya nak cerita pasal bulan Ramadhan lepas.
Ada tengok tak cerita Ramadhan Yang Hilang? Di Tv3.
Saya tengok cerita tu dari episod pertama sampai episod akhir.
Benci sangat dengan Delisha. Alahai nama cantik tapi jahat.
Delisha jenis manusia tak tahu bersyukur. Rasa nak tumbuk je mukanya. Iskk.

Bila Delisha berubah dengan mengenakan hijab. Ingatkan dah berubah jadi baik.
Rupa-rupanya tidak! Masa nak tamat tu punya la saya geram. Arghh.
Saya agak produser nak sambung Ramadhan Yang Hilang Bahagian 2 la.
Sebab cerita tu memang boleh disambung lagi. Mudah-mudahan ada.
Lagu nyanyian Amylea tu best kan? Saya suka.

Ramadhan lalu juga saya ada beli berus makeup. Aktiviti ber-shopping mesti ON.
Tak sah kalau tak shopping. Perempuan la katakan. Hehe.




Saya beli Kabuki brush. Murah saja. Beli di Cosway. Pernah dengar tak?
Banyak barang best di sana. Cuba-cuba la pergi tengok, ok!



Kecil molek. Comel.
Jenama Zilan Vital.



Walaupun murah tapi kualiti bagus. Lembut.
 Harga ahli RM7.90.



Koleksi Maybelline Color Tattoo terbaru saya.
Thanks to Wiida sebab dia beritahu pasal Watson ada Sale. 
Harga Maybelline Color Tattoo ni cuma RM13.80. Murah kan?
Mr.Bf yang belikan sebab Watson jauh dari rumah saya.
Revlon lagi best! Lipstick buy 1 Free 1. T___T
Nasib baik tiada Revlon di Watson yang Mr.Bf saya pergi tu.



Ini pertama kali saya shopping di ThePopLook.com
Mula-mula tu nak beli baju tapi tiada size. Huhu.



Comel tak?

Harga boleh tahan murah. Harga termasuk penghantaran.
Guna Poslaju tau! So, berbaloi la.
Akhir kata, saya sangat berpuas hati membeli di ThePopLook.com. Yeah!


ThePopLook.com

Item : Jenkins Belt (POPPY)
Color : Dusty Pink
Normal Price : RM29.00
Discount Price 15% : RM24.65


#Tak sabar nak tunggu Sunglasses (Ambassador), MUA Haul, Giveaway Prize &
Haul from USA.  


That's all. Thanks for reading. 


Kalau nak komen silakan. Jangan la malu-malu. Hihi.



^___^



Apa kata anda? KOMEN je ...

10 comments:

  1. Replies
    1. lembut je dan rasa tak percaya pula harganya cuma RM7.90 sebab produk Zilan Vital yang lain agak pricey juga.:)

      Delete
  2. dulu pernah beli kabuki brush from Avon tapi mak aii, kasar betul, x jadi pakai. nampaknya kena cubalah beli kat Cosway ^_^ btw, you're tagged!

    http://archereverdeen.blogspot.com/2013/08/get-your-freak-on.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mieza cuba la kabuki brush dari Zilan Vital tu cepat-cepat nanti habis. hehe. oh, thank you. Nanti saya buat yea..:)

      Delete
  3. sy pun geram jgk dgn Delisha tu..ingtkn dh insaf, rupanya..haishh..

    mmg msuk Cosway pun rmbang mata dgn produk2 dia..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sabar nak tengok bhg.2 itu pun kalau ada la. Banyak best produk yang Cosway jual. Semua jus minumannya sedap. Cuba la.:)

      Delete
  4. Replies
    1. Comel kan? Bukan cekak rambut tapi tali pinggang. Hehehe... :)

      Delete
    2. Ow belt. Hehehe. Tp kan at there memahal je brg kan :(

      Delete
    3. Agak mahal juga. Beli belt tu pun sebab ada 15% Sale. Hehe...

      Delete